Di Amerika, nama paling popular ialah Smith. Di Malaysia pula, nama paling popular ialah Muhammad/Mohammad dan juga Adam. Tetapi di Vietnam, nama Nguyen paling popular. Populariti nama ini dikatakan sehinggakan 40 peratus orang di Vietnam memiliki nama Nguyen. Jadi, apa yang istimewanya nama ini? Kenapa angkanya setinggi ini?
Dalam sejarah, nama Nguyen ini dipercayai datang daripada bahasa Mandarian, Ruan. Mereka yang bernama Nguyen ini dikatakan berhijrah dari Selatan China ke bumi Vietnam pada sekitar 420-528 Masihi. Maksud nama Ruan paling hampir merujuk kepada alat muzik bertali yang dipetik.
Mereka datang dari wilayah seperti Anhui, Guangzhou, dan Zhejiang bagi mengelakkan p3rang yang memang selalu tercetus di wilayah China. Pada ketika inilah keturunan nama Nguyen ini mengadaptasikan budaya dan bahasa Vietnam sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.
Namun, nama Nguyen masih lagi digunakan pada kadar normal sehinggalah pada pemerintahan Dinasti Tran (1225–1400) yang memerintah China. Selepas merampas kekuasaan daripada Dinasti Ly (1009–1225) yang memerintah Vietnam, Tran Thu Do yang memerintah Vietnam bagi pihak raja Dinasti Tran bernama Tran Canh yang masih muda memerintahkan mereka yang memiliki nama Ly supaya menukarkan kepada Nguyen.
Ini bagi memastikan sejarah keluarga Ly yang pernah memerintah Vietnam terhapus, dan tiada siapa yang mengenali Dinasti Ly. Namun, persoalan yang melibatkan kenapa nama Nguyen dipilih sebagai masih misteri. Namun penulis memiliki pendapat peribadinya sendiri. Barangkali kerana asal-usul nama Nguyen itu sendiri daripada China, jadi penukaran kepada nama tidak terlalu pribumi kepada Vietnam dipilih.
Seolah-olah sudah menjadi tradisi. Selepas itu, dinasti yang mengambil alih dinasti selepasnya pula melakukan hal yang sama. Misalnya Dinasti Ho (1400–1407) berjaya mengalahkan Dinasti Tran lalu mengambil alih pula tampuk kekuasaan. Maka Dinasti Ho pula mengarahkan supaya semua keturunan Tran menukarkan nama keluarga kepada Nguyen. Apabila Dinasti Ho pula pada tampuk pemerintahan terakhir, keturunan Dinasti Ho pula menukarkan nama mereka kepada Nguyen bagi mengelakkan dijejaki oleh musuh.
Dan kitaran ini berlanjutan kepada dinasti demi dinasti. Apabila sebuah dinasti pada penghujungnya, secara automatik keturunan-keturunan mereka pun menukarkan nama mereka kepada keluarga Nguyen. Sampailah Dinasti Nguyen (1802-1883). sendiri mengambil alih pemerintahan Vietnam. Pada zaman Dinasti Nguyen inilah sesiapa yang memiliki nama Nguyen akan mendapat keistimewaan daripada pemerintah. Lantas berpusu-pusulah orang menukarkan nama mereka kepada Nguyen.
Perlu juga diketahui bahawa di Vietnam, mereka dari keturunan miskin dan sukar tidak memiliki nama keluarga. Nama keluarga hanya milik mereka dari kelas tinggi dalam masyarakat. Ketika Vietnam berada di bawah jajahan Perancis, kerajaan Perancis ketika itu sedang melakukan bancian dan siasatan ke atas populasi Vietnam.
Namun malangnya, populasi besar masyarakat Vietnam tidak memiliki nama keluarga yang betul menyukarkan siasatan Perancis. Jadi, untuk selesaikan masalah ini, Perancis pun melongokkan semua orang yang tidak bernama ini sebagai keluarga Nguyen.
Nguyen Phuoc atau Nguyen Phuc merupakan nama original, dan berasal dari keturunan pengasas Dinasti Nguyen. Nguyen Ton pula ialah nama para keturunan dari bangsawan pada zaman Dinasti Nguyen, namun tak setaraf Nguyen Phuoc dan Nguyen Phuc. Nama-nama yang lain ialah:
Nguyen Dinh
Nguyen Huu
Nguyen Canh
Nguyen Khac
Nguyen Tien
Nguyen Duc
Nguyen Minh
Nguyen Ngoc
Nguyen Van
Nguyen Quang
Nguyen Xuan
Dan atas beberapa faktor inilah yang membuatkan kenapa hari ini, kenapa nama Nguyen memiliki 40 juta orang pemilik. Ianya adalah jasa sejarah ribuan tahun yang amat panjang, tetapi mengasyikkan. Hari ini, terdapat beberapa nama sub-Nguyen yang memberitahu keturunan mereka.
RUJUKAN:
Len, Phan. (2017). Why is Nguyen Such a Popular Name in Vietnam?. Instrip.
General, Ryan. (2016). Why 40% of Vietnamese People Have ‘Nguyen’ For a Last Name. Netshark.
Powell, Kimberly. (2019). The Meaning and Origin of Nguyen. Thought.Co.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih