Selain kenapa kentut berbau busuk, ini adalah antara perkara semula jadi yang dilalui oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.
Apabila kita melakukan kerja yang berat, atau cuaca panas, peluh dan keringat akan mengalir dari kelenjar peluh untuk menyejukkan badan. Walau bagaimanapun, kenapa peluh di ketiak yang berbau busuk? Kenapa bahagian lain yang berpeluh tak sebusuk ketiak?
Pertamanya, kita kena faham daripada mana punca bau busuk ni. Sudah tentu, dalam kebanyakan kes, kuman seperti bakteria adalah dalang bagi bau bauan busuk dan adakalanya genetik dan diet, tapi dari mana datang punca besarnya? Memperkenalkan, kelenjar apokrin.
Kelenjar apokrin ini dalam bahasa mudahnya ialah sejenis kelenjar peluh. Ia bertindak sebagai penyejuk badan tatkala berdepan dengan suhu badan yang tinggi. Oleh itu, ia akan mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Selain daripada kelenjar apokrin, kita juga ada kelenjar ekrin yang mengeluarkan peluh.
Walau bagaimanapun, peluh yang dikeluarkan kelenjar ekrin ini tak berbau kerana ia diperbuat daripada air. Perkara ini berlainan untuk kelenjar apokrin – ia mengeluarkan peluh berlemak yang mengandungi lipid dan protein. Dua produk ini adalah makanan kegemaran bakteria.
Disebabkan kelenjar ekrin hanya mengeluarkan peluh berair, maka aktiviti bakteria adalah kurang di situ. Kelenjar apokrin yang mengeluarkan bahan makanan bakteria pula mempunyai aktiviti bakteria yang tinggi. Juga, kelenjar ekrin meliputi hampir keseluruhan permukaan manusia manakala kelenjar apokrin meliputi sebahagian permukaan sahaja seperti ketiak. Sebab itu peluh di tangan kurang berbau manakala peluh di ketiak berbau.
Hasil degradasi lipid dan protein inilah yang menghasilkan bau busuk. Misalnya, bakteria bernama Staphylococcus hominis telah dijumpai menukar sebatian komponen peluh berlemak apokrin yang pada asalnya tak berbau, kepada komponen kimia berbau busuk bernama thioalkohol.
Baunya adalah sama seperti peluh dan sifat alkoholnya membenarkan ia senang tersejat dan membebaskan bau busuk di udara.
Sebagai selingan, tahukah anda bahawa orang yang mempunyai tahi telinga kering ni ketiaknya tak berbau? Kalau anda pernah pergi ke Jepun, anda akan mendapati kedai runcit mereka tak banyak yang menjual produk deodorant.
Kalau ada pun, bau wangian deodorant tu tak kuat. Semua ini berpunca daripada variasi genetik yang wujud pada masyarakat Asia Timur.
Berbanding masyarakat negara lain, penduduk Asia Timur tak mempunyai gen bernama ABCC11 yang bertindak mempengaruhi bahan rembesan kelenjar apokrin.
Variasi genetik ini sebenarnya adalah resesif, tak ramai yang patut ada (sekitar 0-3% bagi masyarakat lain). Orang Asia Timur walau bagaimanapun, mempunyai kadar peratus yang tinggi (sekitar 80-95%).
Sambung kembali, peluh yang dikeluarkan kelenjar apokrin orang Asia Timur ni tak banyak keluarkan sebatian kimia yang boleh menjadi busuk.
Disebabkan bahan berlemak yang dihasilkan pun berbeza, maka bakteria yang buat bau busuk tu tak boleh nak sintesis peluh orang Asia Timur jadi busuk. Juga, ia membuatkan tahi telinga mereka menjadi kering. Disebabkan itulah, mereka tak memakai deodorant melainkan sebahagian kecil sahaja.
RUJUKAN:
Bolognia, Jean; Jorizzo, Joseph L.; Schaffer, Julie V. (2012). Dermatology. Structure and Function of Eccrine, Apocrine and Sebaceous Glands (3rd ed.). pp. 539–544. ISBN 978-0723435716.
Martin, Annette; Saathoff, Matthias; Kuhn, Fabian; Max, Heiner; Terstegen, Lara; Natsch, Andreas (2010). “A Functional ABCC11 Allele Is Essential in the Biochemical Formation of Human Axillary Odor”. Journal of Investigative Dermatology. 130 (2): 529–540. doi:10.1038/jid.2009.254. PMID 19710689.
Minhas, G. S., Bawdon, D., Herman, R., Rudden, M., Stone, A. P., James, A. G., … & Newstead, S. (2018). Structural basis of malodour precursor transport in the human axilla. Elife, 7, e34995
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih