Negara atau bandar di Eropah seperti Rom di Itali, St. Petersburg dan Amsterdam masih mengekalkan tradisi bangunan berketinggian rendah meskipun mereka merupakan negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi serta mempunyai tahap ekonomi yang lebih baik melebihi negara lain.
Anggapan kita, “kenapa negara diorang ni kalau dah tahu kaya, kenapa bina rendah-rendah lagi bangunan, kan bangunan tinggi menonjolkan kemegahan?” Anda turut merasa hairan dengan kekurangan pencakar langit yang memenuhi ruang dibandaraya mereka terutama sekali di Eropah.
Keadaan ini berbalik kepada persaingan kebudayaan serta kefahaman terhadap konsep senibina serta perancangan bandar antara dua negara ini iaitu negara Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan kemajuan teknologi dari Revolusi Perindustrian yang berlaku pada 1850an melihat kepada perkembangan pengunaan keluli dan konkrit diperteguh (Reinforced Concrete) sebagai bahan baru didalam pembinaan bangunan tinggi.
Melihat akan kemajuan teknologi ini, rakyat di Amerika melihat kemajuan teknologi pembinaan pencakar langit sebagai batu penanda aras kemajuan tamadun, didalam keadaan ini rakyat Amerika melihat sistem pembinaan serta corak senibina di Eropah yang bersifat Renaissance dan gaya lama sebagai telahpun ketinggalan. Oleh itu, kedua-dua negara ini bermula menetapkan haluan kefahaman rekabentuk bangunan mereka tersendiri.
Mengorak ke era P3rang Dunia Kedua, setelah banyak kota-kota di sekitar Eropah seperti London teruk dibom oleh Jerman pada era P3rang Dunia Kedua, penduduk di Eropah mengambil kesempatan ini untuk mereka semula bandar mereka yang musnah akibat bedilan selepas perperangan berakhir. Arkitek, jurutera, perancang bandar menyusun atur kesemua rekabentuk bangunan agar sejajar dan harmoni.
Daripada menolak tepi unsur senibina lama mereka, mereka memasukkan unsur-unsur tersebut agar diseragamkan kepada semua bangunan baru mahupun lama yang dibina semula, mewujudkan kesan harmoni did alam rekabentuk bangunan mereka.
Mereka cuba sedaya upaya mengekalkan identiti senibina dan budaya setempat mereka supaya menwujudkan keunikan didalam aspek perancangan senibina dan rekabentuk yang dilakukan serta memenuhi kehendak penduduk setempat. Dek kerana nilai penduduk yang kurang akibat ramai yang meninggal dunia akibat dibom, kehendak untuk bangunan tinggi turut tidaklah banyak dan hampir tidak wujud.
Manakala, bandar bersejarah seperti Rom di negara Itali yang mempunyai latar belakang sejarah lebih 2,000 tahun, kerajaan mereka tidak membenarkan pembinaan pencakar langit, ini kerana pemandangan bangunan pencakar langit menghilangkan kesan sejarah dibandar tersebut malahan merosakkan nilai kebudayaan masyarakat setempat akibat saiz bangunan yang agak kontra dengan bangunan vernacular yang terdapat di setempat.
Namun, bandar seperti Frankfurt di Jerman yang telahpun melalui era perp3rangan serta pengeb0man, membolehkan bandar tersebut melakukan perancangan baharu terhadap pembinaan pencakar langit yang baru, iaitu hasil dari kesan kemusnahan terdahulu.
Semenjak pergerakan senibina moden yang bermula pada pertengahan 1920an hingga 1950an, dimana pergerakan ini dipelopori oleh arkitek terkemuka iaitu Eliel Saarinen, Le Corbusier, Walter Gropious dan Mies van der Rohe, arkitek tersebut menekankan bahawa rekabentuk bangunan mestilah radikal, tiada corak, dan ringkas.
Dengan adanya pencetus idea radikal ini membawa pengaruh ini merebak dari Eropah ke Amerika yang telahpun bermula sejak 1920an. Ditambah pula dengan ketiadaan akta bangunan tinggi di Eropah sekitar 1960an dan 1970an dimana ketika itu, terutama sekali pemaju hartanah di Brussels mempunyai kebebasan untuk membina pencakar langit dan mula meruntuhkan bangunan lama dan menggantikannya dengan yang lebih moden.
Era blok bangunan kediaman mahupun pejabat tinggi dan moden dengan rekabentuk bentuk petak dan ringkas mula “tumbuh” bagai cendawan selepas hujan di Brussel, dengan saiznya tinggi dan agam serta besar bersama rekabentuknya yang repetitive (berulang), menyebabkan kecacatan pemandangan pada bandaraya tersebut.
Akibat itu, negara Eropah yang terikut-ikut dengan pergerakan ini mula kehilangan seri dari rekabentuk senibina tradisional mereka. Bermula dari saat itu, bermulalah akta bangunan tinggi di Eropah dibuat. Akta ini memastikan arkitek kekal dengan mereka bentuk bangunan tidak melanggar etika senibina setempat.
Ada beberapa kawasan dibandar turut mendedikasikan kawasan tertentu untuk membenarkan pembinaan bangunan tertinggi tertumpu di satu kawasan jauh dari kawasan bersejarah. Contohnya, La Defence di Paris terletak jauh dari bandar dengan bangunan berekabentuk klasik untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan tinggi.
RUJUKAN:
Cortese, Dan. (2019). Why Europe Doesn’t Build Skyscrapers. The B1M.
Champion, Hannah. (2019). Why Doesn’t Europe Build Skyscrapers? European Cities Compared. Bucket List HQ.
Modern Movement 1925 – 1950. http://www.phmc.state.pa.us/portal/communities/architecture/styles/modern-movements.html
Marshall, Collins. (2015). Pruitt-Igoe: the troubled high-rise that came to define urban America – a history of cities in 50 buildings, day 21. The Guardian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih