Aku teringat, pada tahun 1950 dulu, Solomon Asch daripada Universiti Harvard ada buat eksprimen psikologi sosial. Dia kumpulkan sekumpulan manusia untuk lakukan eksperimen. Eksperimen dia mudah gila.
Ada dua keping kad. Kad pertama ada gambar segaris panjang. Kad kedua pula ada tiga garis panjang yang berbeza-beza yang bertanda A, B dan C.
Asch cuma minta mereka cari antara garis panjang A, B dan C itu, yang mana satu panjangnya sama dengan garis panjang pada kad pertama.
Kau tahu apa jawapan mereka? Kebanyakan jawapan yang mereka bagi salah. 25% saja yang betul walaupun dah duk bincang bagai. Walaupun dah sepakat dan berbincang, jawapan tetap masing-masing. Bukan satu jawapan saja.
Kenapa jadi macam ini?
Sebahagian peserta mendapati ramai yang bagi jawapan itu, jadi dia akan sangka ‘ramai bermaksud benar’. Manusia memang ada kecenderungan begitu. Apabila ramai yang memilih cara itu, ia bermaksud cara itu benar walaupun ia jelas salah.
Kemudian, peserta rasa macam mereka tak dapat lihat apa yang orang lain lihat. Lalu, mereka rasa macam ‘inferior‘. Sebab tak nak rasa macam itu, mereka ikut sajalah jawapan itu walaupun salah.
Senangnya, ramai tak nampak jawapan yang salah sebab ada tekanan sosial (social pressure). Mereka rasa tak boleh nak lawan ‘arus perdana’ walaupun tak kena apa-apa hukuman pun kalau lawan ‘arus perdana’.
Kalau kau orang selalu sertai apa-apa progam yang melibatkan berkumpulan, mesti orang akan terikut-ikut dengan kelompok ketika berhadapan dengan pelbagai soalan rawak walaupun kau orang macam jelas jawapan yang kelompok bagi adalah salah.
Kebenaran yang paling pahit adalah kita mudah mengikut arus berbanding kita melawan ataupun mengakui pendirian kita, lebih-lebih lagi kalau arus itu mempunyai kepentingan kita.
Menurut Daniel Richardson, apabila manusia berkelompok, mereka tak berkongsi maklumat, tapi berkongsi bias dan kepentingan. Jadi, tak rasional.
Dr. Takao Sasaki ada buat eksperimen macam ini jugak. Tapi dia buat ke atas semut. Semut pun bangang juga buat silap banyak, tapi tak apalah ia binatang dan semut ini rajin. Kau malas.
Apabila ditanya kepada Dr. Sasaki bagaimana kalau eksperimennya dilakukan ke atas manusia, dia jawab,
“Masa aku nak beli barang di Amazon, aku sepatutnya buat perbandingan kos dan kelebihan barang yang aku nak beli. Tapi aku tak buat perbandingan, aku cuma ikut barang yang popular dan selalu orang beli.”
Kesimpulan daripada sini, interaksi sosial tidak selalunya memberikan keputusan yang baik sebab orang bangang ini lebih ramai dan ‘suara’ mereka lebih kuat. Jadi, yang cerdik-cerdik mudah terikut. Tapi ada juga yang berpendirian tetap.
Manusia Jadi Tak Rasional Apabila Berkelompok
Gustave Le Bon merupakan pelopor psikologi kelompok (crowd).
Le Bon kata kelompok adalah kumpulan individu yang bersatu atas satu idea ataupun kepercayaan.
Apabila individu menjadi sebahagian daripada kelompok, individu akan berhenti beroperasi sebagai individu secara psikologinya. Individu akan cenderung menuruti matlamat kelompok.
Kepentingan peribadi akan dikorbankan untuk menurut kepentingan kelompok. Sebab itu ketua dalam kelompok lebih mudah memiliki kepentingan peribadi berbanding individu dalam kelompok.
Macam yang telah aku kata tadi, kelompok terbentuk di bawah satu idea. Idea ini biasanya tidak datang dalam kalangan ahli kelompok, tapi datang daripada tokoh yang berada di luar kelompok.
Idea yang dibawa oleh tokoh diambil oleh kelompok secara permukaan dan ringkasan kerana tahap intelektualiti kelompok tidak mampu memahami idea tokoh secara mendalam dan secara asli. Kemudian, idea itu digunakan sebagai pembakar untuk bertindak.
Kemudian, dalam kelompok akan ada ketua yang akan memimpin mereka. Ketua yang akan membawa idea-idea tersebut, dan memandu kelompok mereka.
Ketua tidak akan pernah jelaskan secara mendalam idea asal yang dibawa. Ketua akan selalu beretorik untuk menarik dan membakar kelompok.
Melaung kata ‘bebas’, ‘keamanan’, ‘kesamarataan’, ‘jantina‘, ‘menentang Yahudi’, ‘tolak Freemason’ tanpa menjelaskan sudut rasional disebalik laungan itu.
Macam sekarang, ramai orang main bedal maksud liberalism. Ramai yang bertindak atas nama ideologi, dan akhirnya tindakan itu lari dari ideologi asal. Taruk istilah itu sembarang dan merata-rata sebab tak faham.
Dalam sejarah, kita dapat lihat berapa ramai yang terkorban dan berperang kerana idea yang kelompok sendiri tidak faham.
Tindakan kelompok melancarkan revolusi demi sebuah idea yang mereka sendiri tak faham dapat dibakar dengan sentimen agama.
Agamalah yang memberikan motivasi kepada kelompok untuk bergerak. Lihatlah bagaiman Siri Perang Salib dulu bergerak dengan motivasi-motivasi agama. Kemudian, ia menjadi kelompok fanatik dan kultus.
Sentimen agama kelompok Teori Konspirasi tentulah lebih hebat dengan laungan ‘Fitnah Akhir Zaman’.
Le Bon bukan mahu mencadangkan apa yang kelompok dan individu harus lakukan. Tetapi Le Bon cuba memahami sifat manusia melalui kelompok. Mengapa kelompok bertindak dan bergerak sedemikian rupa.
Sekarang, kita boleh faham mengapa tamadun tak mampu mencapai kesemua ataupun majoriti manusia bersifat rasional sejagat. Tetapi cenderung menuruti retoritik emosi.
Boleh faham mengapa laungan yang berbaur emosi dan sentimen mempunyai ramai pengikut. Kita boleh faham mengapa cerita-cerita “pengakuan” dan page-page bangang mudah mendapat perhatian kerana ia bermain dengan emosi manusia.
Hitler dulu pun menggunakan kemarahan rakyat dan retorik untuk mengumpulkan pengikutnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
3 Comments
Comment:
dont you think that the Freemason group juga guna cara yang sama?
‘..tahap intelektualiti kelompok tidak mampu memahami idea tokoh secara mendalam dan secara asli. Kemudian, idea itu digunakan sebagai pembakar untuk bertindak.
Kemudian, dalam kelompok akan ada ketua yang akan memimpin mereka. Ketua yang akan membawa idea-idea tersebut, dan memandu kelompok mereka.
Ketua tidak akan pernah jelaskan secara mendalam idea asal yang dibawa. Ketua akan selalu beretorik untuk menarik dan membakar kelompok.’
o.O
tiada sesiapa yg betul2 tahu akan perjuangan sbnr Freemason kan? yg diwar2kan vs matlamat sbnr mrk.
Thats why masa zaman sahabat dulu diorang tak pilih pemimpin guna sistem undi orang ramai (demokrasi)
Bagus! Aku suka topik ilmiah mcm ni. Membebaskan belenggu masyarakat. Tahniah patriots. Cuma perlihatkan rujukan please. Saya nak baca lanjut. Thanks.