Baru je semalam, berita-berita luar negara heboh setelah Kate Middleton muncul semula dikhalayak ramai setelah “hilang” sejak Januari lalu disebabkan pembedahannya.
Banyak juga teori yang keluar disebabkan “kehilangan” Princess of Wales ini. Ada juga yang kata Kate yang muncul semalam tu bukanlah Kate yang sebenar.
Tapi cerita kita hari ini bukan berkenaan konspirasi kehilangan Kate, sebaliknya berkenaan “sumpahan” yang pernah dialami Princess of Wales sebelum beliau.
Untuk yang tak tahu, Princess of Wales ni ialah gelaran kepada isteri Prince of Wales yang merupakan waris pengganti seterusnya kepada King of England.
Kira Prince of Wales ni kalau kat Malaysia macam Tengku Mahkota atau Raja Muda la.
Ada beberapa orang Princess of Wales yang kehidupannya tak seindah yang disangka walaupun hidup dalam keluarga diraja.
Mudah kata, diduakan oleh Prince of Wales sendiri. Antaranya ialah Catherine of Aragon dan Puteri Diana.
Catherine dari Aragon, yang merupakan puteri bongsu bagi Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castille asalnya berkahwin dengan Arthur, abang kepada Henry VIII.
Tetapi 20 bulan selepas berkahwin, Arthur mangkat. Henry VIII pula berkahwin dengan Catherine.
Setelah naik jadi raja, Henry VIII jatuh cinta dengan Anne Boleyn of Cleves.
Walaupun baginda dah berkahwin dengan Catherine of Aragon, demi cinta itu semua dipersetankan. Disebabkan benda ni juga, Henry putuskan hubungan dengan Gereja Katolik yang tak bagi baginda kahwin lagi.
Di mata Henry, Catherine gagal lahirkan zuriat. Sedangkan Anne Boleyn dah mengandung ketika berhubungan sulit dengan baginda. Henry VIII pun kahwin secara sembunyi di Whitehall Palace.
Kalau pasal Puteri Diana, mesti ramai yang dah tau cerita beliau.
Perkahwinan antara Charles dan Diana Spencer tak bertahan lama. Kerana ada orang ketiga bernama Camilla Shand yang merupakan isteri seorang pegawai tentera.
Puteri Diana berpisah dengan Charles, hidup dalam keadaan kemurungan dalam penghinaan media, sementara Keluarga Diraja British pejam sebelah mata.
Tanpa sokongan keluarga, Puteri Diana angkat kaki keluar daripada istana. Camilla pun sekarang dah jadi Permaisuri United Kingdom dan Komanwel.
Ura-ura kuat mengatakan Prince of Wales sekarang, William pun main kayu tiga dengan Rose Hanbury.
Mungkin “sumpahan” ini akan berlaku lagi?
Oleh: Azizul Farhan
___
Rasa nak tahu banyak lagi pasal Eropah dan kerabat diraja England? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH di Shopee kami dengan DISKAUN sekarang!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.