Sebaik sahaja seri menentang Malaysia, ada yang cakap Korea sengaja buat begitu sebab mahu elak bertemu Jepun. Benda ni mendapat reaksi kurang senang daripada Son Heung-min dan Hwang Hee-chan.
Sebab Korea bersedia untuk hadapi siapa sahaja di pusingan ke-16. Setakat Jepun tu memang boleh jadi perlawanan yang panas. Sebab orang Korea tak suka Jepun. Kenapa sampai macam gitu pulak?
Sejak era tiga kerajaan lagi, Korea dan Jepun selalu berperang. Buktinya dalam Goguryeo–Tang War, Jepun bersekutu dengan Goguryeo & Baekje untuk menentang Silla dan Dinasti Tang.
Dalam peperangan tersebut Jepun bersama Goguryeo & Baekje telah tewas. Lantas membuatkan era tiga kerajaan lenyap dan semenanjung Korea kembali bersatu di bawah pemerintahan Silla.
Tapi paling diingati orang Korea adalah Perang Imjin. Perang ni terjadi sebab Jepun ada cita-cita besar nak takluk China. Katanya Jepun geram sebab China pandang rendah dekat deme.
Jadi Jepun ni ajaklah Korea yang masa tu di bawah dinasti Joseon untuk lawan China. Tapi Joseon palau je sebab deme adalah negeri naungan China. Jepun rasa tercabar lantas mulakan penaklukan ke China daripada Korea.
Hasil daripada kebijaksanaan Laksamana Yi Sun-shin berjaya menewaskan Jepun. Beratus-ratus tahun lepas tu Korea aman tanpa gangguan Jepun. Tapi lima peperangan di awal abad ke 20 menyaksikan Korea tewas kepada Jepun.
Kemuncaknya adalah kejayaan Jepun menakluk Korea lantas menghapuskan sistem beraja deme. Bukan setakat tu je, Korea juga buat banyak benda yang orang Korea tak suka.
Antaranya seperti Jepun melarang bahasa Korea digunakan di sekolah dan universiti. Malah ramai orang Korea dibawa berkhidmat dengan Jepun di tanah jajahan lain seperti Tanah Melayu dan Pulau Jawa.
Paling teruk sekali lagi adalah simbol agung kebudayaan Korea iaitu Istana Gyeongbokgung telah diruntuhkan oleh Jepun. Deme siap bina bangunan pentadbiran di atas runtuhan istana tersebut.
Pentadbiran Jepun di Korea juga telah membuatkan semenanjung Korea berpecah kepada dua. Semua angkara Jepun yang kalah dalam Perang Dunia Kedua hingga membawa Soviet Union dan Amerika Syarikat masuk ke negara itu.
Dengan pengalaman yang sangat pahit bersama Jepun, tidak pelik mengapa orang Korea benci deme. Kalau nak kata Korea nak elak Jepun di pusingan 16, lebih baik deme lawan je. Sebab itu bakal membuatkan Korea lebih bersemangat untuk menewaskan negara yang pernah hancurkan deme.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.