Di dalam siri Kamen Rider, sudah tentu kebanyakan heronya adalah lelaki. Tetapi tahukah anda bahawa Kamen Rider wanita pertama adalah Kamen Rider Femme dari siri Kamen Rider Ryuki? Ya, Tackle atau Yuriko Misaki bukanlah Kamen Rider wanita pertama menurut Toei.

Femme bermaksud wanita dalam bahasa Perancis. Namun, penampilannya hanya di dalam siri Kamen Rider Ryuki TV Special 13 Riders dan debut sulungnya di dalam filem Kamen Rider Ryuki Episode : Final. Kemunculannya di dalam filem dan juga siri istimewa adalah kerana kewujudan garis masa berlainan yang diakibatkan oleh Kamen Rider Odin menggunakan kad ‘Time Vent’.

Identiti sebenar Femme adalah Miho Kirishima, seorang wanita yang licik menipu lelaki kaya untuk mengutip kekayaan mereka. Tujuannya menyertai Rider War adalah untuk membalas dendam kepada Asakura Takeshi (Kamen Rider Ouja) atas pembvnvhan kakaknya dan juga menghidupkan semula kakaknya.

Miho juga secara tidak sengaja telah jatuh cinta Shinji Kido (Kamen Rider Ryuki) dan dia ditewaskan oleh Dark Shinji Kido (Kamen Rider Ryuga) yang disangkakan Shinji sebenar.

Antara kad-kad yang digunakan oleh Kamen Rider Femme sepanjang penampilannya adalah:

  1. Advent – Blancwing
  2. Sword Vent
  3. Guard Vent
  4. Final Vent

Motif Kamen Rider Femme adalah Swan. Ia satu-satunya Kamen Rider yang mempunyai kuasa mistik selain dari Kamen Rider Odin.

Berbeza dengan ‘counterpart’nya di dalam siri Amerika Kamen Rider Dragon Knight, Kase sebagai Kamen Rider Siren lebih banyak penampilannya di dalam siri tersebut. Namun kebanyakan ‘footage’ menggunakan kad-kad tersebut tidak ditonjolkan sekerap mungkin kerana ‘footage’ asal dari Jepun hanya menggunakan Kamen Rider Ryuki TV Special 13 Riders dan Kamen Rider Ryuki Episode : Final.

Untuk pengetahuan anda juga, sepatutnya Kamen Rider Femme muncul di dalam siri Rider Time: Ryuki (2009) namun kerana akstresnya Natsuki Kato hamil, dia digantikan oleh Kamen Rider Abyss yang bermotifkan ikan jerung.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.