Hari ini Domino’s boleh dikatakan sebagai penguasa baru dalam industri pizza apabila restoran makanan segera itu meninggalkan pesaing terdekat mereka iaitu Pizza Hut terlalu jauh.

Malah Domino’s turut mendapat sambutan di pelbagai negara ekoran perkhidmatan yang sangat cekap.

Sejak dahulu, Domino’s sangat memberi tumpuan kepada aspek penghantaran ataupun delivery. Dengan hanya duduk di rumah, anda sudah boleh menikmati pizza tanpa perlu membuang masa membeli seperti biasa.

Tapi masalahnya sekarang Domino’s kelihatan agak gagal di Italy. Kenapa boleh jadi begitu?

1. Delivery

Kita semua tahu, Domino’s menawarkan perkhidmatan delivery yang sangat laju. Sehingga ke hari ini, tiada satu pun restoran makanan segera yang mampu mengatasi kepantasan Domino’s dalam aspek delivery.

Namun bagi orang Italy, memesan pizza dengan beberapa klik di telefon pintar ataupun komputer adalah sesuatu perbuatan tidak masuk akal.

Hal ini kerana mereka beranggapan pergi ke kedai untuk mendapatkan pizza untuk dibawa balik adalah lebih baik.

Tapi tak lama ke nak tunggu?

Sementara nak tunggu pizza siap, orang Italy biasanya akan berbual panjang dengan pizzaiolo (pembuat pizza) tentang bermacam isu.

Mereka juga boleh memantau pizzaiolo menghasilkan pizza bagi memastikan semua bahan yang digunakan adalah segar belaka.

2. Tak Sedap

Pizza merupakan leluhur yang berasal daripada Italy dan masyarakatnya telah terdedah dengan makanan itu sejak era empayar Rom. Italy sendiri sudah miliki begitu banyak jenis pizza yang lazat dan masuk dengan selera mereka.

Datang sahaja Domino’s daripada Amerika Syarikat, orang Italy seseolah tidak dapat menerima kehadiran itu.

Menurut orang Italy, Domino’s tidak sedap kerana seperti mengigit kertas pasir. Tambahan pula, menjual pizza kepada masyarakat Italy adalah tindakan yang mengarut.

Ibarat Amerika Syarikat cuba menjual burasak kepada masyarakat Bugis.

3. Nanas Dalam Pizza

Bagi peminat pizza di Malaysia, Hawaiian Chicken adalah antara menu yang menjadi kegemaran dan hidangan wajib di pesan.

Lain pula bagi orang Italy kerana mereka sangat bencikan kombinasi nanas bersama tomato di dalam pizza. Bagi orang Italy, kehadiran nanas akan membuatkan pizza menjadi semakin tidak sedap.

Ditambah lagi nanas yang digunakan itu adalah nanas dalam tin. Hal ini boleh mengakibatkan pertambahan begitu banyak kalori dalam hidangan pizza.

Jadi orang Italy hanya menyarankan buah-buahan segar sahaja yang boleh digunakan untuk membuat pizza. Penggunaan bahan segar akan menambahkan lagi rasa eksotik pizza.

4. Terlalu Mahal

Di beberapa negara, harga untuk sekeping pizza daripada Domino’s adalah agak mahal. Namun di Italy, Domino’s dijual dengan sangat murah iaitu antara $6 hingga $7.

Walau bagaimanapun, harga yang murah itu masih lagi tidak dapat menambat hati masyarakat Italy. Hal ini kerana harga pizza buatan Italy lebih murah iaitu bermula dari $4 sehingga $6.

Malah pizza buatan Italy lebih asli dan bertepatan dengan selera orang ramai. Domino’s pula rasa seperti kertas pasir yang ditambah nanas dalam tin.

Jadi untuk apa orang Italy membayar mahal hanya untuk makanan tidak sedap jika makanan mereka sendiri sudah sedap dan sangat murah?

Untuk mengatasi masalah ini, Domino’s masih gagal kerana mereka tidak boleh jual pizza lebih murah daripada harga sedia ada.

RUJUKAN:

Bitesize. (n.d). Pineapple on pizza: Where did it come from and why do some of us hate it? BBC. 

Nadeau, B. (2017, April 13). Domino’s Pizza comes to Italy (and is doomed to fail). The Daily Beast. 

Puhak, J. (2020, Januari 14). Domino’s Pizza announces massive expansion in Italy — and Italians are not happy. New York Post. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply