Selepas omputih menemui jalan laut ke Timur Jauh dan Dunia Baru, deme terus rakus nak menjajah. Katanya itu adalah beban omputih sebab deme nak ajar orang Timur Jauh dan Dunia Baru hidup bertamadun. Padahal mereka cuma mahukan kekayaan hasil bumi je. Omputih pun telah lancarkan banyak peperangan dan perjanjian untuk menakluk negara lain. 

Apa yang peliknya semasa sampai ke bulan, tak ada pulak deme nak claim ataupun takluk bulan sebagai tanah jajah. Sebab Amerika Syarikat adalah negara pertama yang jejakkan kaki ke bulan. Sepatutnya mereka claim je bulan sebagai tanah jajahan kerana negara lain masih belum mampu untuk kesana. Tapi Amerika Syarikat hanya pacak bendera dan ambil beberapa sampel di bulan. Lepas tu terus balik.

Persoalannya kenapa Amerika Syarikat tak claim bulan sebagai tanah jajahannya?

Semuanya bermula pada tahun 1957 apabila Soviet Union telah melancarkan satelit pertama mereka iaitu Sputnik ke angkasa lepas. Kejayaan itu memberi kegusaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana bimbang Soviet Union akan bertindak di luar kawalan. Antaranya adalah seperti cubaan Soviet Union nak claim angkasa lepas sebagai jajahan deme.

Untuk itu, PBB telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang berfungsi bagi mencari titik tengah di sebalik isu penerokaan angkasa lepas. Selepas melakukan banyak kajian, PBB telah menyerahkan draf perjanjian kepada Amerika Syarikat dan Soviet Union untuk disemak. 

Setahun kemudian, Amerika Syarikat, Soviet Union bersama 60 negara yang lain bersetuju untuk menandatangani Outer Space Treaty. Dalam perjanjian ini, kesemua negara tidak boleh claim kawasan-kawasan angkasa lepas sebagai tanah jajahan deme. Anehnya terma ini turut diterima oleh Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Majlis menandatangani Outer Space Treaty

Sebab kos nak pergi ke angkasa lepas adalah sangat mahal. Kalau ada negara nak juga claim kawasan di angkasa, siapa yang mahu menjaga sempadan? Jadi deme kena wujudkan polis ataupun tentera angkasa untuk jaga sempadan. Polis dan tentera angkasa pastinya perlukan tempat tinggal, terpaksalah deme bina pengkalan tentera. Dekat situ je dah banyak makan duit. Itu belum cerita pasal keperluan lain lagi. 

Bukan itu sahaja, perjanjian ini juga dapat mengelakkan negara kuasa besar dunia meletakkan senjata di orbit. Malah aktiviti ketenteraan ataupun peperangan angkasa lepas dapat dielakkan di masa hadapan. Maka kesemua negara di dunia boleh pergi ke angkasa lepas tanpa apa-apa halangan. Negara-negara kuasa besar juga tidak berhak menghalang negara lain menerokai angkasa lepas.

Boleh ke kuasa besar dunia macam Amerika Syarikat dan Soviet Union patuhi perjanjian? Sebab dekat bumi pun, deme selamba je langgar negara lain. Setakat angkasa lepas yang tak ada kehidupan tu senang je deme boleh claim.

Apabila Amerika Syarikat sampai di bulan, mereka hanya pacakkan bendera dan mengambil sampel sahaja. Bendera yang dipacak itu bukanlah bermaksud mahu menjajah tetapi sekadar simbolik bahawa Amerika Syarikat adalah negara pertama yang berjaya ke bulan. Maknanya dekat sini, Amerika Syarikat telah mematuhi semua undang-undang dalam Outer Space Treaty. 

Kalau Amerika Syarikat sendiri mahu patuhi perjanjian Outer Space Treaty, tiada alasan untuk negara lain secara tiba-tiba claim angkasa lepas.

RUJUKAN

Fabry. M. (2016, Januari 27). This is why no one can own the moon. Time. Dipetik daripada https://time.com/4193801/outer-space-treaty-moon/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply