Ada perbincangan mengenai adakah habit membaca mempunyai kaitan dengan status sosioekonomi keluarga?
Perkara ini ada perbezaan pendapat, tetapi banyak kajian menyokong ada kaitannya sosioekonomi keluarga dan habit membaca.
Terdapat kajian melaporkan bahawa status sosioekonomi keluarga memberikan impak untuk stimulasi minat membaca. Sosioekonomi yang tinggi memberikan peluang kepada anak-anak untuk minat membaca, lebih banyak duit, lebih banyak buku di rumah [1].
Kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang rendah status sosio-ekonominya tidak mempunyai peluang untuk membaca kerana beberapa sebab seperti ketiadaan buku di rumah dan banyak habiskan masa menolong ibu bapa kerana kemiskinan. Tambah lagi, mereka kurang minat membaca [1].
Ada kajian lain menunjukkan pendapatan keluarga tidak memberikan kesan pada minat membaca. Tetapi latar belakang keluarga yang bagus akan jadi pemicu dan pengaruh kepada munculnya minat untuk membaca. Ibu bapa berpendidikan tinggi, terutamanya ibu, memberikan pengaruh yang besar kerana ibu banyak menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah [2].
Keluarga yang tinggi sosio-ekonominya mempunyai ibu bapa berpendidikan tinggi. Ibu bapa berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran dalam kepentingan membaca & pendidikan. Jadi, mereka banyak melaburkan perkara ini kepada anak. Tuntas mempengaruhi minat membaca dan pendidikan anak [3].
Persekitaran yang kondusif amat penting untuk stimulat dan memicu minat membaca. Persekitaran ini biasanya mudah untuk dilakukan oleh orang yang berstatus tinggi sosio-ekonominya [4].
Terdapat kajian yang menyokong bahawa, kurangnya minat membaca kerana persekitaran di rumah tidak menyediakan persekitaran kondusif yang boleh memicu minat untuk membaca. Faktor-faktor lain termasuk akses kepada buku [5].
Status sosio-ekonomi penting sebab berikan pengaruh terhadap kemampuan membaca. Keluarga yang rendah status sosio-ekonominya biasanya mempunyai tahap kemampuan membaca yang rendah. Tuntas, kurangnya pembacaan buku. Hal ini berbeza dengan tinggi sosio-ekonominya [6][7].
Faktor dan hobi memiliki buku datang daripada minat membaca. Kalau orang kaya tetapi tak minat membaca, dia memang tidak akan beli buku. Asasnya, ada juga orang kaya yang tidak minat membaca. Tuntas, tidak membeli buku. Hal ini memberikan kesan kepada anak-anak juga [1].
Sebab itulah wang penting untuk kelangsungan hidup. Tapi wang tanpa pendidikan, gaji 17 angka dengan perlekehkan sistem pendidikan universiti tidak akan melahirkan individu yang cerdik dan membaca.
Janganlah percaya ahli perniagaan yang sogok bahawa belajar tinggi tak penting.
Minat membaca dan pendapatan keluarga tidak mempunyai perkaitan. Tetapi minat itu mudah dipupuk daripada keluarga yang tinggi sosio-ekonominya berbanding keluarga yang rendah sosio-ekonomi [2].
Sosio-ekonomi tinggi ini bukan semesti orang kaya, asalkan kewangannya stabil dan mempunyai didikan asas pun telah mempunyai peluang yang sama seperti orang kaya dalam memupuk kepentingan membaca dan pendidikan kepada anak-anak.
Kesimpulan:
1. Minat membaca dipupuk oleh persekitaran yang kondusif termasuk sikap ibu bapa terhadap aktiviti membaca, akses kepada buku di rumah, rutin membaca di rumah, suasana membaca di rumah.
2. Persekitaran yang kondusif itu mudah disediakan oleh keluarga yang tinggi sosio-ekonominya dan ibu bapa yang berpendidikan. Tinggi sosio-ekonomi dalam melaburkan duit dalam aktiviti membaca. Ibu bapa berpendidikan mempunyai kesedaran kepentingan membaca kepada anak-anak.
3. Keluarga yang tinggi sosio-ekonominya dapat melaburkan masa dan wang untuk pendidikan anak-anak. Tuntas, kemampuan membaca itu tinggi. Tambah lagi, anak-anak tidak perlu terlibat dalam usaha untuk mencari rezeki untuk keluarga. Ibu bapa berpendidikan mempunyai kesedaran tinggi dalam kepentingan membaca dan pendidikan anak-anak.
4. Keluarga yang rendah sosio-ekonomi pun dapat memupuk minat membaca kepada anak-anak sekiranya ibu bapa sedar akan kepentingan membaca. Kesedaran ini biasanya sukar untuk dicapai apabila ibu bapa berpendidikan dan berpendapatan rendah. Tambah lagi apabila banyak aktiviti disibukkan dengan mencari rezeki.
5. Anak-anak daripada keluarga yang rendah sosio-ekonominya biasanya banyak habiskan masa mereka menolong ibu bapa mencari rezeki. Tambah lagi, keluarga ini tidak mempunyai peluang untuk menyediakan persekitaran membaca di rumah. Pelaburan ke arah ini kurang.
6. Sekadar tambahan, kalau tengok ahli-ahli fizik hebat, biasanya mereka datang daripada keluarga yang tinggi sosio-ekonominya.
Aristotle – ayahnya doktor diraja
Archimedes – ayahnya ahli astronomi diraja
Ptolemy – dia sendiri kerabat diraja
Galileo Galilei – ayahnya aristokrat
Isaac Newton – ayahnya peladang kaya
Thomas Young – ayahnya ahli perniagaan
Lord Kelvin – ayahnya profesor
Clerk Maxwell – ayahnya peguam
Max Planck – ayahnya profesor
Albert Einstein – ayahnya jurutera dan peniaga
Neils Bohr – ayahnya profesor
Erwin Schrodinger – ibunya profesor
Michael Faraday adalah ahli fizik hebat yang datang daripada keluarga yang amat miskin. Tetapi dia jadi cemerlang bermula daripada kerjayanya di kedai buku untuk tanggung keluarganya pada umur 13 tahun. Jadi, dia dapat akses kepada buku dengan mudah.
Keluarga Marie Curie pun tidak bernasib baik. Harta banyak hilang akibat peperangan tetapi kedua-dua ibu bapanya adalah guru. Jadi, kesedaran kepentingan membaca dan pendidikan itu tinggi. Tuntas, memberikan pengaruh kepada anak-anaknya. Kakaknya seorang doktor.
RUJUKAN:
[1] Le, T. T. H., Tran, T., Trinh, T. P. T., Nguyen, C. T., Nguyen, T. P. T., Vuong, T. T., … & Nguyen, M. H. (2019). Reading habits, socioeconomic conditions, occupational aspiration and academic achievement in Vietnamese junior high school students. Sustainability, 11(18), 5113.
[2] Yusof, N. M. (2010). Influence of family factors on reading habits and interest among level 2 pupils in national primary schools in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 5, 1160-1165.
[3] Aramide, K. A. (2015). Effect of parental background factors on reading habits of secondary school students in Ogun State, Nigeria. Journal of Applied Information Science and Technology, 8(1), 70-80.
[4] Ameyaw, S. K., & Anto, S. K. (2018). Read or perish: Reading habits among students and its effect on academic performance: A case study of Eastbank senior high school-Accra. Library Philosophy and Practice
[5] Korat, O., Klein, P., & Segal-Drori, O. (2007). Maternal mediation in book reading, home literacy environment, and children’s emergent literacy: A comparison between two social groups. Reading and Writing, 20(4), 361-398.
[6] Dolean, D., Melby-Lervåg, M., Tincas, I., Damsa, C., & Lervåg, A. (2019). Achievement gap: Socioeconomic status affects reading development beyond language and cognition in children facing poverty. Learning and Instruction, 63, 101218.
[7] Van Vechten, D. (2013). Impact of home literacy environments on students from low socioeconomic status backgrounds.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih