Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa kapal terbang awam selalunya bewarna putih? Mungkin ada antara kita perasan semua kapal terbang awam yang dinaik bewarna putih, walaupun ada juga kapal terbang yang mempunyai warna lain sebagai ‘brand’ atau jenapa Airline mereka, tetapi warna kebanyakan di badan pesawat sivil adalah bewarna putih. Pesawat awam terutamanya bewarna putih disebab kan atas faktor-faktor berikut.
1. Melindungi dari sinar Radiasi Matahari
Seperti yang kita tahu warna putih adalah warna yang paling efektif memantulkan sinaran radiasi matahari. Warna lain akan menyerap lebih sinaran matahari berbanding putih dan menyebabkan suhu badan serta sayap kapal terbang meningkat semasa penerbangan mahupun di darat. Pemanasan yang berterusan boleh mengurangkan jangka hayat kapal terbang.
2. Mudah mengesan kerosakan di kulit kapal
Badan pesawat yang bewarna putih menjadi pilihan kerana lebih mudah untuk mengesan sebarang kerosakan seperti calar , kemik atau mana FOD (foregin object damage), ini kerana warna yang terang akan menonjolkan dengan kontra sebarang kesan pada kulit pesawat dan memudahkan pemeriksaan semaya penyelengaraan kapal terbang.
3. Kos lebih jimat dan tidak mudah pudar
Selain itu warna lain selain putih lebih mudah pudar bebanding warna putih. Ini akan mengurangkan penampilan kapal terbang lantas terpaksa mengantikan dengan cat yang baru untuk penampilan kapal terbang. Cat yang sering digunakan untuk kapal terbang adalah cat epoxy, Sebuah pesawat bersaiz Boeing 747 menggunakan lebih kurang 25 Kg cat bewarna putih. Jika digantikan dengan warna lain berat akan meningkatkan lagi kos untuk penggunaan cat di pesawat.
4. Kurangkan Pelanggaran burung.
Antara faktor lain mengapa badan pesawat bewarna putih adalah untuk mengurangkan kadar pelangaran burung terutama waktu pendaratan dan berlepas walaupun risiko pelanggaran burung masih ada. Warna putih lebih mudah dilihat dan dapat mengurangkan risiko tersebut.
Artikel dikirimkan oleh Kai untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih