Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Bedah Filsuf

Kebangkitan Negara-Negara Bangsa Diseluruh Dunia

Satu demi satu bangsa akan bangkit dan
tuntut kemerdekaan. Satu demi satu wilayah akan bangkit menentang kerajaan
pusat. Satu demi satu negara akan menentang perikatan yang dibina sejak Perang
Dunia Kedua.

Cuba kau bayangkan dunia tanpa kawalan
pusat para globalis yang berpusat di Bangunan UN kat New York?

Kemenangan Donald Trump dan Brexit pada
2016 adalah Revolusi Ketamadunan Barat. Orde baru pasca moden menentang orde
lama yang berpasak kepada liberal demokrasi zaman modeniti.

Keadaan tu berjangkit di Brazil, di mana
peristiwa muzium tertua di Amerika Latin tahun lepas membawa kehibaan yang amat
sangat kepada bangsa mereka, dan melihat kerajaan liberal mereka sambil lewa
menyelamatkan khazanah bangsa mereka. Lalu mereka melantik Jair Bolsonaro yang
menangkap suara kekecewaan rakyat.

Hari ini dek kerana globalis liberal, ramai
orang rasa kehilangan identiti. Mereka dipaksa untuk mengikut apa yang
ditentukan oleh globalis liberal mengikut acuan yang ditetapkan.

Modeniti, adalah fahaman yang terasas
daripada The Age of Enlightenment, dari 1680an hingga 1820an, apabila
perindustrian mula berkembang dan imperialisme mula mencengkam.

Revolusi Perindustrian mengajar kita bukan
untuk bina kilang, tapi membina tamadun dengan cara skala besar dengan teknik
satu acuan untuk semua.

Kita lihat macam mana Henry Ford, membina
kilang kereta dan industri kereta bergerak pantas dengan satu uniformiti. Kau
tengok fahaman Karl Marx yang nak semua rakyat hidup dalam sosial uniformiti.
Dan paling ekstrem, fasisme yang nak satu kaum yang hidup dalam uniformiti.

Modeniti melahirkan liberal demokrasi,
komunisme dan fasisme. Semua ni untuk accommodate sistem ketamadunan masa tu –
industri.

Sebab tu aku muak dengan sayap kiri dan
kanan dan bersembang pasal spektrum politik. Kiri dengan kanan je ke? Not even
atas ke bawah? Takkan spektrum politik ni ada paksi x je? Paksi y? Takde paksi
3D ke?

Pasca moden adalah reaksi dan penentangan
kepada uniformiti. Sebab tu postmodern culture sangat hipster. Bila kau lain
daripada lain, kau akan dianggap cool sampai semua orang nak ikut, kau turn off
dan pergi minat benda lain pulak.

Sebab tu orang yang dok ulang kata “fasis” “fasis” “Nazi” adalah orang yang ketinggalan zaman. Apasal kau panggil orang yang berbeza dengan globalis liberal ni Hitler Nazi? Kenapa tak panggil Genghis Khan terus? Genghis Khan lagi kejam daripada Adolf Hitler kalau nak sembang statistik kematian mangsa perang.

We need new ideologies for the new era. Dan butang resetnya adalah konservatif. Kau kena terima hakikat tu. Ada sebab orang tua kata pada kau, “kalau dah sesat tu, kembalilah ke pangkal jalan.”

Zaman pasca moden adalah kepelbagaian idea
dan fikiran. Perspektif tidak lagi dilihat pada identity politics (race,
gender, sexuality) lagi. Ia lebih besar daripada tu.

Dan kemenangan Trump dan Brexit membebaskan
umat manusia daripada uniformiti hasil daripada sistem modeniti yang mencengkam
dari zaman imperialisme dulu.

Referendum Scotland, pengisytiharan
Catalan, kebangkitan wilayah Basque dan Galicia di Sepanyol, kebangkitan
nasionalisme Flanders, wilayah Lombardi, Venice dan Sicily yang nak merdeka
dari Itali, Papua dan Acheh nak merdeka dari Indonesia, Johor, Sabah dan
Sarawak nak merdeka dari Malaysia – ini semua petanda lebih banyak negara
bangsa akan muncul.

Kerana kalau modeniti adalah uniformiti,
pasca moden adalah identiti.

Semua wilayah mahu tunjukkan identiti
mereka. Kesenian, kebudayaan, masakan, muzik, penulisan, masakan wilayah,
daerah mula dicari orang yang rindukan dan dahagakan identiti diri yang dah
hilang akibat modeniti sejak zaman industri dulu.

Orang zaman sekarang dah tak kerja macam
zaman dulu. Boleh je kerja kat rumah dan boleh je jual beli online. Sebab tu
shopping mall jatuh, kilang jatuh. Orang dah tak nak ikut satu sistem yang
sama, satu fahaman yang sama.

Orang yang sokong sosialisme ni cuma
bersandiwara daripada kecoolan Che Guevara yang jadi gerila, berfantasi tentang
keindahan kaum pekerja menggulingkan rejim Czar pada Revolusi Rusia 1917. Dan
orang liberal leftist ni, yang terjangkit dari nostalgia Soviet ni, paranoid
dengan fasisme yang sebenarnya dah lama mati di runtuhan kota Berlin dan
Hiroshima.

Fascism is dead in World War 2. Communism
is dead in Cold War. Liberalism is dead in Trump Tower. Wake up and smell the
coffee lah!

Korang tak boleh terima yang liberalisme
dah mati sebab korang masih berpaut dengan fahaman abad ke-20. Move onlah, kita
dah kat abad ke-21. This is our millennium, our century.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet