SEWAKTU menonton filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pasti kita akan teringat babak ketua penyamun ingin menghukum Kassim Baba dengan menggunakan ‘Senapang Gajah’. Senapang bersaiz besar berkenaan memang benar-benar wujud dan pernah digunakan oleh pemburu di Negara Amerika Utara pada ketika dahulu. Ia dikenali sebagai Punt Gun.
PUNT GUN adalah sejenis senapang patah yang sangat besar dan digunakan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk memburu sejumlah besar unggas air (itik dan burung liar) diatas faktor peningkatan permintaan akan daging dan bulu haiwan tersebut dalam industri fashion. Pemburu pada abad ini seringkali hanya memperhatikan aspek komersial dan keuntungan semata-mata. Dengan peluang pasaran yang begitu besar, para pemburu berinovasi dengan melengkapi diri dengan senjata yang lebih besar. Pemburu juga tidak menghiraukan aspek moral dalam menangkap haiwan dalam skala besar.
Senjata Punt Gun ini bersifat terlalu besar untuk dikendalikan oleh seorang individu dalam melepaskan tembakan dengan hanya berlapikan bahu. Ia perlu dibawa lebih dari seorang. Walaupun begitu, ia masih boleh dikendalikan oleh seorang penembak dengan dibantu oleh sokongan pemegang hadapan yang direka khas. Dalam pemburuan menggunakan senjata Punt Gun, selalunya sampan kecil yang telah diubah suai digunakan. Berburu dengan Punt Gun bukan perkara yang mudah, ia memerlukan elemen berhati-hati, bijak dalam mengawal senjata api, dan sudah pasti kesabaran. Walaupun begitu hasilnya agak lumayan.
Para pemburu biasanya bekerja dalam pasukan yang terdiri antara 8 hingga 10 orang. Para pemburu biasanya bergerak ke arah unggas secara diam-diam agar tak mengejutkan mangsa . Mereka menyusun strategi supaya dapat melakukan tembakan serentak pada waktu yang sama untuk memaksimumkan jumlah unggas yang berjaya diperolehi. Dalam satu rekod yang dicatatkan mengenai pemburuan menggunakan Punt Gun, Seorang pemburu bersama dengan tiga rakannya berhasil membunuh 419 unggas dengan sekali tembakan. Mereka hanya perlu melakukan tiga kali tembakan setiap kali memburu dan berhasil membunuh lebih dari 1,000 ekor unggas.
Di Amerika Syarikat, amalan ini hampir memusnahkan ekosistem unggas liar. Pada tahun 1860 kebanyakan negara telah mengharamkan amalan tersebut. Akta Lacey 1900 telah digubal dan diwujudkan khas untuk mengharamkan terus aktiviti pemburuan unggas liar dikawasan berair di seluruh negeri. Amalan memburu untuk pasaran kormesial kemudiannya turut diharamkan oleh beberapa siri undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1918.
Diolah dari sumber:
1- WEAPONS AND TECHNOLOGY
rarehistoricalphotos.com: punt-gun-1910-1920
2- THE GIGANTIC VINTAGE
thevintagenews.com: shotgun could bring down 100 waterfowl at once
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih