Sejak insiden pembunohan Qasem Soleimani (backgrounder: https://thepatriots.asia/qasem-soleimani-m4ti-w*iii-akan-tercetus/), orang duk kalut pasal p3rang antara US dan Iran malah kemungkinan “WORLD W4R3”.

First and foremost, WORLD W4R3 tak akan berlaku. “World w4r” ni bermaksud p3rang antara semua kuasa besar dalam sistem antarabangsa. WORLD W4R1 (1914-1918) ialah p3rang antara UK, Jerman, Austria-Hungary, Perancis, Russia, 5 kuasa besar (“pentarchy”) dunia pada waktu itu. WORLD W4R2 (1939-1945) ialah p3rang antara UK, Jerman, Perancis, Itali, US, Jepun, Soviet. Ada istilah “WORLD W4R0” yang dipakai untuk merujuk kepada “Seven Years W4r” (1756-1763) yang juga melibatkan semua kuasa besar Eropah ketika itu: Britain, Perancis, Prussia, Austria, Russia.

Jadi kalau nak WORLD W4R3 berlaku, selain US, kena melibatkan juga UK, Perancis, Russia dan China, 5 kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB (UNSC), campur dengan Jepun, Jerman, India, baru WORLD W4R3.

Benda tu takkan berlaku sekarang. Katakan US nak berp3rang pun, UK dan Perancis maybe ikut US, tapi korang ingat Russia dan China nak main game ni ke. Xi Jinping nak hidup lagi sampai 2049 melihat Wawasan 2049 dia (The Great Rejuvenation of Chinese Nation) kot. Melainkan kalau Malaysia vs. Indonesia pun korang panggil “world w4r” tak tau lah nak cakap apa.

“World W4r” sebelum ni semua berlaku antara pakatan yang sangat rigid dan clear-cut. UK musuh Jerman, clear cut. US musuh Jepun, clear cut. Jadi UK dan US duduk dalam pakatan yang sama lawan Jerman-Jepun, clear cut. Masalah sekarang dalam US vs. Iran pendirian negara tak clear cut.

Perancis kritik Trump sebab menarik diri dari perjanjian nvklear P5+1 dengan Iran, tak kan nak ikut US mem3rangi Iran. China dan Russia baik dengan Iran, tapi baik juga dengan Israel (musuh Iran). Kalau berlaku p3rang US vs. Iran nanti Israel mesti support US, jadi Russia-China nak side siapa?

Memang dalam hadis ada sebut pasal “al-Malhamah al-Kubra” (p3rang akhir zaman), tapi betul ke itu ada kaitan dengan kes sekarang? Ah bincang dengan Syeikh korang, yang tak ada Syeikh tu jangan main tafsir naik syeikh pulak.

So WORLD W4R3 out. Bagaimana pula dengan p3rang antara US dan Iran?

Kemungkinan ada, tapi sangat rendah. Kita boleh bandingkan dengan P3rang Iraq 2003 untuk nampak apa faktor yang “absent” dalam US vs. Iran.

(Sebelum itu kena define “p3rang” betul-betul. P3rang berlaku kalau melibatkan pertembungan terus antara tentera US dan Iran. Selain itu, kalau Iran hit-and-run pangkalan US, atau US target aset Iran di Iraq ke Syria ke, tak boleh disifatkan sebagai “p3rang”. Macam serangan Trump ke atas Syria pada 2017 dan 2018 tu tak boleh dikira sebagai p3rang sebab Syria tak balas balik. P3rang proksi pun tak boleh dikira sebagai p3rang US-Iran).

Pertama, “nations will not fight a w4r they can’t win”. WORLD W4R1 dan WORLD W4R2 berlaku sebab Jerman pada waktu itu sangat yakin mereka boleh menang dalam masa terdekat. P3rang Iraq 2003 berlaku sebab US yakin boleh menang. Tapi Iran, susah. Kalau menang pun diiringi dengan kos yang sangat tinggi (“Pyrrhic victory”).

Kita selama ini dimomok dengan idea bahawa p3rang ni kerja orang gila macam H1tler. Hakikatnya H1tler ialah seorang yang rasional dan buat kira-kira sebelum melancarkan p3rang. Dalam kira-kira US vs. Iran, kedua-dua pun tak ada keyakinan untuk menang, sebab itu deme ni dah bergaduh 40 tahun pun belum lagi berp3rang. Jerit “marg bar Amrika” 1000 kali pun macam tu juga.

Kedua, niat. Selepas Trump serang Soleimani, terus Trump nafikan nak mulakan p3rang. Berbeza dengan kabinet Bush yang memang pasang niat dan bagitau satu dunia deme nak Saddam out. Jadi kita kena faham apa game yang Trump cuba main. Lebih kurang macam dengan Korea Utara, cuma dalam kes Iran “overkill”.

Ketiga, politik domestik US. Presiden US nak melancarkan p3rang kena dapatkan kelulusan Kongres. Kongres meluluskan P3rang Iraq 2003 sebab waktu itu semua orang US traumatized selepas 9/11, kalau Bush kata mak kau hijau pun orang percaya. Jadi tak kira Demokrat atau Republikan semua sokong Bush lancarkan p3rang untuk banteras “terrorism” (padahal Saddam tak ada kaitan pun dengan Al-Qaeda).

Sekarang? Sebaik saja berita kem4tian Soleimani keluar, semua Demokrat terus pakat hentam Trump, kata dia bodoh lah, tak consult Kongres lah, main api lah. Public opinion tak berpihak kepada Trump. Lagi-lagi sekarang dia akan dibicarakan (impeach) atas dakwaan salahguna kuasa.

Melainkan kalau Iran buat sesuatu yang akan mengubah pendirian orang US dengan drastik, contoh, pergi bom kedutaan US dekat mana-mana. Baru orang US akan bersatu atas patriotisme. Yang tu aku tak leh gerenti, tengok Iran rasional atau tidak.

Keempat, nak p3rang kena ada cai (macai). Cai ni akan bagi sokongan logistik dan manpower semasa p3rang. Masalah US sekarang tak ada cai yang nak ikut rentak Trump. Even Saudi pun tak berapa happy dengan tindakan Trump yang “overkill” dan tak nak ketegangan escalate jadi p3rang. Bukannya Saudi tak suka Iran maka dia terus nak berp3rang hapuskan Iran.

Andaian p3rang akan berlaku berdasarkan “single-factor” seperti “US dikawal oleh pelobi” “US dikawal oleh Yahudi” “US nak minyak je” adalah analisis orang malas. Kalau begitu, kenapa p3rang US-Iran tak berlaku pada zaman Obama? Pelobi dan Yahudi tak kawal US pada zaman Obama? US zaman Obama tak dahaga minyak?

Tapi aku tak menafikan 100% kemungkinan p3rang boleh berlaku (kena ada disclaimer supaya senang u-turn nanti). Semua bergantung kepada tindakan US dan Iran seterusnya. Yang pasti untuk masa terdekat Teluk Parsi (negara-negara macam UAE, Qatar, Saudi, Oman) akan jadi hotspot yang perlu dielakkan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.