Tahukah anda, bangsa jin pun macam kita jugak bangsa manusia, ada berbagai-bagai agama. Ada jin yang Islam dan jin yang kafir. Jin kafir itulah kita panggil syaitan! Jahatnya ya amat. Janganlah korang percaya kalau jin kafir ni buka mulut.

Apa kerja dia? Menyesatkan manusia la!

Jin adalah makhluk ghaib yang diciptakan dari api. “Dan Dialah Allah yang menciptakan jin dari nyala api.” (Surah Ar-Rahman: 15).

Allah dah pesan dalam al-Quran, janganlah kita memandai-mandai nak berkawan dengan jin. Bahaya. Ada orang yang berkawan dengan Jin, tapi last sekali orang tu yang tergelincir dalam kesesatan. Sebab ni korang dilarang daripada berjumpa dengan tok dukun. Hati-hati, ramai yang memakai khidmat jin kafir.

Kalau nak dengki orang, tok dukun akan pakai jin kafir untuk hantar santet. Kalau nak nampak cantik dan menawan, tok dukun gunakan jarum dan jin kafir untuk masukkan susuk. Kalau nak ada penjaga, tok dukun akan cari khadam untuk wariskan saka. Semuanya adalah kejahatan jin kafir.

Macam mana nak elak ganguan daripada jin kafir?

Dr Wahbah Zuhaili dalam kitab Tafsir al-Munir ada rakamkan dalam tafsiran ke atas Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, bacalah dua surah ini untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Apatah lagi, asbabun nuzul surah ini berkenaan Rasulullah (SAW) yang disihir oleh seorang Yahudi. Apabila baginda membaca Al-Mu’awwazatain ini, simpulan sihir itu terus terputus dan sang penyihir itu mati menderita.

Di antara amalan yang boleh korang biasakan, bacalah ayat al-Kursi dan 3 Qul setiap kali keluar rumah dan setiap kali tidur. Insyallah, semoga terjaga daripada hasad dengki syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Korang ada tak pengalaman dengan jin kafir? Orang beriman tak perlu takut, sebab jin pun ciptaan Allah. Korang boleh bayangkan situasi diganggu jin dalam SATE UNTUK JEMBALANG. https://bit.ly/SateUntukJembalang


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply