Kita dekat Malaysia ni memang tak boleh lari dengan drama TV pukul 7 yang selalu suap kita dengan drama-drama curang dan konflik rumah tangga.

Tapi pernah tak korang terfikir yang sebuah drama TV boleh menyebabkan kadar penceraian sesebuah negara meningkat?

Inilah yang dikatakan berlaku di Sweden pada tahun 1974 selepas tayangan drama bersiri Scenes from a Marriage arahan Ingmar Bergman.

[Drama Yang Mengubah Persepsi Tentang Perkahwinan]

Scenes from a Marriage yang disiarkan pada tahun 1973 merupakan sebuah drama yang memaparkan realiti pahit dalam sebuah perkahwinan.

Drama ini mengisahkan pasangan Johan dan Marianne yang pada luarannya nampak sempurna, tetapi hakikatnya mereka melalui krisis rumah tangga yang meruncing.

Johan curang, Marianne menggugurkan kandungannya dan mereka bertelagah dengan kata-kata yang pedih sehingga akhirnya bercerai.

Menariknya, hampir separuh daripada penduduk Sweden pada waktu itu menonton drama ini.

Kesannya? Perkhidmatan kaunseling rumah tangga di negara itu mengalami peningkatan permintaan yang luar biasa. Senarai menunggu kaunseling yang sebelum ini hanya tiga minggu menjadi tiga bulan!

Malah, Ingmar Bergman sendiri terpaksa membuang nombor telefonnya daripada direktori awam kerana terlalu ramai orang yang menghubunginya untuk mendapatkan nasihat perkahwinan.

[Adakah Drama Ini Punca Peningkatan Kadar Penceraian?]

Menurut statistik, kadar penceraian di Sweden meningkat daripada 2% pada tahun 1973 kepada 3.3% pada tahun 1974.

Walaupun angka ini tidaklah sampai dua kali ganda, peningkatannya cukup ketara untuk menimbulkan persoalan sama ada drama ini benar-benar penyebabnya.

Namun, jika dikaji dengan lebih mendalam, faktor utama di sebalik lonjakan kadar penceraian ini bukanlah semata-mata kerana drama Scenes from a Marriage.

Pada tahun 1973, Sweden telah memperkenalkan pembaharuan dalam undang-undang penceraian yang memudahkan proses perceraian.

Sebelum itu, pasangan yang ingin bercerai perlu bersetuju secara bersama, menjalani kaunseling wajib dan menunggu tempoh pemisahan selama setahun.

Tetapi selepas reformasi ini, sesiapa sahaja boleh memfailkan penceraian tanpa perlu memberikan alasan dan tanpa perlu melalui kaunseling atau tempoh pemisahan.

Jadi, adakah drama ini benar-benar menyebabkan kadar penceraian meningkat? Jawapannya, mungkin tidak secara langsung.

Tetapi, apa yang boleh dikatakan ialah drama ini telah membuka mata ramai pasangan tentang realiti perkahwinan mereka.

Ia mungkin telah memberi mereka keberanian untuk bertindak apabila undang-undang baru memberi mereka peluang untuk berbuat demikian.

Kisah ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh media terhadap pemikiran dan keputusan manusia.

Scenes from a Marriage merupakan satu karya seni yang telah menggoncang institusi perkahwinan di Sweden.

Ia menunjukkan bahawa perkahwinan bukanlah satu kisah dongeng yang indah semata-mata, tetapi penuh dengan cabaran yang memerlukan toleransi dan komunikasi yang baik.

Jadi, adakah korang rasa drama TV zaman sekarang juga ada kuasa untuk mengubah kehidupan manusia seperti ini? Mungkin ya, mungkin tidak.

___

Betul ke perempuan lagi pilih harta daripada rupa?

Korang kena dapatkan THE HUMAN’S COMPLEX untuk dapatkan jawapannya dan selam logik disebalik minda serta kelakuan manusia dengan lebih terperinci sekarang!
https://shope.ee/qJjRHKzcE


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.