Bila bercakap tentang Family Mart, mesti kita akan teringatkan oden. Memang jadi pilihan untuk kita semua beli makanan dekat sana. Malah siap jadi tempat couple berendut pada waktu malam.
Tapi yang peliknya dekat Thailand, Family Mart ni tak jadi pilihan orang sana sampai melingkup. Persoalanya kenapa Family Mart lingkup dekat Thailand?
Masalah utama Family Mart yang buat rakyat Thailand menyampah adalah produk deme. Bayangkan je lah kebanyakkan produk tak restock sehingga rak kosong macam tu je.
Ditambah lagi produk yang ada pun tidak mesra dengan lidah orang Thailand. Sebab banyak produk Jepun. Dah letak diskaun pun orang tak nak beli.
Bukan tu je, fasiliti dekat Family Mart tu pun agak teruk. Dengan aircond tak pernah servis dan kedai dalam keadaan kurang selesa. Staf pulak agak kurang terlatih hingga membuatkan proses membuat bayaran menjadi lambat.
Saingan daripada 7 Eleven juga membuatkan Family Mart semakin terpinggir. Ye lah banyak makanan yang diboleh didapatkan dekat 7 Eleven & cawangan pun banyak. Baik pergi 7 Eleven je, boleh custom kopi.
Pengakhiran, seluruh cawangan Family Mart di Thailand telah ditutup. Sebab pemegang lesen Family Mart di Thailand iaitu Central Group telah menamatkan perjanjian bersama kedai runcit Jepun itu.
Secara automatik kesemua cawangan Family Mart di Thailand bertukar menjadi Tops Daily yang dimiliki oleh Central Group. Lepas ni orang Thailand tak boleh dah nak makan oden.
Dekat sini kita faham, kedai runcit atau makanan luar negara mesti beradaptasi dengan selera setempat. Jangan syok sendiri sehingga pelanggan lari.
—
Kalau korang tak nak jadi macam Family Mart dekat Thailand, apa kata jom baca buku PSYCHOLOGY OF MONEY. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/gB4w1F8rp




No comments yet