Antara minuman yang digemari penulis semasa bekerja ialah kopi. Bila keadaan memerlukan seperti bekerja lewat malam, maka kopi diambil sebagai cara membantu penulis bersengkang mata semasa menulis. Tetapi bila sudah terlebih minum, usah terkejut jika ia membuatkan anxiety anda bertambah berlipat kali ganda.

Fakta ini sudah lama diketahui oleh pakar-pakar perubatan. Bagi pakar psikologi Dr Susan Bowling, bahan perangsang semulajadi yang terkandung dalam biji kopi boleh mencetuskan anxiety dengan mempercepatkan proses dalam badan. Antara perkara yang mula dikesan selepas minum kopi ialah jantung berdegup laju, badan terasa panas dan kadar pernafasan bertambah.

Semua ini boleh meniru pelbagai tanda anxiety yang dialami oleh penghidapnya. Bagi Dr Bowling, agak sukar bagi minda membezakan sama ada itu anxiety sebenar atau sebaliknya. Selain itu, antara tanda lain anxiety yang dicetuskan oleh kafein ialah sakit kepala, berpeluh dan insomnia.

Tambah Bowling lagi, pengambilan kopi sebanyak 200 mg sahaja sudah cukup untuk membuatkan penghidap anxiety tak senang duduk. Malah, ia juga dikelaskan sebagai penyakit se.ra.ngan panik yang dicetuskan oleh kafein. Begitupun, tidak semua akan terkesan dengan kopi kerana faktor genetik membezakan seseorang dengan seseorang yang lain. Sesetengah orang mampu menerimanya dan ada pula yang tak senang duduk walaupun hanya mengambil secawan kopi.

Bagi penghidap anxiety, jika mereka mahu mengelak kafein dalam diet pemakanan mereka, mereka bukan saja perlu mengelak kopi. Malah, mereka perlu mengelak makanan lain seperti coklat, minuman bergas dan makanan ringan yang mengandungi unsur berkenaan. Hanya dengan cara ini sahaja, ia membantu mengawal tahap anxiety penghidapnya.

Bagi peminat kopi pula, kisah sebegini bukannya bertujuan untuk menakutkan anda daripada terus menikmati minuman kegemaran anda. Kopi sudah terbukti menambah prestasi kognitif dan fizikal pengambilnya. Cuma, ia lebih elok diambil secara sederhana bagi membolehkan pengamalnya mendapat manfaat pengambilannya seperti mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetis jenis-2.

Glosari

Kardiovaskular – istilah berkaitan dengan jantung dan saluran darah.

Kafein – alkaloid yang terdapat dalam teh, kopi atau koko. Bertindak sebagai perangsang dan ejen yang meningkatkan pembuangan kadar air kencing.

Bersengkang mata – menahan diri/berjaga daripada tidur.

RUJUKAN:

Levi, Anthea. (2018). Why Drinking Coffee Might Be Fueling Your Anxiety. Majalah Health.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.