Baru-baru ni kita dikejutkan dengan laporan palsu seorang rakyat Malaysia yang dikatakan hilang di hutan Indonesia. Orang itu dikatakan hilang dalam aktiviti paranormal ataupun cari hantu.
Persoalannya kenapa kita suka cari hantu?
Dekat barat ataupun Eropah, deme cari hantu untuk membuktikan benda itu benar-benar wujud. Sebab segala perkara misteri yang kita alami di sini, deme ada penjelasan saintifik disebaliknya.
Macam bunyi guli pada waktu malam, ramai beranggap itu adalah gangguan hantu. Sebenarnya itu adalah fenomena water hammer. Samalah juga macam harimau jadian, orang Eropah cakap itu adalah penyakit mental lycanthropy. Di mana kita menyangka diri ini adalah harimau dengan berinteraksi seperti harimau.
Bagaimana pulak kalau kita tiba-tiba ternampak hantu yang hodoh dekat cermin?
Orang Eropah cakap itu cuma ketidakmampuan otak kita kita memproses maklumat daripada mata. Ye lah kita pun baru bangun tidur & cahaya pun samar-samar. Tu pasal nampak hantu yang hodoh dekat cermin ataupun memang korang tak hensem.
Bagi membuktikan hantu ini wujud atau tidak, orang Eropah gunakan pelbagai teknologi canggih seperti kamera infrared, emf gauge, thermal camera dan termometer bagi mengesan kehadiran hantu.
Sampai ke kita lain pulak yang jadi. Sebab cari hantu hanya untuk buat konten je. Malah siap bawak 3 bas lagi untuk cari hantu. Ramai-ramai gitu penanggal pun tak berani nak munculkan diri.
Peralatan yang digunakan pun dah cukup canggih. Tapi footage yang kita dapat macam dirakam guna Samsung Corby. Dah lah tak jelas, bergoyang-goyang dan penuh dengan jeritan di perakam.
Kalau kita mengundur ke belakang, nenek moyang kita sudah berinteraksi dengan hantu ni agak lama. Bayangkan je lah, dulu saka atau belaan ni benda biasa.
Bahkan ada yang siap bagi hantu makan lagi. Beberapa warisan kita seperti main teri dan kuda kepang pun ada kaitan dengan hantu. Itu belum cerita bab mantera dan ritual seperti nasi kangkang & minyak pengasih.
Senang cerita kita ni macam tak ada tujuan untuk cari hantu. Barat memang dia nak buktikan hantu tu wujud ke tak. Tapi bukan tak boleh, jangan sampai cemarkan nama negara.
Kalau nak tahu macam mana nenek moyang kita berinteraksi dengan hantu, apa kata jom baca buku ILMU ALAM MELAYU. Dapatkan di https://s.shopee.com.my/1VkDP1Zi52

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.