Perasan tak, kat dinding belakang tempat presiden US bagi ucapan di dewan House of Representatives, ada dua corak hiasan besar.
Corak ni namanya “fasces”. Ia merupakan lambang yang berasal dari Tamadun Rom.
Apa kaitan US dengan Rom?
Fasces adalah alat kebesaran penguasa pada zaman Republik Rom (509-27 Sebelum Masihi). Pengawal pengiring (lictor) kepada penguasa akan membawa fasces ke mana saja penguasa pergi.
Lagi tinggi jawatan, lagi banyak fasces. Praetor ada 6. Consul ada 12. Diktator ada 24.
Dari fasces inilah datangnya istilah “fasisme”. Diktator Itali semasa 1920-1930an, Benito Mussolini menjadikan fasces sebagai lambang gerakan dia, maka dia dan pengikutnya digelar sebagai “fasis”.
Selain fasces, lambang helang pada jata negara US dan atas cokmar (mace) dewan House of Representatives juga menyerupai lambang helang Rom.
Nama bangunan Kongres iaitu Capitol dinamakan sempena Capitoline Hill, nama sebuah bukit di Rom. Reka bentuk Capitol juga berasaskan seni bina Neo-Classical yang meniru unsur-unsur bangunan Rom.
Sistem politik US dan Rom juga ada banyak persamaan. Fungsi Presiden, Senate dan House di US adalah mirip dengan Consul, Senate dan Assembly di Rom.
Cuma bezanya di Rom ada 2 consul yang berkhidmat untuk 1 tahun saja. Presiden pula hanya ada seorang, berkhidmat untuk 4 tahun.
Semua ini bukan kebetulan tapi disengajakan oleh para pengasas (Founding Fathers) US yang kebanyakannya adalah pencinta tamadun Rom (Romanophile).
Para pengasas US menganggap Republik Rom sebagai tamadun agung yang wajar dicontohi. Kemerdekaan US daripada UK pada 1783 membolehkan mereka bereksperimen untuk mewujudkan sebuah republik ikut model Rom.
Mereka juga dipengaruhi oleh Montesquieu, pemikir Perancis yang terkenal dengan idea “separation of powers” dan “checks and balances”. Orang selalu ingat idea-idea ni idea original Montesquieu, sebenarnya dia pun merujuk institusi Rom.
Montesquieu menyediakan teori, para pengasas US melaksanakan secara amali. Cuma mereka tidaklah ikut Rom bulat-bulat.
Contoh, mereka anggap penggal Consul yang bertempoh setahun tak dapat mewujudkan kerajaan yang stabil dan berkesan, maka dilanjutkan kepada 4 tahun. Kewujudan 2 ketua kerajaan akan membawa perpecahan, maka 2 Consul digantikan oleh 1 Presiden.
Di Rom hanya aristokrat (patrician) boleh jadi Senator. Di US semua orang sama rata (kecuali hamba berketurunan Afrika), jadi semua layak jadi Senator.
Tapi penggal Senator dijadikan lebih lama berbanding ahli House of Representatives (2 tahun), supaya Senator ni berfikiran lebih jauh dan matang (ciri aristokrat), bagi mengimbangi House yang lebih demokratik.
Semua ini ada dibahas dalam The Federalist Papers yang dikarang oleh penggubal utama perlembagaan US tahun 1789 iaitu Alexander Hamilton, John Jay dan James Madison. Mereka menulis di bawah nama pena “Philo-Publius”, merujuk kepada pengasas Republik Rom bernama Publius.
Beli sebelum 5 November, boleh dapat diskaun RM8. Boleh beli sekali juga dengan KITAB TAMADUN MONGOL.
Beli (pratempah) di:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih