Aku tak faham kenapa ramai sangat minta aku tulis artikel pasal lipas. Katanya tak faham kenapa lipas ni wujud. Tak kisah lah sama ada anda ke, nenek anda ke, semua akan cakap lipas ni haiwan pengotor. Ya lah kan, mana mana tempat kotor dan lembap mesti ada lipas. Kesian lipas kena stigma pengotor, padahal dia ni antara binatang terbersih di dunia.

Ya, serius. Lipas ni sama pembersih dengan kucing. Kemungkinan besar ratio bakteria pada tangan kita lagi banyak daripada ratio bakteria di kaki lipas.

Sebagai pemula, lipas ni dah muncul sejak zaman Jurassic dan saudara paling rapat bagi keluarga lipas ialah anai anai. Ya, anai anai. Nama saintifiknya ialah Blattodea yang berasal dari kata akar blatta. Maksudnya ialah serangga yang benci cahaya.

Lipas dari sudut biologinya adalah serangga omnivor, pemakan daging dan tumbuh tumbuhan. Walau bagaimanapun, dia punya tahap omnivor tu lain macam. Sebabnya, mereka boleh makan hampir segala benda. Dari sini, datanglah fungsi utama mereka dalam ekosistem – pengurai sisa benda. Perut mereka juga mempunyai protozoa simbiot yang menolong lipas lipas ini untuk menghadam produk berkayu dan tumbuh tumbuhan. Ini antara persamaan ketara mereka dengan anai anai.

Mungkin di rumah lipas ni haiwan perosak, tapi bagi haiwan di hutan atau ekobio yang lain, lipas ni penting. Dedaun dan ranting mati lipas yang makan, ada bangkai maka lipas yang makan. Dalam masa yang sama, mereka juga akan menjadi makanan buat haiwan di hutan. Bila mereka tiada, semua benda mati susah nak reput dan binatang hierarki atas akan kekurangan makanan.

Dari sudut ketahanan, lipas dikenali sebagai antara hidupan yang mampu selamat selepas bom nuklear diletup. Maksud saya di sini bukanlah mereka mampu tahan kesan letupan maha dahsyat nuklear, tapi radiasi nuklear tu tak memberi sebarang kesan sangat kepada mereka. Hal ini dapat dijelaskan melalui sistem pembahagian sel mereka.

Punca utama kita mendapat kanser disebabkan radiasi ialah sel kita dihasilkan dalam jarak masa yang dekat. Agak agak dalam 4 jam ke sehari. Apabila proses ini berlaku, bahan genetik kita sangat terdedah pada sinaran radioaktif yang akan merosakkan DNA kita. Itu yang kita dapat kanser, anak cacat, organ hancur dan sebagainya. Berbanding kita, proses ini hanya berlaku semasa mereka bersalin kulit. Jadi, bahan genetik mereka terlindung daripada marabahaya ini.

Berkenaan sifat pembersih mereka tu, ia adalah sebab untuk kekalkan fungsi mereka agar kekal efisien. Sebagai contoh, lipas menggunakan antenna mereka untuk menghidu, merasa dan sebagainya. Ibarat segala jenis deria ada di situ. Apabila antenna ini kotor seperti ada makanan melekat, perkara ini akan menyebabkan deria antenna mereka menjadi teruk. Itu baru antenna sahaja. Belum organ lain. Jadi, mereka akam sentiasa bersihkan diri mereka untuk kekalkan prestasi organ mereka di tahap optimum.

Tapi, kalau betul mereka ni pembersih, kenapa mereka boleh cetuskan penyakit? Jawapannya terletak pada air liur dan najis mereka. Walaupun mereka ni pembersih, tapi air liur mereka ni mempunyai protein yang boleh cetuskan allergi. Sebab itu ada kes orang boleh kena asthma walaupun dia setakat hidu buku lama yang telah digigit lipas.

Disebabkan mereka banyak makan benda kotor, maka segala jenis bakteria merbahaya akan terkumpul di perut mereka dan dibuang sebagai najis. Ini yang menyebabkan orang dapat penyakit berbahaya daripada lipas.

Lipas ni sifatnya suka menyorok di tempat sempit dan gelap, jadi kita juga kerap kali mendengar cerita telinga fulan si fulan dimasuki lipas. Pembersih macam mana pun lipas, aku rasa ada benarnya kata kata sahabat aku. “Babi terbang tu tak wujud, tapi kalau ada, namanya lipas.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.