Pernah tak kita mengalami situasi begini? Anda kenal seseorang yang kelihatannya pendiam, tetapi segala komen dan statusnya di media sosial tidak menggambarkan personaliti pemiliknya yang pendiam. Atau, seseorang yang suka komen yang pelik-pelik dan jelik dekat status orang atau page yang lain?
Atau, seseorang yang gemar memuat naik gambar-gambar yang kurang enak untuk dipandang, contohnya gambar ngeri kemalangan atau gambar yang menjijikkan. Ataupun anda gemar untuk menghabiskan masa membaca segala komen-komen yang ada dan memerhatikan satu persatu perangai manusia yang berada dia alam maya media sosial itu? Atau, anda mengenali seorang yang menjadikan ‘stalker’ facebook orang lain sebagai hobi?
Bagaimana pula dengan telatah dan karenah pengikut-pengikut page orang yang terkenal seperti golongan agamawan atau pengikut parti politik yang saban masa bertekak sama sendiri di alam maya? Masing-masing nak menegakkan dan memenangkan pendapat sendiri?
Pernah tak terdetik mengapa kelakuan mereka begini, malah kelakuan mereka sebenarnya berlainan dengan perangai mereka di alam nyata?
Ya. Semua ini memang berlaku di media sosial dan masih berterusan hingga hari ini, malah di khuatiri menjadi semakin teruk dan parah. Semua ini adalah kesan ‘psikologi’ manusia terhadap alam maya.
Di mana ia bermula?
Pada tahun 60-an sistem rangkaian komputer yang meluas telah dibangunkan. Para penyelidik menggunakan kemudahan yang terawal ini untuk bertukar-tukar informasi dan maklumat pada ketika itu. Kemudian pada awal tahun 80-an, semua rangkaian komputer dapat berhubung diantara satu sama lain.
Selepas itu barulah teknologi internet diperkenalkan. Ia digunakan secara meluas oleh golongan profesional seperti pakar komputer, jurutera, dan juga saintis. Teknologi ini digunakan secara meluas dan memberikan sebuah dimensi baru dalam bidang komunikasi. Pada mulanya ia hanya digunakan oleh orang yang tertentu sahaja. Tetapi lama kelamaan, orang yang bukan teknikal dan profesional juga sudah mula belajar cara untuk menggunakan internet. Komunikasi tersebut pada mulanya menggunakan perhubungan dengan menggunakan teks sahaja.
Pada tahun 90-an, ‘hypertext’ telah dicipta dan menjadikan internet lebih mesra pengguna dengan ‘World Wide Web’. Pengguna internet sudah boleh melayari internet dengan kehadiran ‘visual’ dan paparan antara muka yang menarik. Jumlah manusia yang mula berhubung di atas talian semakin bertambah. Mereka membina perhubungan, kumpulan dan juga komuniti di alam maya.
Kemudian, pada masa inilah para saintis sosial merasa tertarik untuk mengkaji kelakuan manusia yang berhubung di alam maya, lalu wujudlah satu disiplin yang dinamakan ‘cyberpsychology’ .
Sesetengah ahli akademik merasa skeptikal dan memandang remeh berkenaan perkara ini. Bagi mereka, tiada apa yang menarik atau perlu dirisaukan ke atas apa saja yang berlaku di alam maya. Namun kajian demi kajian tetap juga dijalankan untuk mengetahui kesan alam maya terhadap psikologi manusia. Kaedah psikologi tradisional digunakan bagi mengkaji kelakuan manusia di alam maya dan hasil kajian jelas mendapati bahawa kelakuan manusia di alam maya, mencerminkan dan juga boleh melampaui dunia realiti.
“You effect the world by what you browse “ – Tim Berners Lee
(Saintis Komputer dan pencipta World Wide Web)
Cyberpsychology
Cyberpsychology merupakan satu bidang dimana kajian dilakukan terhadap kesan daripada kemunculan teknologi terhadap tingkah laku manusia.
Kajian-kajian ini meliputi :
- Tingkahlaku manusia semasa melayari Internet
- Komunikasi menggunakan Internet
- Persekitaran Maya (Virtual Environtment)
- Komunikasi Mudah Alih (Mobile Communication)
- A.I (Artificial Intelligence)
Cyberpsychology adalah bidang yang baru muncul dalm bidang psikologi yang sedia ada dan memusatkan kajian ke atas kesan kemunculan teknologi terhadap kelakuan manusia.
Kepesatan dan pembangunan teknologi maklumat selama 30 tahun membuatkan bidang ini dianggap penting pada masa kini. Bidang ini boleh dimanfaatkan untuk menilai dan memeriksa segala jenis risiko dan perkara buruk yang bakal berlaku kesan daripada kepesatan perkembangan teknologi maklumat. Antara kajian kesan risiko yang dijalankan adalah seperti :
- Keselamatan dan perlindungan kanak-kanak
- Buli Siber
- Gangguan seksual di atas talian
- Pemerdangangan manusia
- Penyalahgunaan maklumat peribadi
- Penyebaran khabar angin dan fitnah
Kajian tentang perbezaan kelakuan manusia semasa berada di alam maya dengan dunia realiti juga dilakukan seperti :
- Anonymity
- Altruism
- Online Disinhibition Effect
- Self-presentation Online
- Cyber Immersion
- Cyber Presence
- Internet privacy paradox
- Internet use disorder (DSM-5 2013)
Kesimpulannya, segala jenis perangai dan kelakuan pelik yang kita saksikan di dunia maya termasuklah media sosial sekarang ini,adalah kesan daripada kemunculan teknologi yang secara mendadak muncul dan sedikit demi sedikit mempengaruhi tingkah laku manusia.
Terima kasih kepada bidang ini yang berterusan menjalankan kajian untuk memberikan jawapan kepada kita tentang segala jenis tingkah laku manusia yang pelik di alam maya sana.
Walaubagaimanapun teknologi sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup kita, cara kita berkelakuan dan cara kita berkomunikasi. Sama ada kita menyedarinya atau tidak, itu terpulang pada diri masing-masing
“ Getting information off the internet is like taking a drink from a fire hydrant “ – Mitchell Kapor
Sumber :
John Suler (2014) The Birth of Cyberpsychology. Truecenterpublishing.com
Mary Aiken (2013) Introduction to CyberPsychology. Rcsileadership.org
Mary Aiken (2013) The Psychology of Cyberspace. Rcsileadership.org
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih