Baru jer habis layan dokumentari kat Netflix pasal Coronavirus. Dokumentari ini bermula dengan bercerita sifat virus, bagaimana virus tersebut mejangkiti manusia dan bagaimana ia tersebar ke serata manusia.
Namun, yang paling penting doku ini membuktikan sebelum Covid-19 ni keluar, dah ada 6 ekor spesis virus yang sama dengan Coronavirus yang keluar. SARS misalnya merupakan sebagai salah satu daripada spesis Coronavirus.
Jadi, tahi-tahi konspirasi boleh ke laut dengan kisah novel yang konon dah ramal Coronavirus akan menyerang dunia di masa depan padahal sebelum novel tu ditulis, ia memang pernah menyerang dunia.
Kedua, betapa sebuah virus nak pandemik, ia tak boleh menjadi terlalu deadly. Sebab bila too deadly, takde sape akan terjangkiti sebab dah dijangkiti, terus mati, tak sempat nak happy-happy jumpa orang, peluk tampar dengan deme dan jangkitkan kat orang lain.
Too contagious pulak orang akan cepat sedar, dan kuarantin pantas akan dijalankan. Dia kena tak terlalu contagious dan deadly, agar dia boleh merayap sesenyap mungkin dalam masyarakat. Bila orang nak lawan, dah jadi pandemik dah pun. Dia kena ada keseimbangan antara too deadly dan too contagious.
Dan para saintis buat carta mengenai too deadly dan too contagious, dan Covid-19 ni sebenarnya berkongsi kedudukan hampir sama dengan Spanish Flu yang pernah menyerang dunia dan mengorbankan 50 juta nyawa dahulu. Sebab tu 6 ekor spesis wabak dalam keluarga Coronavirus yang lain tak jadi pandemik sebab tak capai keseimbangan macam Covid-19 dan Spanish Flu.
Contohnya macam SARS. Kenapa hanya 8000 orang sahaja terjangkiti waktu kemuncaknya dulu sebab SARS ni akan terjangkiti bila seseorang tu ada simptom, dan terlalu membawa maut berbanding Covid-19.
Bila hanya ada simptom sahaja menjangkiti orang, maka senang masa tu nak kuarantin mereka-mereka ini. Covid-19 ni beza sebab kau takde simptom pun boleh menjangkiti orang, jadi susah nak bendung.
Bila terlalu membawa maut, tak sempat nak jangkitkan kat orang lain dah mati. Jadi, wabak SARS ini potensi untuk jadi Covid-19 sangatlah rendah.
Bezanya, masa Spanish Flu 1919 dulu, manusia bingung macam mana nak handle sebab teknologi perubatan masa tu tak semaju hari ni. Manusia lebih bersedia menghadapi wabak pandemik pada 2020 berbanding 100 tahun yang lalu. Tapi kalau perubatan tak maju macam hari ni, mungkin 50 juta orang akan mati jugak daripada Covid-19.
Dan kalau vaksin Covid-19 terhasil, barangkali ia akan jadi vaksin palinggg pantas dunia pernah hasilkan. Cakap pasal vaksin pulak, rupa-rupanya sejak penciptaan vaksin, banyak penyakit yang sepatutnya sangat membunuh buat kita dah lenyap pun dalam sejarah.
Smallpox misalnya, padahal wabak Smallpox tu pernah hancurkan empayar di Amerika Selatan macam Inca dan Aztec, membunuh sehingga 20 juta populasi nyawa di sana, lantas memudahkan penaklukan Sepanyol.
Hari ini, kerana kempen vaksin yang sangat berkesan masa sekitar 1980-an dulu, akhirnya Smallpox menjadi penyakit pertama yang dapat dihapuskan dengan adanya vaksin. Ia kemudian disusuli dengan penyakit seperti Polio dan Measles.
Sama jugak macam penemuan antibiotic telah menjadikan kebanyakan wabak penyakit berasaskan bakteria macam Tibi, Bubonic Plague (pernah membunuh 200 juta nyawa masa Black Death dulu), Cholera dan Typhoid yang dulu sangat-sangat deadly dah tak semaut itu.
Dan apa yang sedang berlaku di dunia hari ini, lockdown pernah dibuat suatu masa dulu kat sebuah kota di Amerika Syarikat masa 1919 iaitu St. Louis dulu masa menghadapi Spanis Flu. Kota itu mencatatkan kematian rendah berbanding kota lain yang tak lockdown macam Philadelphia.
Bezanya hari ini, bukan satu kota di dunia sahaja lockdown, tapi hampir seluruh dunia. Apa yang berlaku hari ini akan tercatat dalam sejarah sebagai The Great Lockdown di mana kuarantin paling besar pernah dilakukan dalam tamadun manusia. Sebab tu krisis ekonomi yang sedang merayapi daripada lockdown ini dipanggil sebagai The Great Lockdown.
Fun fact: Kita dah hilang RM 146 Billion sejak lockdown pertama kita persamaan dengan RM 2.4 billion sehari.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih