“Henshin!” setelah bertukar, Kamen Rider Ouja akan meregangkan lehernya. Asakura Takeshi merupakan seorang penjenayah di dalam siri Kamen Rider Ryuki. Dia antara Kamen Rider era Heisei dalam kategori ‘villain’.

Asakura merupakan seorang yang suka berlawan dan tidak kisah tentang keadaan sekeliling. Malah dia tidak kisah untuk mencederakan dirinya asalkan nafsunya untuk berlawan dapat diisi. Tetapi dia tidak membvnvh sewenang-wenangnya, dia lebih gemar untuk bertukar dan bertarung daripada dia berlawan sebagai seorang manusia biasa.

Kelicikannya membuatkan dia sukar ditangkap oleh pihak polis. Malah dia seorang saja boleh menewaskan pihak polis tanpa menggunakan senjata. Walaupun Goro Yura telah meletakkan perangkap supaya Asakura Takeshi terbvnvh ketika letupan kereta, ia gagal sama sekali.

Sebagai Kamen Rider Ouja, dia tidak kisah untuk bermain taktik kotor sebelum perlawanan di dalam dunia cermin bermula. Ini dibuktikan apabila Asakura memukul lengan Shinji sebelum dia bertukar. Dia tidak menunjukkan sebarang belas kasihan kepada mangsanya. Ouja antara Kamen Rider di dalam siri tersebut yang membvnvh hampir 4 Kamen Rider. Dia juga antara satu-satunya Kamen Rider yang mempunyai ‘contract monster’ yang banyak selain Kamen Rider Imperer.

Ouja mempunyai jumlah pembvnvhan tertinggi dalam kalangan Rider, namun dia gagal membvnvh seterunya iaitu Kitaoka Shuichi (Zolda). Walaupun dia berjaya menewaskan Zolda malangnya Goro Yura pembantu Shuichi yang menggunakan sut Zolda.

Asakura Takeshi lebih gemar bertarung dalam jarak yang dekat. Memandangkan dia seorang yang kidal, Senjata yang sering digunakan adalah Sword Vent.

Kamen Rider yang dibvnvh oleh Ouja:

  1. Kamen Rider Scissors (Kamen Rider Ryuki 13 Special)
  2. Kamen Rider Raia (Siri TV)
  3. Kamen Rider Gai (Siri TV)
  4. Kamen Rider Imperer

Melihat personaliti Asakura Takeshi, dia adalah calon yang tepat dalam Rider War, yang direkrut oleh Shiro Kanzaki. Taraf manusia pada mata Asakura Takeshi hanyalah sebagai pemuas nafsu berlawannya, malah sehingga penghujung cerita pun, impiannya hanyalah untuk Rider War tidak akan tamat sampai bila-bila.

Realitinya, kebanyakan manusia akan bersifat berang dan ganas seperti Asakura Takeshi. Dengan percaya bahawa dunia itu tidak adil, dia menyeksa dan menanam penderitaan kepada mangsa supaya mangsanya menerima hukuman yang sama seperti dirinya. Teori umum melihat kehadiran tekanan Asakura Takeshi untuk menjadi seorang penjenayah adalah:

Melalui ketegangan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor menyebabkan Asakura Takeshi ingin memperbaiki keadaan dengan caranya sendiri. Jika dia mengeluarkan ketegangan dengan caranya sendiri (berlawan & membvnvh), dia akan melegakan dirinya sendiri.

Seperti yang anda lihat, Kamen Rider Ouja merupakan gambaran kepada realiti semasa bahawa penjenayah tidak semestinya mempunyai motif tersendiri. Kadangkala ia didorong oleh emosi dan keseronokan mangsa diseksa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.