Perasan tak, apabila tiba hari rabu sahaja pasti banyak kedai yang buat promosi. Sebagai contoh seperti llaollao 22% Off Wednesday, 7 Eleven Crazy Wednesday Promotion, TGV Cinemas Members Wednesday dan bermacam lagi. Bagi mereka yang gilakan penjimatan, rabu akan menjadi hari penting untuk berbelanja bagai tiada lagi hari esok.

Persoalannya sekarang kenapa banyak diskaun ditawarkan pada hari rabu? Ini kerana rabu merupakan hari bekerja dan bagi diskaun pun tidak akan mampu tarik ramai pelanggan. Seharusnya diskaun perlu diberi pada hari minggu, barulah berduyun-duyun pelanggan akan beli lantas terus menjana keuntungan.

Sebelum tu, kami juga ada diskaun untuk korang! Sementara kita harung hidup, kita kena ingat perjuangan orang lama. Dan kami bawa buku PERTEMPURAN DALAM HUTAN, karya yang merakamkan kisah Dato Rani Abdul Rashid dalam pertempuran-pertempurannya melawan komunis. Buat julung kalinya kisah kepewiraan dirinya dan anggota keselamatan yang lain direkodkan dengan mendalam dalam sebuah buku. Dapatkan sekarang, ada DISKAUN lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Pertempuran-Di-Hutan-Hardcover–i.238336777.17131032084

Sebenarnya, diskaun yang ditawarkan oleh banyak kedai pada hari rabu adalah bersempena dengan hump day. Istilah ini telah wujud sejak era 1950-an di Amerika Utara dan mula popular apabila JJ Cole telah menggunakan istilah tersebut di dalam lagunya. Bermula dari situ hump day terus wujud sebagai hari pertengahan bagi mereka yang bekerja selama 5 hari bermula daripada isnin hingga jumaat.

Apa kaitan antara hari pertengahan dengan diskaun pula? Cerita begini sebagai pekerja, isnin dan selasa merupakan hari yang sangat hectic. Manakala khamis dan jumaat pula adalah hari yang menuju hujung minggu. Jadi rabu boleh dikatakan sebagai hari penghubung kepada mood bekerja dan mood bercuti. Bermakna apabila masuk sahaja hari rabu, tekanan bekerja akan berkurangan sedikit kerana kita akan menuju hujung minggu yang lebih tenang.

Kalau masih lagi tak faham lagi, anggap sahaja 5 hari dalam seminggu itu adalah sebuah bukti. Dua hari pertama iaitu isnin dan selasa adalah masa untuk mendaki. Nak mendaki memang susah kerana memerlukan begitu banyak tenaga dan masa dirasakan bergerak sangat perlahan. Sama seperti bekerja pada hari isnin dan selasa.

Apabila tiba di puncak, kita akan berehat seketika untuk recharge balik tenaga nak menikmati pemandangan indah. Sama seperti hari rabu yang dijadikan sebagai hump day. Setelah puas berada di puncak tiba masanya untuk kita turun. Kebiasaanya pendakian turun akan lebih tenang dan tidak memerlukan banyak tenaga.

Sama seperti mood bekerja pada hari khamis dan jumaat akan berubah kerana semakin menghampiri hujung minggu. Jadi senang cerita, hari rabu merupakan tempoh bertenang antara selasa dan khamis.

Kami membawa pada anda semua dua karya fiksyen yang diterbit MAHAKARYA!
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Entiti perniagaan menyedari tingkah laku kita mampu memberikan keuntungan kepada mereka. Ditambah pula ramai daripada kita menjadikan aktiviti berbelanja untuk meredakan tekanan ketika bekerja. Bermula dari situ, ada entiti perniagaan yang menyedari rabu merupakan hari terbaik untuk memberikan diskaun. Buktinya adalah boleh lihat sendiri di llaollao, diskaun sebanyak 22% pada hari rabu membuatkan pelanggan datang berlipat kali ganda.

Situasi ini telah membuatkan banyak entiti perniagaan mula mengikut trend sehingga rabu menjadi hari terbaik untuk berbelanja. Bagi mereka yang berjimat cermat (baca kedekut), inilah masanya untuk anda mendapatkan barang yang mahal dengan harga promosi. Bagi kedai, ini merupakan serampang dua mata kerana mereka akan memperoleh lebih banyak keuntungan iaitu pada rabu dan hujung minggu.

Jadi selepas ini jangan pelik kenapa banyak kedai bagi promosi pada hari rabu. Itu hanya kerana mereka memanipulasi minda bawah sedar pelanggan. Senang cerita, kedai dah lama rancang, anda sahaja yang lalai.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN:

Lynee, K. (2015, Mei 6). The history of hump day. Historical Fiction Addicts. Dipetik daripada https://kellylynnereimer.wordpress.com/2015/05/06/the-history-of-hump-day/comment-page-1/

Barrand, R. (2022, Jun 15). What is hump day? Meaning of Wednesday nickname, where it comes from, and how to say ‘happy hump day’. National World. Dipetik daripada https://www.nationalworld.com/news/offbeat/hump-day-wednesday-nickname-3732835


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply