Liquidity Trap – bila duit ada banyak dipasaran tapi ianya tidak digunakan untuk berbelanja/melabur.

Untuk golongan peniaga yang complain kenapa diorang tak dapat apa buat masa ni, jawapan dia sebab Liquidity Trap.

Golongan B40 ni, golongan yang kecenderungan dia untuk berbelanja sangat tinggi. Yalah, duit sebelum ni selalu tak cukup, kalau dapat duit extra confirm digunakan semuanya untuk berbelanja.

Jadi ada liquidity dalam market.

Golongan peniaga ni, kecenderungan dia untuk berbelanja tidak begitu tinggi. Sebab diorang hidup cukup pakai dan makan. Tiada urgency untuk diorang gunakan sebarang cash handout untuk berbelanja. Jadi duit tidak berlegar dalam market dan terjadilah Liquidity Trap atau duit tu terperangkap .

Lagi satu kalau ada argument pasal kenapa tiada bantuan untuk pelaburan, sebenarnya memang ada. Kan ada bantuan credit untuk SME tu yuang disediakan oleh kerajaan?

Gunalah benda tu, takkan expect helicopter money untuk dijadikan modal?

Lagi satu liquidity untuk SME ni kalau diberi begitu sahaja, ada kemungkinan berlaku Liquidity Trap.

Kenapa?

Sebab peluang pelaburan dimasa sekarang hampir tiada, jadi kalau duit tu diberi ada kemungkinan duit tu dimasukkan dahulu dalam cash reserve untuk digunakan dikemudian hari bila keadaan kembali reda.

Tapi nak redakan keadaan ekonomi kena ada kecairan atau liquidity dalam pasaran dahulu.
Kalau SME simpan cash tu dalam cash reserve sementara menunggu keadaan reda, akan tercetus masalah berkaitan inflasi pula (inflation, disinflation, deflation dan stagflation).

Jadi atas alasan itulah, kerajaan bagi banyak bagi dekat B40 dulu, supaya kecairan tu sentiasa ada, bila keadaan reda barulah rasanya SME apa semua tu akan dapat.

Kita sekarang tengah hadap demand shock dan supply shock serentak. Govt nak selesaikan demand tu dulu.

Say’s law yang mengatakan supply akan create dia punya own demand ni dah lama Keynes buktikan salah. The truth is demand akan create dia punya own supply.

So selesaikan masalah demand, supply akan selesai dengan sendirinya.

Jadi M40, T20 dan para penguasaha SME, bersabar sekejap jer tau. Ada masalah lain pada ekonomi yang kerajaan kena selesaikan. Cara nak selesaikan adalah dengan memberikan B40 wang berbelanja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Najib Saahari mempunyai pengalaman sebanyak 10 tahun didalam dunia pelaburan. Kini bekerja disebuah Bank Pelaburan terbesar di Malaysia. Mula menulis secara serius tentang keadaan ekonomi dan kewangan negara selepas tamat PRU14. Ianya bermula dengan niat untuk memperbetulkan persepsi orang ramai tentang keadaan ekonomi negara dan ingin mengajar orang ramai agar tidak tertipu lagi dengan retorik ahli politik.

Comments are closed.