Setiap kali sahaja menonton filem mahupun cerita seram, penonton sudah pasti terjebak di dalam atmosfera cerita seram itu sendiri yang melibatkan babak meningkatkan rasa tidak selamat, gerun dan cemas.
Walaupun kita tahu cerita seram sangat tidak selesa dan menakutkan bagi sesetengah penonton ataupun pembaca tidak mengira jantina, akan tetapi masih juga yang menyukai cerita seram. Kelihatan aneh bukan? Pemikiran manusia ini begitu unik dan sukar difahami. Dah rasa takut tetapi tonton lagi? Kenapa perlu lihat kalau tahu filem seram menakutkan kita?
Sebab utama kita menyukai filem seram ialah kerana kita dapat lari darinya dan kita boleh “kawal” keadaan tersebut. Ini bermaksud apabila kita sudah sampai ditahap dimana kita sudah tidak tahan dengan keseraman sesebuah filem mahupun cerita, kita boleh keluar dari panggung wayang ataupun tutup mata. Sepertimana juga buku cerita seram, sudah terlalu seram tutup saja buku dan sambung bila keberanian yang baru dah datang.
Ini merupakan ketakutan yang kita boleh pilih dan kawal. Dan, sepertimana kita tahu, klimaks sesebuah filem ataupun cerita seram boleh berakhir sama ada yang baik ataupun buruk. Dan kita boleh jangkakan serta bersedia menghadapi nya (Sebagai contoh : Ah, saya tahu pengakhiran filem The Conjuring, keluarga mereka sudah pasti aman tenteram setelah rumah mereka “dibersihkan” dari entiti).
Tambahan lagi, sudah tentu kita merasai perasaan cemas kita sendiri selepas membaca cerita atau menonton filemm seram, perasaan pendek nafas, jantung berdegup-degup sehingga “rasa seakan ditekak” dan perasaan tidak boleh tidur malam.
Dengan kisah seram, secara ironi ia membuatkan kita berasa lebih erat antara satu sama lain. Menonton dengan keluarga dan memeluk erat lengan mereka sewaktu babak seram misalnya menambahkan lagi perasaan “selamat” bahawa kita masih selamat dan tidak apa-apa yang akan berlaku. Selain itu, ia juga meningkatkan hubungan kekeluargaan secara tidak langsung, dan juga meningkatkan lagi perasaan untuk bersosial diantara satu sama lain.
Kalau kita melihat keadaan mengikut pendekatan saintifik, badan kita sememangnya sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan bahaya. Sebagai contoh apabila kita menonton filem seram, degupan jantung kita meningkat. Keadaan seram dan takut itu memberikan ransangan adrenalin yang tinggi serta dihasilkan oleh kelenjar adrenalin setelah mendapat rangsangan dari otak kita setelah melihat sesuatu yang menyeramkan atau mencemaskan.
Kita bernafas lebih laju serta setiap penjuru otot ditubuh kita disalurkan darah dengan kandungan kaya dengan oksigen, dan keperluan inilah supaya tubuh badan kita untuk lari dari bahaya. (Yup! Cabut lari sebab dah terlalu takut, tak akan duduk diam sahaja kan? Tetapi apabila kita tengah duduk tengok filem, berdebar dan berpeluh sahaja yang mampu)
Sememangnya ketakutan merupakan sesuatu yang negatif dan tidak elok untuk tubuh badan kita untuk jangka masa panjang kerana terlebih pengeluaran hormon adrenalin akan menyebabkan kita cemas, serangan jantung dan beberapa masalah perubatan yang lain.
Namun kalau ia bukan selalu dilakukan maka ia bukanlah perkara yang besar, kerana sesetengah orang, menonton filem seram seolah-olah menjadi satu ketagihan apabila mendapat tahu kemampuan untuk bahawa kita dapat mengawal rasa seram tersebut Kemampuan ini datang kerana kerana kita tahu kita rasa selamat kerana ia bukanlah sesuatu yang realiti kerana benda seram itu berada hanya didalam filem sahaja.
Sedikit ketakutan tidak mengapa, hanya untuk mengetahui ia bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mengapa-apakan kita maka ia menyebabkan kita ingin terus kembali merasai pengalaman “seram” berulang kali.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih