Langit mungkin terbentang luas. Tetapi percaya tidak, ruangan udara dan jalan raya sebenarnya tiada beza.
Ada tempat boleh pergi. Ada tempat tidak boleh pergi. Malah ruangan udara mungkin lebih ketat disebabkan risikonya. Maklumlah – kalau apa-apa jadi, juruterbang bukan boleh keluarkan Kad OKU.
Namun ini bukan satu-satunya punca di sebalik larangan-larangan yang dikemukakan terhadap industri penerbangan.
Macam Tibet contohnya – begitu indah permandangan gunung-ganang jika penumpang dibenarkan renung daripada atas.
Walau bagaimanapun tiada pesawat dibenarkan terbang di Tibet, kerana takut terhempas (atau kalau apa-apa terjadi, pesawat tidak boleh membuat pendaratan kecemasan).
Selain Tibet, pesawat juga dilarang terbang di atas Machu Picchu untuk menjaga flora dan fauna di ruangan bersejarah ini.
Dan tidak perlu penjelasan kenapa pesawat tidak boleh terbang di atas Istana Buckingham.
Tetapi ada beza antara Istana Buckingham, Machu Picchu dan Tibet, untuk dibandingkan dengan Disneyland dan Walt Disney World.
Istilahnya – taman-taman tema milik Disney diisytihar “NFZ” (no-fly-zone)… darjat keselamatan yang lebih kurang setaraf dengan White House.
Untuk faham perintah ini, kena faham dulu pasal budaya dan undang-undang Amerika Syarikat.
Bangsa di sini sangat suka majlis keramaian. Namun bangsa ini juga terdedah pada segala risiko dan ancaman domestik dan global.
Stadium misalnya yang melebihi 30,000 penonton akan automatik menjadi NFZ dibawah Akta Kuasa Kongres iaitu Operation Liberty Shield (Ahlgren, 2020).
Prosedur ketat ini bermula selepas empat buah pesawat membuat onar besar pada 11 September 2011.
Dua buah pesawat menghentam Menara Berkembar Perdagangan Global (WTC) sampai hampir 3,000 orang terbunuh.
Pesawat ketiga menghentam Bangunan Pentagon.
Manakala pesawat keempat terbenam (kerana penumpang memberontak) di Pennsylvania, 20 minit sahaja daripada sasaran sebenar iaitu The White House (Evans, 2021).
Betul atau tidak, masing-masing ada pendapat.
Itu bukan punca perbincangan, kerana 1) ada hakikat menunjukkan Amerika Syarikat macam dangkal sangat membiarkan empat pesawat bermaharajalela atau 2) ada hakikat menunjukkan semuanya benar kerana aturan yang berlaku selaras dengan dapatan saintifik.
Tetapi seperti yang diceritakan, masing-masing ada pendapat. Dan semua bersetuju peristiwa pahit ini berlaku (cuma tidak sependapat bab prosesnya).
Realiti Yang Pahit
Sebenarnya kalau 9/11 adalah konspirasi jahat, keselamatan rakyat Amerika Syarikat lagi teruk tergugat.
Kerana kerajaan sendiri selamba membinasakan infrastruktur, merugikan ekonomi dan membunuh marhaen yang berkeluarga.
Cuba letakkan perspektif ini pada pengurusan Disneyland atau Disney World. Sebelum ulas lagi panjang, kena fahamkan dulu perbezaan antara dua konsep taman tema ini.
Kalau sesiapa yang mendahagakan nostalgia kanak-kanak, boleh pergi ke Disneyland.
Konsepnya dilakar Walt Disney sendiri dan sampai hari ini menepati piawaian iaitu dalam lingkungan 500 ekar setiap satu taman. Besar? Memang besar. Tetapi tidak sebesar Disney World.
Ikut kiraan, 51 buah Disneyland boleh muat dalam sebuah Disney World yang dibina begitu teliti pada tanah bersaiz 130 kilometer persegi (Leasca, 2022).
Ini bermakna Disney World hampir-hampir tiga kali ganda lagi besar untuk dibandingkan dengan Putrajaya.
Setiap tahun 58 juta orang membanjiri Disney World. Terdapat 12 buah Disney World di dunia ini.
Puratanya adalah 4.8 juta orang setiap satu taman tema. Jadi senang cakap, setiap hari 13,242 orang mengunjungi Disney World.
Maka cuba bayangkan betapa jahatnya jika kejadian 9/11 berlaku di salah satu taman tema yang menghiburkan hati kanak-kanak?
Zalim.
Untuk elak sebarang kecelakaan, pihak Disney berjaya mendapatkan sebuah akta khas… yang memperuntukkan larangan mutlak.
Tiada pesawat dibenarkan terbang dalam lingkungan 3,000 kaki di atas taman temanya. Malah dron juga tidak dibenarkan, melainkan dengan izin pihak FAA.
RUJUKAN:
Ahlgren, L. (2020, Oktober 16). Why Flying Is Banned Over Disney and Other Areas. Simple Flying.
Evans, F. (2021, Ogos 19). What Was Flight 93’s Target? History.
Leasca, S. (2022, Januari 14). Disneyland vs Disney World – Everything You Need To Know About Both Theme Park Resorts. Travel and Leisure.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih