Satu yang aku perasan dalam dokumentari ni, yang jarang orang ulas bila cerita balik pasal dokumentari ni adalah betapa orang Jepun sangat pentingkan catatan dan dokumentasi berkaitan sejarah mereka.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Dokumentari ni walaupun kebanyakannya diulas oleh sejarahwan Barat (yang khusus mengkaji sejarah Jepun), mereka ada sumber rujukan yang banyak, jelas dan sangat terperinci tentang selok belok politik, ketenteraan, log p.eran.g dan catatan pertempuran, pergolakan dalaman istana.

Rujukan yang dipersembahkan menatari perjalanan dan penceritaan sepanjang dokumentari ini bahkan meliputi sejarah susur galur keluarga, “bloodline” dan kompleksiti mental dan penyakit yang dihidapi oleh “Daimyo” mereka.

Mereka tahu bila masa pemimpin mereka menjadi gila dengan tindakan dan ada yang gila betul punya jadi gila, menghidap kanser kerana semua ini ada catatannya.

Contohnya macam mana WTF-nya bila Oda Nobunaga m.ati pasal sepp.uku macam tu je lepas kena serang hendap dengan Akechi Matsuhide, samurai taraf rendah je.

Atau pendapat bahawa bila Hideyoshi menghantar samurai dan tenteranya konon hendak menyerang China tetapi melalui Korea, dan tidak semena anaknya yang baru dilahirkan m.at.i, menjadikannya bukan Hideyoshi yang waras dan taktikal sebagaimana sebelum itu.

Kisah tentang Date Masamune yang enggan dipandang hina telah mencabut biji matanya sendiri kerana jangkitan akibat demam campak (ketika itu dikenali sebagai penyakit marhaen) yang menyebabkan mata kanannya tersembul. Cabut sendiri bang gila tak gila kau hado?

Ini semua kita tak kan tahu kalau tak ada catatan yang jelas tentangnya.

Dalam dokumentari ni, semua komunikasi pun, baik antara sekutu, antara bala tentera, rundingan dengan musuh, khabar rahsia dari istana bahkan dari perbatasan Korea balik ke Kyoto dan Osaka, semuanya bertulis dan ada perutusan surat. Ini semua ada catatan dan bukti yang berdokumen.

Ia menjelaskan bagaimana dalam keadaan kucar kacir sekalipun Jepun terjerumus dalam lembah anarki sejak 1500an, mereka merasa ada tanggungjawab terhadap catatan sejarah bangsa ini kerana mereka mahu kegemilangan mereka diceritakan kembali dan dirujuk semula dengan betul di masa depan, bahkan sehingga hari ini.

Malah penghormatan mereka terhadap pesaing dan musuh dikenang sehingga beratus-ratus malah kalau mengambil garis masa sejak maharaja Jimmu mula muncul, mau seribu tahun lamanya, semuanya juga diceritakan bersandarkan catatan lengkap.

Imagawa Yoshimoto masa malam diserang hendap oleh Oda Nobunaga misalnya, sedang asyik dalam ritual kemenangan selepas pertempuran. Dia sedang dipertontonkan sehingga 1200 kepala musuh di hadapannya sambil tenteranya diraikan dengan pesta arak. Dokumentasi perihal serangan ini juga dicatat dengan amat baik.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Sesungguhnya, mengamankan Jepun mengambil masa yang lama. Untuk mengubah bangsa mereka selepas itu menjadi aman selama 250 tahun kepada Jepun yang kita kenal seperti sekarang, kekacauan dan pep.eran.gan antara mereka amat dahsyat dan memusnahkan penuh melatari sejarah bangsa Jepun sejak itu.

Aku harap ada sambungan lain, atau ada prequel sejak Maharaja Jimmu atau paling tidak contohnya episod tentang bagaimana Jepun bersatu melawan serangan Mongol ke Jepun. Tak puas lah 6 episod.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.