Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Sukan

Kemurahan Hati Sadio Mane

Musim
liga Eropah bakal bermula tidak lama lagi dan seperti biasa, ramai mengharapkan
ayam tambatan kelab masing-masing untuk menyerlah. Nama-nama seperti Lionel
Messi (Barcelona), Jamie Vardy (Leicester City) dan Sadio Mane (Liverpool)
sudah pasti menjadi sandaran peminat musim ini. Tetapi dalam kesibukan mereka,
masih ada masa untuk menyumbang amal seperti yang dilakukan Mane.

Tidak
ramai tahu setahun lepas, Mane mendermakan wang berjumlah 200,000 paun (RM1.01
juta) sebagai dana pembinaan sebuah sekolah menengah di bandar kelahirannya, Bambali
di selatan Senegal. Wang derma ini diserahkan oleh bapa saudaranya, Sana Toure
dalam satu majlis. Hadiah sebegini dianggap sesuatu yang bersifat kaya di
Senegal. Menerusi ucapan yang disampaikan bapa saudaranya, Mane berkata, “Pendidikan
merupakan sesuatu yang penting. Kerana inilah yang akan membantu anda mempunyai
karier yang baik.”

Menurut
satu sumber yang berkata, “Golongan belia, orang-orang kehormat, ketua-ketua
kampung dan pegawai-pegawai agama amat menghargai jasa Mane dalam perkara ini.
Malah, mereka juga mendoakan semoga Mane terus berjaya pada masa akan datang.”
Berdasarkan rekod, Mane merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris
dari Senegal mengatasi bekas penyerang Newcastle dan Chelsea, Demba Ba.

Selain
menyumbang wang kepada komuniti di negara asalnya, Mane tidak lokek
memperuntukkan masa dan tenaganya kepada Yayasan LFC. Pada tahun lepas, Yayasan
LFC bersama Sekolah Perubatan Tropika Liverpool (LSTM) telah melancarkan program
bersama untuk menggalakkan golongan remaja di negara-negara Afrika mendapatkan
akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu perjuangan melawan
penyakit AIDS. Dan Mane tidak ketinggalan menyatakan se kepada program baru itu
selepas melawat LSTM pada Disember 2017.

Beliau
berkata, “Ia merupakan satu inisiatif yang amat rapat di hati saya. Ia
merupakan sesuatu yang saya suka melakukannya. Ianya amat penting untuk
membantu orang lain. Mereka mencadangkan kepada saya tentang inisiatif ini dan
amat jelas saya mungkin orang paling tepat untuk kerja ini. Bila mereka
memberitahu saya tentang perkara itu, saya amat gembira untuk membantu. Dan
saya bersedia untuk melakukan bahagian saya.”

Sebagai
sebahagian daripada program itu, Mane turut merekodkan mesej khas yang akan
ditunjukkan kepada lelaki-lelaki muda di Malawi melakukan ujian swap untuk
menentukan sama ada mereka mempunyai penyakit AIDS atau tidak. Malawi menjadi
negara pertama untuk projek ini berikutan kesedaran tentang penyakit HIV masih
rendah dan wujud lebih banyak kemungkinan mereka dijangkiti atau tinggal
bersamanya tanpa diketahui.

Projek
yang dirancang selama 18 bulan itu dilancarkan di Pusat Komuniti dan Sukan
Anfield. Mane yang turut hadir dalam majlis perlancaran turut melibatman diri
dalam sesi latihan bersama jurulatih-jurulatih yayasan dan Malawi. Sebagai
sebahagian daripada lawatan selama seminggu mereka di Liverpool,
jurulatih-jurulatih yayasan akan mengajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan
bagi membolehkan mereka mengadakan sesi-sesi latihan berkualiti tinggi bersama
golongan remaja sekembalinya mereka ke Malawi.

Yayasan LFC dan LSTM akan turut bekerjasama mewujudkan aktiviti-aktiviti sukan dengan tujuan berhubung dengan orang ramai terutama golongan belia di Malawi bagi menyediakan lebih banyak platform kepada orang muda terutama kelompok berusia 14 hingga 22 tahun. Kelompok ini menjadi sasaran kerana mereka dilihat tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan dan pendidikan kesihatan seperti ujian sendiri dan pelan rawatan penyakit.

Di Malawi, bilangan penduduknya yang menghidap HIV merupakan antara yang tertinggi di dunia dan golongan remaja merupakan sebahagian daripada 50% kes jangkitan baru. Kemungkinan itu menjadi lebih tinggi membabitkan kumpulan umur 15 hingga 17 tahun.

Justeru dengan pembabitan Mane, arkitek perjalanan hebat Liverpool merangkul Liga Juara-Juara Eropah yang keenam musim lepas, ia dilihat dapat memberi lebih banyak pendedahan tentang isu ini. Pengerusi yayasan, Andrea Cooper melihat projek kerjasama dengan LSTM sebagai sesuatu yang bersifat progresif dan menarik serta dapat membantu menambahbaik kesihatan golongan remaja di Malawi.

Sementara Pengarah LSTM, Profesor Janet Hemingway melihat menerusi bola sepak, ia dapat meruntuhkan stigma dan halangan yang dikaitkan dengan ujian HIV. Tambahnya, menerusi kerjasama dengan yayasan kelab yang terkenal di Britain ini, ia akan memudahkan usaha mereka untuk terus memberi impak positif kepada kehidupan golongan yang lemah dan berisiko.

RUJUKAN:

1.
Doyle, Ian. (2018). How Sadio Mane and Liverpool are helping the fight against
HIV in Malawi. Liverpool Echo. https://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/how-sadio-mane-liverpool-helping-14563601

2.
Hutchinson, John dan Goodman, Steve. (2018). REDUCATION Liverpool star Sadio
Mane donates £200,000 to build a school in his hometown in Senegal. The Sun. https://www.thesun.co.uk/sport/football/6094480/liverpool-sadio-mane-donates-money-new-school-senegal/

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet