Korang tahu tak bisa ular ni kalau kita masak dia, kita boleh makan tanpa jatuh sakit?

Sekiranya membicarakan tentang racun haiwan, pasti ramai yang akan teringat tentang ular. Kebanyakan spesis ular menghasilkan racun untuk memburu mangsa. Bercakap tentang racun pula, kita kena bezakan dua terma ini. ‘Poison’ dan ‘venom’. Racun ‘poison’ merujuk kepada racun yang hanya didapati apabila kita memakan haiwan tersebut seperti katak. Racun ‘venom’ pula ialah bisa yang didapati apabila kita diserang seperti ular.

Sambung balik pasal bisa, bisa ular ini fungsinya adalah lebih kepada melumpuhkan atau mematikan mangsa supaya senang bagi mereka untuk makan. Berbanding katak, bisa mereka adalah lebih kepada untuk melarikan diri dan tak semestinya racun mereka itu cukup kuat untuk membunuh.

Bagi melumpuhkan/membunuh mangsa, ular menggunapakai dua jenis bisa utama dalam memburu, dan fungsi bisa ini adalah berlainan bergantung pada spesis. Dua jenis bisa tersebut ialah cytotoxin (racun kepada sel) dan neurotoxin (racun kepada saraf).

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bagi kes cytotoxin, perkara ini akan menyebabkan kerosakan sel secara besar besaran dan lantas menyebabkan kegagalan sistem badan. Sebagi contoh cytotoxin jenis hemotoxin bertindak dengan merosakkan sel darah merah. Hal ini akan menyebabkan sel darah bergumpal dan urat darah menjadi tersumbat. Darah tak dapat mengalir dengan elok dan kegagalan sistem berlaku. Antara contoh lain ialah kardiotoxin. Bisa tersebut akan menyebabkan sel otot di jantung gagal mengecut dan mengembang dengan bagus. Hasilnya, jantung akan berdegup dengan tak sekata dan kegagalan jantung.

Bagi kes neurotoxin, racun tersebut bertindak dengan mengganggu sel saraf daripada bertindak. Disebabkan sel saraf ini ibarat wayar telefon dan internet bagi badan, selalunya racun jenis neurotoxin adalah lebih berbahaya kerana ia boleh mengganggu seluruh sistem badan. Ibarat wayar telefon terputus waktu tengah perang.

Antara simptom racun tersebut ialah kelumpuhan (toxin jenis dendrotoxin). Racun ini bertindak dengan menghalang isyarat saraf kepada saraf berlaku. Untuk memberi penjelasan yang lebih jelas, bayangkan kita tercucuk jari kita dengan jarum.

Tindak balas normal ialah saraf mengesan stimulus berkenaan, menghantar isyarat kepada otak, isyarat ditafsir sebagai sakit, dan otak akan hantar isyarat untuk alihkan jari melalui isyarat saraf. Apabila toxin ini mengganggu isyarat saraf ke saraf, memang tiadalah tindak balas yang kita boleh buat. Sekarang, bayangkan seluruh sistem kita jadi macam ni. Memang automatik lumpuh atau mati serta merta sebab sistem gagal.

Kalau bisa ular ni berbahaya, kenapa pemburu menggunakan bisa ular untuk memburu? Tak beracun ke daging haiwan tersebut? Seperti mana yang aku pernah sebut dahulu, racun ular ni diperbuat daripada protein. Jadi, kalau korang bakar atau didhkan racun tu, dia akan jadi tak bahaya. Struktur dia akan jadi macam telur. Asalnya cair, tapi bila dimasak struktur protein dia berubah menjadi pejal.

Jadi, ya. Secara teknikalnya, kepala ular tu boleh dimakan kalau dimasak dengan betul. Tapi tu la, buang tabiat ke apa tiba tiba nak makan kepala ular.


Tertarik dengan fakta tulisan Ammar Akmal? Penulis ni ada buat buku BIOLOGIA yang menyajikan pada korang fakta-fakta mindblowing pasal alam kehidupan. Jom beli di Shopee sementara stok masih ada. Link: https://bit.ly/biologiashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply