Korang pernah ke terfikir, kenapa agaknya bintang di langit berkerlipan terang? Bagaikan mutiara di angkasa, ia menerangi gelap malam dan menyumbang ilham kepada penyair.
Apa yang menarik, setiap bintang-gemintang ada tempatnya sendiri yang tetap di atas langit. Sebab itu ia boleh menjadi penunjuk arah kapal-kapal yang berlayar.
Bagaimana bintang berkerlip?
Bintang yang kita nampak di cakerawala itu muncul dalam bentul nuclear fusion yang stabil dan ia menukarkan hydrogen kepada helium. Seterusnya, ia memancarkan x-rays. Proses yang berlaku ini memancarkan tenaga yang banyak. Kesannya, bintang menjadi panas dan bercahaya terang benderang.
Perasan tak warna bintang yang berlainan?
Sesetengah bintang bersinar dengan lebih terang berbanding yang lain. Sebanyak mana tenaga yang dihasilkan oleh bintang itu, semakin bercahayalah ia di angkasa. Tenaga tersebut dipanggil luminosity. Sesebuah bintang itu terang ataupun tidak pada pandangan mata kasar kita turut dipengaruhi oleh sejauh mana jaraknya dengan planet bumi yang kita duduki.
Suhu yang dihasilkan bintang juga mempengaruhi warnanya. Bintang yang paling panas akan berwarna putih atau biru, sementara bintang lain yang kurang panas berwarna jingga atau merah.
Cuba korang tengok langit malam, bintang yang korang nampak warna apa?
Terkini, saintis sedang mencipta teleskop dari teknologi quantum. Kajian ini dibuat oleh Brookhaven National Laboratory (BNL) dan Stony Brook University dari New York City. Theoretical physicist dan pengkaji bebas, Stephen Vintskevich menyokong projek ini.
Tak sabar rasanya nak tengok bintang dengan lebih jelas dan terang! Tak sia-sia saintis bangunkan sains Quantum. Sebenarnya, Allah telah bersumpah dengan bintang-gemintang di dalam al-Quran. Sebagai umat Islam, kita patut berasa lebih teruja!
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kita dapat meneroka lebih jauh keajaiban angkasa lepas berpandukan ilmu pengetahuan sains Quantum yang kian berkembang. Fakta sains yang menarik macam ni kami dah tulis dalam QUANTUM! Klik https://thepatriots.store/pt-quantum/ atau https://bit.ly/quantumshopee




No comments yet