Sabah walaupun sah sebahagian dari Persekutuan Malaysia secara undang-undang antarabangsa dan semangat demokrasi, masih dituntut oleh menteri atau ahli politik Filipina, masih tidak berpuas hati tu.
Padahal bukanlah Malaysia pergi menyerang negara dia dan takluk Sabah dari dia. Kesultanan Sulu itu pun tiada kaitan dengan Filipina yang baru muncul setelah era imperialisme.
Namun Patani dan Singapura, walaupun dahulunya milik bangsa Melayu melalui Kesultanan Patani dan Kesultanan Johor, tidak pula orang Melayu (ahli politik, menteri) bersungguh-sungguh mahu menuntutnya dengan apa jua ekspresinya seperti kenyataan atau komen balasan. Orang Melayu rata-rata pandai menjaga hati orang lain pada asalnya kecuali apabila terancam barulah keluar tentera bawang.
Patani itu terang-terang diceroboh dan dijajah Kerajaan Siam yang kini membentuk Thailand. Malaysia nampaknya ‘move on’ sahaja atas semangat ASEAN. Orang Melayu pun redha sahajalah tak kira yang berideologi Kanan atau Kiri (seperti biasa).
Ini menunjukkan orang lain itu amat mementingkan wilayah dan tanah. Apa yang ada dalam tangan mereka, mereka genggam kuat-kuat taknak bagi lepas (seperti Thailand). Juga, apa yang bukan hak mereka, akan diusahakan untuk dapatkannya walau tanpa alasan yang kukuh dan ketidakpuashatian itu berlarut-larutan (seperti Filipina).
Juga, yang bukan wilayah mereka itu pun, bukan tanah mereka pun…akan datang berduyun-duyun dengan apa jua cara sekalipun meskipun nyawa jadi taruhan walau masyarakat antarabangsa sudah menyediakan kemudahan fasiliti dan bantuan yang mencukupi, sudah bagi satu pulau lagi (seperti Rohingya). Selepas beberapa lama, mereka sudah mampu memiliki hartanah dan perniagaan dalam Malaysia di kala anak-anak Melayu lain masih menyewa, masih menumpang di rumah ibu bapa atau merempat sambil bergocoh dalam media sosial atas benda-benda idealis dan fantasi mimpi basah.
Sampai masa, anak-anak Melayu begini akan masuk rancangan Bersamamu (sebab tak mampu beli insuran) atau sampai ke tua menyalahkan kerajaan.
Anak-anak Melayu sekarang mesti diajar untuk mengetahui nilai tanah bumi mereka berpijak, beza antara menyewa dan memiliki hartanah sendiri. Tahu makna merempat atau memiliki aset. Mesti diajar jangan melepaskan hak dengan sewenang-wenangnya.
Mesti diajar untuk pandai ekonomi – mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya, kemudian menyumbang kembali kepada anak bangsanya sendiri (seperti menubuhkan yayasan). Mesti diajar jangan mendengki, jangan memusuhi bangsanya sendiri tetapi menaikkan bangsanya sendiri…sama-sama naik, sama-sama kaya, sama-sama menyumbang kepada peradaban dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih