1. Surat perjanjian ‘terms and conditions’ yang berat sebelah. Syarikat tidak akan bertanggungjawab pada apa-apa kehilangan, kecemasan dan kerosakan yang dialami oleh penunggang. Sudahlah, mereka menggunakan dan membayar penyelenggaraan motor sendiri.

Syarikat ini langsung tak memberikan apa-apa pampasan sekiranya berlaku apa perkara yang tidak diingini. Sekurang-kurangnya, mereka perlu menyelenggara motor mereka setiap minggu dan adakalanya kosnya mencecah RM 100 setiap minggu. Minyak pula ditanggung oleh mereka. Untuk motor jenis Honda EX5, mereka perlu mengisi minyak lebih kurang RM 7 setiap hari. Bayangkan motor-motor yang lain.

2. Skim pembayaran baru ini hanya mementingkan penghantaran sahaja. Berbanding skim yang lama yang memberi insentif mereka dalam dua bentuk iaitu penghantaran dan per jam sebanyak RM 4 setiap jam. Sekiranya, mereka tiada penghantaran, mereka masih boleh bergantung dengan insentif per jam.

Bayangkan sekiranya tiada pesanan yang masuk pada hari tersebut dengan skim pembayaran baru. Mereka akan pulang dengan tangan kosong. Percayalah, mereka ini semua bersungguh-sungguh mengejar penghantaran mereka. Setiap masa berada di jalanraya dan terdedah kepada risiko kemalangan dan cuaca. Mereka bukan orang yang malas. Mereka golongan yang tersangatlah rajin.

3. Tiada simpanan persaraan dan jaminan perlindungan keselamatan. Ini merupakan salah satu kelemahan GiG Economy. Mereka tidak ada caruman KWSP dan SOCSO kerana pekerjaan mereka ini tidak terikat dengan Akta Kerja 1955. Apa berlaku sekiranya mereka sudah mencapai umur persaraan? Ada antara mereka yang terpaksa menyimpan setiap bulan. Itupun ada yang terpaksa menggunakan simpanan sekiranya berlaku kecemasan yang tak dijangka.

Bacaan berkaitan: Tiada Masalah Jika Mereka Tidak Mahu Bekerja – Foodpanda
Bacaan berkaitan: Rider-Rider Foodpanda Mogok

4. Kebajikan pekerja yang tidak dijaga. Polisi perniagaan mereka hanya mementingkan sebelah pihak sahaja. Mereka menggunakan motor, minyak sendiri, tenaga dan kudrat sendiri. Sekurang-kurangnya, syarikat ini patut memberi jaminan kebajikan dalam bentuk insurans ataupun takaful. Paling tak mampu sekalipun, sediakan insurans berkelompok kepada mereka supaya apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Mereka akan mendapat pampasan. Namun, perkara asas seperti inipun mereka tidak mampu sediakan apatah lagi elaun kehadiran dan minyak.

Justeru, antara inisiatif yang boleh diberikan adalah mempromosikan alternatif lain dengan memperkenalkan applikasi yang serupa dengan Food Panda iaitu IMakan.

Inilah cabaran ekonomi gig yang patut dipandang serius. Paling penting sekali, syarikat boleh menukar apa-apa polisi sesuka hati mereka tanpa memikirkan kebajikan pekerja yang berhempas pulas memastikan operasi perniagaan mereka terus berjalan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.