Kalau korang tengok mulut lembu, korang akan perasan gigi depan bahagian atas lembu ni takde. Aik, kenapa takde? Patah ke? Tak, memang diorang lahir lahir je takde gigi depan bahagian atas. Kenapa?
Benda ni sebab lembu dan sebahagian besar haiwan herbivor (kecuali beberapa herbivor macam keluarga kuda dan arnab) tak ada gigi depan bahagian atas sebab diorang dah berevolusi untuk jadi peragut rumput yang efisien. Diorang tak ada gigi depan bahagian atas, tapi mulut bahagian atas diorang tu kasar macam lidah kucing.
Kiranya, diorang gunakan bibir atas tu untuk kepit rumput pada gigi bawah. Bila kepit, diorang dapat tarik dan ragut rumput tu dengan senang. Benda ni guna kalau ada gigi depan bahagian atas pun boleh je, tapi bila takde gigi tu dan guna bibir kasar ni, dia jadi lagi senang nak ragut rumput banyak banyak sekali ragut. Disebabkan ini, banyak haiwan herbivor tak ada gigi depan bahagian atas.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih