Pada tahun 1566, Sultan Suleiman al Qanuni yang sudah tua dan sedang uzur telah berangkat untuk mengepalai kempen terakhir bagi mengukuhkan kedudukannya di Hungary dan juga berusaha untuk kembali menak.luki Vienna seperti yang pernah dilakukannya bertahun-tahun yang lalu.
Rancangannya adalah dengan merebut sebuah kubu yang terletak pada kedudukan penting di Hungary dan selepas itu terus mengasak ke Vienna. Tentera diketuai oleh wazir agungnya sendiri, Sokollu Mehmet Pasha yang bakal memberikan sumbangan yang besar kepada empayarnya.
Malangnya bagi Uthmaniyah, mobilisasi tentera mereka yang besar telah memakan banyak masa dan mereka hanya tiba di Belgrade pada 27 Jun setelah berarak selama 49 hari. Di sana Suleiman bertemu dengan pengikut Hungary di bawahnya yang berjanji kepadanya untuk menyatukan Hungary di bawah kepimpinannya yang berada di bawah kuasa tertinggi sultan.
Namun, semasa peringkat awal kempen, salah satu tentera Uthmaniyah telah dimusnahkan oleh jeneral Zrinski yang terkenal (yang pernah bertem.pur dengan dalam pengepungan pertama di Vienna) yang terus melaksanakan hu.kuman ma.ti terhadap komander Uthmaniyah yang ditangkap yang kebetulan merupakan seorang komander kegemaran Sultan.
Malangnya bagi Uthmaniyah, ini adalah kesalahan yang besar bagi Suleiman yang sedang uzur dalam mengubah fokus kempen terhadap Zrinski dan terlebih dahulu menghu.kumnya sebelum mengambil kubu Hungary yang lebih penting dan kemudian mendorong ke Vienna.
Punca lain untuk perubahan ini secara tiba-tiba mungkin adalah kerana ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh Zrinski yang tidak disedari oleh tentera Uthmaniyah.
Tentera Uthmaniyyah yang besar tiba di Szigetvár pada 5 Ogos 1566. Kubu ini hanya mempunyai tiga ribu orang perajurit yang mempertahankannya tetapi susun atur yang tidak sinonim dengan kebiasaan pengalaman tem.pur Uthmaniyah menjadikannya sangat sukar untuk ditembusi.
Ia terdiri daripada tiga bahagian. Dari kanan ke kiri: Kota Baru, Kota Lama, dan akhirnya kubu. Bahagian-bahagian ini masing-masing terletak di pulau yang terpisah dan hanya saling terhubung melalui jambatan kecil.
Pengepungan bermula pada keesokan harinya dengan ser.angan di Kota Baru, yang dijatuhkan dengan cepat, ia hanya berlangsung selama tiga hari. Walaupun begitu, barisan pertahanan memberikan tentangan sengit yang menelan kor.ban besar dan berat, yang di belakangnya merupakan petanda kuatnya tentangan yang akan dilancarkan oleh lapisan pertahanan mereka.
Kota Lama terbukti lebih sukar didekati dan Uthmaniyah terpaksa melancarkan 10 ser.angan dalam 10 hari berturut-turut untuk menundukkannya. Pada ketika ini, Suleiman menawarkan syarat yang sangat baik kepada Zrinski, dalam usaha untuk mengelakkan kerugian lebih besar dan juga menjimatkan masa yang berharga.
Syarat-syarat itu sangat baik untuk jeneral Croatia itu secara peribadi kerana sultan berjanji untuk menjadikan dia penguasa seluruh Croatia di bawah kekuasaannya. Malangnya bagi tentera Uthmaniyah, Zrinksi telah memutuskan untuk bertem.pur dengan orang-orangnya yang terakhir dalam usaha terbuka untuk mengabadikan namanya dalam sejarah.
Apa yang mengejutkan Suleiman dan Sokollu, ser.angan berulang terhadap kubu dalam telah diasak berundur ke belakang, sementara ratusan askar gugur. Hal ini menyebabkan mereka berhenti untuk mengurangkan kor.ban pasukan tentera mereka dan mereka memutuskan untuk membuka lebih banyak titik ser.angan di tembok dengan berusaha mele.tupkan bahagian tembok.
Akhirnya, penyer.ang Uthmaniyah berjaya menghancurkan sebahagian besar tembok pada 5 September, sehingga membuka titik ser.angan kedua yang diperlukan. Uthmaniyah kemudian berjaya menawan keseluruhan kubu, yang kini telah menjadi runtuhan tetapi kerugiannya lebih besar daripada apa yang mereka lihat setakat ini.
Walaupun seluruh barisan pertahanan telah dijatuhkan, Zrinski memegang satu sen.jata terakhir di lengan bajunya: ketika para penak.luk memasuki ruang magazin serbuk be.dil di dalam tembok, pera.ngkap dilancarkan menyebabkan le.tupan besar yang mengor.bankan sekurang-kurangnya tiga ribu tentera Uthmaniyah.
Sultan mengumpulkan salah satu kekuatan terbesar yang dapat dikumpulkan oleh Empayar Uthmaniyah pada waktu itu. Ada beberapa sumber berbeza tetapi tentera sekurang-kurangnya berjumlah 150,000 orang dan dilengkapi dengan artileri yang sangat kuat.
Kekuatan ini cukup untuk menandingi kekuatan Habsburg di Vienna serta membawa seluruh Hungary di bawah kuasa Uthmaniyah secara langsung. Namun, seperti yang dicatatkan dalam sejarah, tentera Uthmaniyah yang sangat kuat itu malah memilih untuk beralih arah ke sebuah kubu kecil yang tidak penting.
Seorang Suleiman yang dahulunya sangat luar biasa, tapi semasa pertem.puran ini dia sudah tua dan sedang uzur, secara tak langsung telah mengubah kempen Vienna menjadi kempen punitif demi sebuah kubu yang tidak mempunyai kepentingan strategik sama sekali untuk kempen tersebut.
Apatah lagi, 3000 orang tentera di bawah perintah Zrinski tak mungkin menjadi ancaman terhadap tentera Uthmaniyah yang begitu besar. Melalui perarakan mereka ke Szigetvar, Uthmaniyah juga kehilangan banyak kota di utara Hungary yang jatuh ke tangan Habsburg.
Tak dapat ditekankan lagi betapa pentingnya menawan Vienna bagi Uthmaniyah pada masa itu, oleh itu pentingnya ia di sebalik kempen terakhir Suleiman. Tetapi apa yang terjadi adalah kempen itu disia-siakan demi sebuah kubu yang tidak penting dan hanya melawan beberapa ribu pasukan yang tidak memiliki kepentingan bagi empayar walau sejauh mana ia cuba digambarkan dengan imaginasi.
Sejarah penuh dengan kesilapan besar dari para pangeran dan raja-raja dan lebih-lebih lagi kesalahan inilah yang melakarkan sejarah dunia dan membawa kita ke mana kita berada pada hari ini. adakah ini mungkin ‘pertem.puran yang menyelamatkan peradaban barat’ seperti yang dikatakan oleh kardinal Perancis?
Mungkin tidak, namun amat menyedihkan apabila melihat bagaimana sebuah kempen yang sepatutnya agung dirosakkan berdasarkan satu keputusan yang tidak tepat.
Pada 6 September 1566, Sultan Suleiman al Qanuni mangkat di atas katil rehatnya di dalam kem Uthmaniyah menjelang kejayaan Pengepungan Szigetvár di Szigetvár, Kerajaan Hungary, Empayar Habsburg. Jena.zah baginda dibawa pulang ke Istanbul dan jantung serta organ dalamannya dikebumikan di lokasi kema.tian baginda.
Jadikan peristiwa ini sebagai satu pedoman yang mengingatkan diri kita sendiri bahawa walau setinggi mana jua darjat seseorang, manusia tetap manusia dan akan kekal sebagai manusia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih