Kadang-kadang terfikir juga. Kenapa pengikut-pengikut konspirasi terlalu tepu dengan pemikiran mereka? Cuba tengok sendiri. Punyalah dalam mereka tenggelam, sampai ketua-ketua mereka tidak boleh disentuh walau sedikit pun. Anutan mereka pun tidak boleh dikacau.

Bentak sedikit, marah bukan main. Ambil contoh pendaratan Bulan. Ramai tidak percaya dengan kepercayaan “kalau pernah pergi, kenapa tidak pergi lagi?”

Apabila diberitahu Amerika Syarikat berjaya mendaratkan enam misi di Bulan antara 1969 hingga 1972, mereka terdiam sebentar. Kemudian ulang balik soalan dangkal sama: “kenapa tidak pergi kali ketujuh?”

Bendera Amerika Syarikat berkibar megah tanpa angin pada tiang berbentuk L.

Jawapannya mudah: “kalau orang naik haji sekali (tidak pergi dua tiga kali), apakah haji pertamanya palsu?”

Jujur cakap. Malas juga heret agama Islam dalam perbincangan sebegini. Tetapi masalahnya, itu saja bahasa yang difahami mereka.

Ambil contoh vaksin pula. Siap cakap “buat apa vaksin kalau boleh kena COVID-19”. Penjelasan saintifik panjang lebar memang tidak berguna. Jadi cakap saja “buat apa bersolat kalu boleh masuk neraka”?

Mulalah rαbαk habis cakap “eh, mana boleh bandingkan solat dengan vaksin?”

Sedar tidak? Mereka tidak mampu berfikiran kritis. Mana ada perbandingan. Cuma ada penggunaan solat sebagai analogi untuk memarhaenkan sesuatu kerumitan. Itu pun tidak mampu faham – ada hati ingin celapak dalam hal ehwal perubatan.

Ternyata, ilmu adalah bukan untuk semua. Tetapi terfikir juga – kenapa golongan ini benak sangat?

Rupa-rupanya ramai lagi fikir benda yang sama. Siap ada kajian lagi. Kedatangan media sosial telah melebarkan jalur konspirasi yang asalnya dididih setempat. Sekarang kiranya teori konspirasi menjadi pegangan antarabangsa.

Muzrat bermaksud Muslim rats.

Asam garam sikit dengan institusi mµsµh. Kalau di Barat, tuduh Islam. Kalau di Timur, tuduh Yahudi. Padahal dua-dua sama naik tongong.

Kerana penganut teori konspirasi sebenarnya tidak mampu berfikiran kritis. Mereka tidak mampu menganalisiskan suatu masalah secara objektif untuk menilai sesuatu situasi.

Bukan bermakna mereka tiada akal. Ada akal, cuma tidak aktif saja. Macam telefon pintar. Pintar tetap pintar. Tetapi masih guna 3G sebab takut tak bertempat dengan 5G (padahal patut takut dekat Allah).

Menurut seorang profesor di Universiti Paris Naterre, teori konspirasi adalah suatu wadah untuk menjelaskan sesuatu peristiwa besar dengan cara menuduh gagasan tersembunyi yang terdiri daripada golongan berharta atau berkuasa.

Ambil contoh perubahan iklim. Asap kilang berzaman-zaman menyebabkan imbangan alam sekitar terganggu. Kesan mula nampak. Apa orang cakap? Yahudi guna HAARP. Bodoh.

Itu yang contoh senang untuk faham “tidak mampu fikir secara kritis”. Perubahan iklim sangat rumit. Mereka tidak boleh fikir. RAM tak cukup. Jadi mereka cari shortcut. Orang Barat pun sama. Mereka tidak boleh fikir panjang.

Ramai percaya yang China sengaja sebarkan COVID-19 daripada Wuhan. Padahal China sendiri menjadi mαηgsα pertama. Memµkµl rata semua China suka makan binatang eksotik adalah sama seperti tuduh semua Islam adalah penggαηαs.

Punca utama orang percaya adalah kerana ego, personaliti dan kelemahan pada diri. Akibat tidak mampu berbuat apa-apa perubahan, mereka ambil langkah mudah: tangan tersembunyi (Elder, 2021).

Satu-satunya cara untuk mencegah lembah pembodohan ini adalah melalui latihan pemikiran beranalitikal (Voracek, et al., 2014).

Fikir dengan waras; kenal pasti sesuatu masalah pada dasarnya. Bukannya melalut entah apa-apa. Titanic karam kerana bongkah ais. Titanic tidak mampu elak kerana terlalu laju (angkara Bruce Ismay).

Bruce Ismay.

Bukannya kerana Benjamin Guggenheim, John Jacob Astor dan Isidor Strauss. Tiada kena mengena dengan Federal Reserve (FRS), yang terkontang-kanting cuba selesaikan masalah ekonomi.

Tetapi itulah – orang tidak tahu. Main sedap saja tuduh tiga orang kaya menentang FRS atas dasar tidak mahu Amerika Syarikat berperang. Suruh buka buku belajar pasal the Great Depression tersengguk pula jadinya. Macam mana nak berfikiran secara kritis kalau minat pun kelaut?

RUJUKAN:

Elder, J. (2021, Julai 25). Conspiracy theorists lack critical thinking skills: New study. The New Daily.

Voracek, M., et al. ( 2014). Analytic thinking reduces belief in conspiracy theories. Cognition. 133: 572-585.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.