Tahukah anda?

Menurut hasil kajian yang telah dilakukan oleh Clean up [1]:

• Putung rokok mengambil masa sekitar 1.5 tahun untuk terurai;
• Hampir 50% semua sampah di bandar adalah bersifat tembakau.
• Dianggarkan 4.5 trilion putung rokok dibuang pada setiap tahun secara global.

Menurut Surfrider Foundation’s yang telah menganjurkan program Hold on to Your Butt campaign, putung rokok adalah sampah yang paling kerap dibuang di dunia, dengan kadar 4.95 trillion yang dibuang atas darat atau air pada saban tahun. Di negara Amerika Syarikat khususnya, telah membelanjakan sebanyak 11 billion US dollar setahun untuk kerja-kerja pembersihan sampah. 32% daripadanya adalah putung rokok [2].

Di 3 buah negara maju setiap tahun, perokok di Amerika Syarikat membuang 250 billion putung rokok, Britain menyumbang sebanyak 200 tan putung rokok manakala Australia pula 7 billion. Putung rokok yang dibuang merata-rata sesuka hati telah bertanggungjawab untuk kemalangan kebakaran rumah dan hutan. Sebanyak 1000 orang telah mengalami cedera manakala 3000 nyawa hilang.

Center for Marine Conservation merekodkan setiap 5 dari sampah yang dikutip di laut ketika kerja-kerja pembersihan adalah putung rokok sekaligus telah menobatkan putung rokok sampah paling berleluasa. 80% peratus daripada putung rokok yang bertebaran di darat telah mengalir ke sistem pengaliran air kita justeru mencemarkan kehidupan marin dan tidak mustahil punca air keperluan manusia untuk minum. Tambah mereka, putung rokok sering dijumpai di dalam perut haiwan [3].

Sumber gambar-gambar: https://www.brilio.net/news/ini-bahaya-tak-terduga-dari-puntung-rokok-yang-dibuang-sembarangan-151206y.html

Haiwan-haiwan tersebut semuanya memainkan peranan dalam kehidupan harian kita sebagai punca makanan. Impak kepada pencemaran alam oleh putung rokok telah mengganggu keharmonian habitat. Jika sumber makanan bermula dari primary consumer, sekaligus menjejaskan survival sumber makanan untuk kelas-kelas secondary dan teritiary consumer. Secara tidak langsung, punca makanan pasti terganggu jika rantaian makanan turut terganggu[11].

Memetik petikan berita dari Berita Harian bertarikh 25 Mei 2015 ,”Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 billion batang rokok pada 1998.”[4]. Berdasarkan petikan tersebut, kita semua boleh bayangkan jika lebih separuh dari jumlah 23.7 billion putung rokok bertebaran di tanah Malaysia untuk setahun.

Tajuk berita di portal MalaysiaKini[5]” M’sia 5 juta perokok aktif” disokong lagi melalui artikel dari selangorkini.my[6] dengan kenyataan “Pada 29 Ogos 2016, Dr Hilmi sendiri menyatakan bahawa kira-kira 5 juta rakyat di negara ini merupakan perokok aktif.” Bayangkan 5 juta dikalikan dengan sekotak rokok yang mengandungi 20 batang; 5,000,000 X 20 = 100 juta putung rokok yang dibuang merata tempat seperti jalan raya, parit-parit, pasu bunga, semak samun, tong sampah dan banyak lagi jika tidak dibuang tempat khas yang telah disediakan.

Untuk membersihkan sampah-sampah merata-rata termasuk putung rokok yang meliputi hampir separuh, majlis perbandaran memerlukan wang berjuta-juta dan mungkin berbelas juta ringgit sedangkan wang-wang itu boleh digunakan untuk sector atau kerja-kerja yang lebih utama dan patut didahulukan. Putung rokok masih mengandungi bahan kimia toksik yang merbahaya kepada alam sekitar dan persekitaran. Misalnya sistem saluran air kita. Dana untuk kerja-kerja pembersihan juga diagihkan tetapi adakah berbaloi pembaziran tersebut dilakukan disebabkan sikap peribadi segelintir?[7][8].

Ianya satu kepuasan apabila setiap kali selepas merokok untuk campakkan putung rokok di lantai dan memijaknya demi memadamkan api. Kebiasaan ini telah menjadi habit para perokok, lantas 65% perokok akan buangkan sahaja di mana-mana setelah merokok tanpa berfikir mencari alternatif yang lebih positif. Lebih menakutkan sebahagian daripada perokok beranggapan bahawa putung rokok bukanlah sampah. Walaupun putung rokok hanya sampah kecil, tetapi sampah kecil ini telah memberi kesan kepada persekitaran [9][10].
Undang-undang kawasan larangan merokok tidak efektif apabila jelasnya kalibat putung rokok di sekitar kawasan larangan. Contoh mudah di pusat pendidikan seperti universiti dan sekolah. Akhirnya menjadi kebiasaan, ikutan, dan diterima masyarakat awam. Tidak hairan jika non-smoker yang meminta izin untuk perokok merokok jauh darinya. Rasanya janggal bukan untuk berbuat demikian meminta izin? Umpama mudahnya untuk melakukan kerosakan tetapi perlu meminta izin untuk mahukan kebaikan[12]?

Idea-idea untuk menyelesaikan masalah sampah putung rokok ini banyak, dari edukasi, sains hingga ke kuat kuasa undang-undang yang lebih tegas. Apapun saya agak skeptikal kerana beg plastik yang 20 sen untuk hari sabtu sahaja pun boleh menjadi isu. Saya melihatnya sebagai usaha murni untuk mendidik diri kita tentang pengurusan sisa (waste management) dan menggalakkan penggunaan beg sendiri. Mungkin kita terlalu bertoleransi atau kesempatan dalam politik [13][14][15][16][17][18].

Sisa-sisa ini tetap akan bertempiaran. Kita tidak mampu untuk bersihkan sepenuhnya. Sama ada ketika hiking, percutian di tepi pantai atau makan tengahari di kedai mamak. Pengalaman sebagai bekas pekerja pembersih perbandaran, sangat sukar dan mustahil untuk tidak jumpa putung rokok. Demi masa depan bumi, anda boleh lakukan dengan menggunakan asbak(ashtray) sebaik-baiknya dan menghormati personal non-smoker.

Rujukan:

1. https://www.cleanup.org.au/PDF/au/cua-cigarette-butts-fact-sheet.pdf
2. http://www.davidsuzuki.org/blogs/science-matters/2013/08/-lets-get-serious-about-cigarette-litter-no-ifs-ands-or-butts/
3. https://www.lcc.edu/tobaccofree/environmental/
4. https://www.hmetro.com.my/node/53292
5. https://www.malaysiakini.com/news/353976
6. https://selangorkini.my/2017/07/undang-undang-tegas-atasi-gejala-rokok/
7. https://truthinitiative.org/news/5-ways-cigarette-litter-impacts-environment
8. http://www.nytimes.com/2009/05/29/us/29cigarettes.html?mcubz=1
9. https://www.kab.org/cigarette-litter-prevention/problem-and-facts
10. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3397372/
11. http://www.no-smoke.org/learnmore.php?id=731
12. http://merahkuning.com/1/index.php/semasa/item/844-undang-undang-kesalahan-merokok-di-taman-awam-bermula-1-jun-ini
13. http://www.radioaustralia.net.au/indonesian/2014-09-23/cara-unik-kota-sydney-melawan-sampah-puntung-rokok/1371273
14. http://www.longwood.edu/cleanva/cigbuttlitterpreventiontips.htm
15. http://www.longwood.edu/cleanva/ciglitterarticle.htm
16. tobaccocontrol.bmj.com/content/20/Suppl_1/i1
17. http://sains.kompas.com/read/2017/08/09/090500323/lawan-limbah-ilmuwan-usulkan-aspal-dari-puntung-rokok
18. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/04/caj-rm1-bukan-20-sen-untuk-beg-plastik-kata-aktivis/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply