Katak dan kodok mungkin bukanlah pilihan utama dalam kalangan pencinta haiwan. Namun masih, ia merupakan sebahagian daripada kenangan zaman persekolahan yang dikongsi oleh kebanyakan pelajar aliran sains. Sejarah juga mempunyai tempat yang khusus buat katak. Ia muncul dalam pelbagai legenda, kepercayaan, dan kesenian dunia.
Bagi tamadun Mesir Purba misalnya, katak dilihat sebagai simbol kehidupan dan kesuburan. Hal ini kerana haiwan tersebut membiak dengan banyak seiring limpahan Sungai Nil yang berlaku secara tahunan – suatu peristiwa yang dianggap sebagai nadi buat tamadun Mesir kerana ia menyuburkan tanah di sekelilingnya.
Justeru dalam panteon mereka, terdapat beberapa figura katak yang dipuja. Antaranya Heqet si dewi berkepala katak dan Kek si dewa berbentuk katak. Tamadun Mesopotamia juga mengaitkan katak dengan unsur yang lebih kurang sama. Ia muncul sebagai salah satu watak yang terlibat dalam perteling.kahan antara Dewi Inanna dan Dewa Enki – suatu kon.flik yang boleh disamakan dengan kon.flik Athena-Ares dan Amaterasu-Susanoo.
Bagi masyarakat China, katak umumnya dikaitkan dengan kesembuhan, keabadian, dan keberuntungan (khususnya dalam perniagaan). Adakalanya, ia turut diasosiasikan dengan tenaga bulan. Legenda utama perihal katak dalam tamadun China adalah legenda yang melibatkan Liu Hai, seorang cendekiawan kurun ke-10 Masehi yang dipuja sebagai salah satu dewa Tao.
Legenda ini kemudian dibawa ke Jepun lalu melahirkan legenda Gama-Sennin, atau kadangkala disebut sebagai Kosensei. Signifikasi katak dalam literasi Jepun diserlahkan lagi menerusi Jiraiya Gōketsu Monogatari,yang diterbitkan pada tahun 1839. Hari ini, kandungan naskhah tersebut dihidupkan semula hasil sentuhan Masashi Kishimoto dalam karyanya, Naruto.
Di Barat, katak dilihat sebagai azimat – sama ada untuk tujuan baik mahupun jahat. Hal ini bertitik tolak daripada sifat sebahagian spesis katak itu sendiri (katak puru misalnya) yang mengandungi ra.cun dan zat halusinogen. Efek halusinasi sebagai penenteram emosi membuatkan ekstrak katak dipandang penting dalam kelangsungan ritual keagamaan tertentu.
Dua mu.sibah awal berlaku dalam bentuk kemarau dan kegagalan tuaian buah-buahan; “Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan supaya mereka insaf mengambil pelajaran.” (Al-A’raf: 130)
Mu.sibah panjang ini kemudian dihilangkan. Namun sayang, firaun masih enggan beriman. Allah kemudian menghantar lima mu.sibah lain secara bersilih ganti, yang salah satunya adalah gerombolan katak; “Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak, dan darah sebagai bukti yang jelas. Tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang menderhaka.” (Al-A’raf: 133)
Kisah serupa juga terkandung di dalam Kitab Keluaran (Book of Exodus), di mana gerombolan katak yang memenuhi setiap jalan disifatkan sebagai satu daripada sepuluh mu.sibah yang melanda Mesir.
RUJUKAN
Ashley Cowie. (7 Februari 2018). An Ambiguous Amphibian: The Everchanging Frog Symbol in World Myth. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-europe/ambiguous-amphibian-everchanging-frog-symbol-world-myth-009560
Syafiq Salleh. (19 Ogos 2014). Teguran Terakhir Buat Firaun. Ikim FM.
https://ikimfm.my/teguran-terakhir-buat-firaun/
Gabi Greve. (25 Februari 2018). Gama Sennin Toad. Gokuraku Paradies.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih