Kepada yang layan Asian Champions League (ACL), mesti korang pernah dengar nama Guangzhou Evergrande. Ya sekarang ni deme dah lingkup sehingga tak layak beraksi di liga profesional.
Persoalannya macam mana Guangzhou Evergrande yang juga dikenali sebagai Harimau China Selatan boleh lingkup?
Sebaik sahaja syarikat hartanah iaitu Evergrande mengambilalih pemilikan Guangzhou FC, deme terus berbelanja macam tiada lagi hari esok. Bayangkan Evergrande €11.2 juta untuk menjadikan Guangzhou kelab yang hebat.
Dana itu telah digunakan untuk membawa jurulatih berprofil tinggi seperti Luiz Felipe Scolari dan Fabio Cannavaro. Tak lupa juga pemain bertaraf dunia seperti Alberto Gilardino, Alessandro Diamanti, Paulinho, Jackson Martinez, Talisca dan Robinho turut direkrut untuk memperkuatkan Guangzhou.
Hasilnya Guangzhou Evergrande berjaya menjulang 8 trofi Liga Super China. Paling menarik sekali mereka berjaya menyamai rekod yang dipegang oleh kelab King of China iaitu Liaoning FC.
Kemuncaknya Guangzhou Evergrande menjadi juara ACL sebanyak dua kali. Hal ini mengejutkan kelab daripada Korea, Jepun dan Asia Barat yang selama ini mendominasi ACL.
Namun langit tak selalunya cerah sebab Guangzhou Evergrande mula terpalit dengar masalah kewangan. Itupun sebab pemilik kelab berhutang dengan jumlah begitu besar.
Guangzhou pulak masa tu memang jenis bayar gaji besar. Nak tak nak deme perlu lepaskan beberapa pemain bintang supaya beli pemain lebih murah dan tak terbeban dengan gaji.
Tapi perkara tu tak menyelesaikan masalah pun. Sebab para pemain, jurulatih dan staf mula tak dapat gaji. Dah lah masa tu Fabio Cannavaro jadi jurulatih, buat malu je.
Kesannya ada pemain yang mogok dan deme terpaksa berharap kepada pemain muda. Buktinya korang boleh tengok beberapa tahun lepas, Guangzhou Evergrande hanya hantar budak-budak sekolah menengah untuk menentang pasukan paling power di Malaysia.
Disebabkan asyik tak ada duit, Chinese Football Association (CFA) ambil keputusan untuk tendang keluar Guangzhou Evergrande ke divisyen 2. Tapi deme dapat naik balik.
Dan pencapaian tu tak lama sebab akhirnya Guangzhou Evergrande telah disingkirkan oleh CFA daripada beraksi di liga profesional. Kalau nak main bola juga, kena mula dari liga amatur.
Dekat sini kita belajar bahawa korang tak boleh belanja sesuka hati duit korang tanpa fikir kehadapan. Mungkin untuk masa singkat bersingkat tapi korang merana selamanya.
—-
Kalau korang tak nak jadi macam Guangzhou Evergrande, apa kata jom baca buku PSYCHOLOGY OF MONEY. Cepat dapat di https://s.shopee.com.my/5psQqKIHoY




No comments yet