Setiap industri mesti mempunyai tokoh yang sangat terkenal dalam bidang mereka. Dalam industri teknologi, kita mengenali Bill Gates dan Steve Jobs.

Tapi bagaimana dengan permainan video?

Memperkenalkan kepada anda, Gabe Newell!

Gabe Newell merupakan pemilik syarikat Valve yang terkenal dengan permainan videonya seperti Counter Strike, DotA2, Team Fortress 2, dan Left 4 Dead.

Syarikat ini juga merupakan penyelamat dunia permainan PC disebabkan kewujudan Steam yang menjadi kedai permainan PC terbesar di dunia.

Perkhidmatannya yang baik dan ciri komuniti yang terus berkembang menjadikan Steam dan Gaben semakin digemari oleh hampir semua pemain game PC di seluruh dunia.

Gaben asalnya merupakan seorang programmer yang belajar di Universiti Harvard. Kemudian, beliau menyertai Microsoft dan membina Windows 1.01-1.03 dengan Bill Gates dan rakan-rakannya.

13 tahun bekerja di Microsoft, Gaben kemudian tinggalkan Microsoft bersama Mike Harrington. Sebenarnya mereka nak bangunkan lagi id Software dan game yang mereka buat iaitu Doom dan Quake.

Gabe dan Mike mengasaskan Valve L. L. C pada tahun 1996. Mereka juga mencipta game engine bernama GoldSrc yang digunakan dalam mengubahsuai game yang dah dicipta beliau iaitu Quake.

GoldSrc digunakan untuk membangunkan game pertama Valvei iaitu Half-Life pada 1998, salah satu game horror first person shooter terbaik sepanjang zaman.

Sejak saat itu, mereka membuat banyak game yang sangat popular hingga saat ini seperti Counter-Strike yang awalnya dibeli dari pembuat mod Half-Life serta Portal, Left 4 Dead dan DotA2.

Engine tersebut kemudian dikemaskini dengan Source Engine yang pertamakali diperkenalkan di Counter-Strike Source dan Half-Life 2.

Mike meninggalkan Valve pada tahun 2000 membuatkan Gabe mencipta software pengedaran game PC yang dipanggil Steam.

Banyak ciri Steam yang menjadikannya sangat dicintai oleh penggemar permainan video PC, terutamanya “Steam Summer Sale”.

Gaben ni juga merupakan seorang yang sangat ikonik. Mana taknya, takde sebab lain selain Gaben sendiri yang membuatkan siri gamenya hanya terhenti sehingga nombor 2.

Sebut saja Portal 2, Left 4 Dead 2, DotA2 hingga yang paling terkenal sampai sekarang, Half-Life 2. Hal tersebut dibuat bahan gurauan peminat yang sangat percaya bahawa Gaben tak mampu sebut angka 3.

Tak dapat sebut angka 3 pun, kekayaan beliau lebih dari 3 angka. Menurut Forbes, beliau memiliki kekayaan sebanyak

$4.3B pada tahun 2024.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply