Kanser sebenarnya tidak boleh kita faham sebagai suatu penyakit. Sebaliknya, kanser ialah suatu keadaan yang mana sel bertumbuhan secara tidak normal sampai memberikan kesan dalam bentuk pencer0bohan terhadap anggota-anggota tubuh yang lain.
Tetapi ada juga kanser yang duduk setempat sambil memberikan impaknya. Dan selalunya kanser dikenalpasti berdasarkan simptom-simptom yang sudah dimasyhurkan melalui teknologi dan ilmu perubatan moden. Cuma ada juga situasi seperti kanser buah z*kar atau payu dara yang boleh kita tengok secara manual, iaitu dengan mengenalpasti benjolan tidak normal.
Tetapi apabila kita sedang melihat topik kanser, jangan sesekali Google. Ini kerana sakit kepala biasa pun menurut Pakcik Google boleh jadi kanser otak. Sakit hidung sikit dikira kanser hidung. Lidah tumbuh uls3r agak serius sudah dikategorikan kanser lidah. Walaupun kita tidak boleh panik, jangan sesekali meremehkan simptom yang berkemungkinan kanser. Kerana dari segi sejarah, kanser memang sangat kerap berlaku.
Pada hari ini penyalahgunaan tembakau menyumbang kepada 22% kematian angkara kanser. Obesiti, gaya hidup tidak sihat dan pengambilan alk*hol pula menyumbang kepada 10% kematian angkara kanser.
Peratusan untuk menghidapi pelbagai jenis kanser berkurangan dengan cara tidak merokok, mengurangkan atau mensifarkan minuman alkohol dan banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vaksinasi pun boleh bantu melawan penyakit-penyakit berjangkit. Untuk penjagaan kulit pula, terlalu banyak terkena matahari pun tidak baik juga.
Pada tahun 2015, seramai 90.5 juta orang di seluruh dunia menghidap kanser dengan penambahan kes terbaru sebanyak 14.1 juta setahun. Antara kanser yang paling popular ialah paru-paru, prostat dan perut. Statistik juga dijangka akan tetap naik sebab makin ramai hidup dalam usia tua. Untuk mengatakan bahawa kanser ialah jelmaan penya*kit moden pun tidak boleh juga, sebab kewujudannya telah direkodkan dalam sejarah.
Sekitar zaman 1600 S.M., peradaban Mesir Purba telah menceritakan dengan terperinci tentang suatu penyakit misteri. Apabila diteliti semula, penyakit yang disebutkan itu ialah kanser payu dara. Hippocrates pun menemui beberapa jenis kanser yang disebutnya ‘karkinos’ iaitu ketam kerana ciri-ciri kanser dikenalpastinya. Semasa beliau mem0tong luk4 kanser, urat-urat yang menyelirat membuat bentuk bagaikan kaki ketam.
Jadi karkinos pun kemudian dimasyhurkan sebagai c*anser yang diterjemahkan ke kanser dalam bahasa Melayu.
Kenapa kanser makin kerap berlaku sekarang berbanding zaman dulu? Sebenarnya tidak pun. Kanser cuma semakin kerap dilaporkan sekarang oleh kerana kesedaran awam dan ilmu perubatan. Jika dulu, ramai yang akan fikir kena buatan orang ataupun sakit biasa saja. Kanser prostat akan dianggap sebagai batu karang. Ataupun lebih teruk lagi apabila kanser didiagnoskan seorang doktor kuno sebagai bisul biasa yang takkan berhenti sakitnya sampai orang tersebut m*ti.
Namun 300 tahun antara abad ke-15 dan 17 memberikan pendedahan luar biasa tentang kanser. Dr. Wilhelm Fabry daripada Jerman mendapatkan keizinan untuk melakukan b3dah siasat. Dan beliau mendapati bahawa kanser payu dara berlaku akibat susu beku dalam salur penyusuan. Dr. Francois de La Boe Sylvius dan René Descartes pula bertanggapan bahawa semua penya*kit ialah hasil daripada pemprosesan kimia yang tidak betul. Nicolaeus Tulp pula berpegang kepada emosi dengan mengatakan kanser ialah racvn yang merebak secara perlahan dan boleh menjangkiti orang.
Perjalanan mengenalpasti kanser memakan masa yang sangat lama. Setiap satu kes perlu diamati dengan baik. Namun kita hidup di zaman yang sangat baik kerana kanser yang ada sudahpun disediakan peluang rawatan tidak diterima nenek moyang kita.
Semoga dijauhkan penyakit ini dari kita semua.
RUJUKAN:
Canser (WHO) – https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/c*anser
Canser Center – https://www.mayoclinic.org/depart…/mayo-clinic-c*anser-center
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih