Selalu kalau kita cakap pasal adaptasi anime ke filem oleh Netflix, dalam kebanyakan kesnya barai lah sebab suka guna pelakon yang tak sama langsung dengan manga dia. Contoh kes ialah Death Note di mana pelakon dan plotnya tak sama langsung dengan manga dia. Tapi untuk kes One Piece, pelakon yang digunakan adalah tepat dengan manga.
Kalau korang yang sempat baca terjemahan One Piece Malaysia, Budak Getah, kadang kadang di hujung bab akan ada sesi SBS di mana pelukis One Piece, Oda, akan menjawab soalan soalan daripada peminatnya. Walaupun ada yang merapu, ada jawapan yang diberikan oleh Oda dikira penting dalam kisah One Piece. Tapi dalam persoalan dulu, Oda ada jawab soalan peminat kalau One Piece ni wujud, ahli lanun Topi Jerami ni dari bangsa mana.
Menurut Oda, inilah bangsa bangsa ahli lanun Topi Jerami:
Luffy – Brazil
Zoro – Jepun
Usopp – Africa
Sanji – Perancis
Nami – Sweden
Nico Robin – Russia
Franky – Amerika Syarikat
Tony Tony Chopper – Kanada
Brook – Austria
Daripada sini lah, kita dapat pelakon pelakon live action One Piece. Walau bagaimanapun, ada je pelakon One Piece ni tak sama dengan apa yang Oda tulis atas tu. Misalnya, pelakon Luffy, Inaki Godoy ni asal dari Mexico, tapi Oda setuju untuk pilih Inaki sebab masih sama bangsa dengan orang Brazil yakni orang Latino. Pelakon Nami, Emily Rudd pula orang USA, tapi dipilih sebab rambutnya berwarna oren semula jadi dan juga muka yang sangat mirip dengan Nami.
Walaupun ada perubahan, tapi takdela kita nak cakap Netflix sengaja pilih pelakon tak sama dengan apa yang Oda tulis. Pertamanya, Oda sendiri terlibat dalam pemilihan pelakon ni dan keduanya, kekurangan pelakon yang sesuai dari bangsa bangsa tertentu. Jadi, mereka terpaksa buat perubahan sedikit.
Tapi tak kisahlah guna pelakon lain ke apa ke, yang pastu ramai peminat One Piece ternanti nanti akan keluarnya siri ini di Netflix pada 31 Ogos ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih