Kalau perasan, dalam sejarah Plstin, kebanyakan masanya dia akan cuba ditakluk oleh kuasa luar macam Rom dan juga Israil. Benda ni mendatangkan persoalan. Kenapa diorang semua suka betul nak takluk Plstin?
Pertamanya, kita semua tahu Plstin ni bumi yang diberkati. Tanah para Anbiya’. Tapi pada masa yang sama, tanah Palestin tu sendiri pun secara literalnya memang diberkati Tuhan. Plstin ni termasuk dalam kawasan Hilal Subur, di mana tanah paling subur dekat muka bumi terletak di situ.
Sebab zaman Gangsa dulu tanah subur ni penting untuk ekonomi, maka pelbagai kuasa luar akan cuba untuk takluk Palestin. Misalnya, Mesir Purba dan juga Mesopotamia yang takluk Plstin sebagai wilayah penting mereka. Punya subur tanah Plstin tu, dia punya kubis dia dah besar sepemeluk. Dekat Malaysia besar bola je kubisnya. Sebab tu kalau perasan, Rom dan Uthmaniyah jadi kaya gila lepas wilayah tanah subur macam Mesir dan Plstin ditakluk. Ekonomi Rom dulu saja bergantung pada produk pertanian di Mesir.
Sebab kedua ialah kedudukan strategik. Plstin ni terletak di antara kawasan empayar besar macam Rom, Yunani, Mesopotamia, Parsi dan Mesir Purba. Jadi, Plstin ni secara tak langsung jadi kawasan dagangan zaman purba dulu. Disebabkan ini, maka tak hairanlah empayar Phoenicia dulu boleh wujud, dan empayar ni sangat terkenal dengan kekayaan dan hasil dagangan dia. Ibu kota Phoenicia, Carthage ni terletak utara Palestin je yakni Lubnan. Dulu sebelum Parsi, diorang ni la musuh utama Rom dan juga satu satunya empayar yang berjaya buat Rom terkencing melalui Jeneral Phoenicia Hannibal Barca.
Sebab ketiga ialah prestij. Macam yang disebutkan, Plstin ni bumi para Anbiya’. Ketiga tiga agama Abrahamik macam Yahudi, Kristian dan juga Islam anggap Palestin ni wilayah suci. Jadi, banyak kuasa luar dari tiga agama ni akan cuba untuk ambil Palestin seperti pemberontakan Yahudi masa zaman Rom, empayar Rom Kristian, tentera Salib dan juga empayar kekhalifahan Rashidun hinggalah zaman Uthmaniyah. Macam Arab Saudi yang sekarang pakai gelaran ‘Penjaga Dua Kota Suci’, kedudukan Plstin ni pun macam tu jugak.




No comments yet