Jebe merupakan seorang panglima Monggol yang terkemuka di bawah kepimpinan Genghis Khan. Beliau pada asalnya adalah seorang t3ntera mvsuh yang direkrut oleh pen4kluk tersebut setelah memb!dik panah tepat ke arah Genghis Khan dalam sebuah pertempvran.

Dalam detik bersejarah itu, Genghis Khan menyaksikan peribadi insan yang hampir menjadi pembvnuhnya. Lantas, beliau pun mengajak Jebe untuk berkhidmat di bawah kepimpinannya. Jebe pula tidak mengecewakannya sehingga beliau menjadi salah seorang panglima Genghis Khan yang paling berbakat dan paling setia.

Jebe berkemungkinan dilahirkan pada suatu masa sekitar kurun ke-12 Masehi. Dicatatkan bahawa nama sebenarnya adalah Zurgudai dan beliau berasal daripada puak Besud yang merupakan sebahagian daripada kabilah Taichud. Pada tahun 1201, beliau terlibat dalam Pertempvran Tiga Belas Pihak dan berper4ng menentang Genghis Khan.

Gambaran moden Jebe

KISAH JEBE DAN ANAK PANAH

Menurut satu versi penceritaan, Jebe telah mencederakan Genghis Khan dengan menggunakan anak panah dalam sebuah pertempvran. Genghis Khan memenangi pertempvran tersebut dan berhajat mahu mengenali individu yang telah mencederakannya itu.

Beliau tidak bertanya secara langsung, sebaliknya menyoal kesemua tawanan per4ngnya tentang siapakah yang telah membidik kudanya sehingga m4ti. Jebe tampil mengaku, selain menambah bahawa beliau sama sekali tidak takut m4ti. Namun jika beliau dibelas kasihan, Jebe menyatakan bahawa dirinya bersedia berkhidmat untuk Khan Agung dengan penuh setia.

Dalam catatan lain, Jebe melarikan diri daripada t3ntera-t3ntera Genghis Khan sesudah tamat pertempvran. Jebe berjaya membvnuh kuda Genghis Khan dengan bidikan panah sebelum dirinya diberkas. Sebagai galang ganti agar nyawanya dibelas kasihani, Jebe mengutarakan janji untuk menggantikan kuda Genghis Khan yang dibvnuhnya itu dengan kuda-kuda yang lebih baik.

T3ntera kavalri ringan Monggol, lukisan China, dinasti Ming

Dalam apa pun jua keadaan, Genghis Khan berasa kagum terhadap Jebe lantas mengajak beliau untuk menyertainya. Malahan, Genghis Khan sendiri adalah insan yang memberikan nama Jebe kepadanya, yang mana nama tersebut membawa maksud ‘panah dalam Bahasa Monggolia. Jebe berkhidmat untuk Genghis Khan dengan penuh setia.

Dengan bakat yang dimilikinya, Jebe mendaki hierarki ket3nteraan Monggol dengan pantas. Menurut sebuah hikayat, Jebe merupakan seorang yang sangat berkebolehan hinggakan tersebar khabar angin kononnya beliau merancang mahu member0ntak menentang Genghis Khan. Demi membuktikan kesetiannya, Jebe dengan segera kembali ke menghadap Genghis Khan dengan membawa hadiah 100 ekor kuda putih. Semenjak itu, Genghis Khan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada Jebe.

PANGLIMA JEBE

Jebe merupakan seorang panglima yang sangat berkebolehan. Pada tahun 1204 Masehi, Genghis Khan menew4skan kabilah Naima, salah sebuah kabilah Monggolia yang kuat, yang mana pemimpinnya telah membentuk pakatan untuk memer4ngi beliau. Mereka yang terselamat daripada pertempvran tersebut pula melarikan diri ke arah barat. Menyedari bahawa mereka ini berpotensi membentuk sebuah lagi pakatan baru dan mengancamnya di masa hadapan. Genghis Khan memutuskan untuk mengejar dan menghapvskan mereka.

Jebe adalah salah seorang panglima yang digalaskan dengan tugas tersebut. Untuk beberapa tahun, Jebe disibukkan dengan usaha menjejak t3ntera-t3ntera musuh yang melarikan diri daripada pertempvran sebelum ini.

Namun, beliau segera dipanggil pulang untuk menyertai kempen memer4ngi Dinasti Jin, yang bermula pada tahun 1211 Masehi. Pada tahun 1215, ibu kota Jin iaitu Zhongdu tumbang ke tangan Monggol dan Jebe dihantar sekali lagi ke barat di mana beliau ditugaskan untuk menghambat Kuchlug, pemimpin Naima.

Kavalri Monggol berper4ng melawan pasukan t3ntera Jin di pergunungan

PERTEMPVRAN SUNGAI KALKA

Jebe juga terlibat dalam ketumbukan t3ntera yang dihantar untuk menyer4ng Empayar Khwarazmi. Selepas pasukan t3ntera Khwarazmi ditewaskan dan empayarnya pula habis dihancurkan, Jebe dan Subutai ditugaskan untuk memimpin ekspedisi ket3nteraan di sekitar Laut Kaspia.

Pasukan t3ntera Monggol ini menyer4ng Azerbaijan, Georgia dan bergerak di sepanjang pantai barat Laut Kaspia sebelum kemudiannya memasuki bahagian selatan steppe Russia. Sepanjang perjalanan, pasukan t3ntera Monggol menewaskan pasukan t3ntera Georgia, pakatan kaum Turki dari steppe dan kaum Cuman. Beberapa orang Cuman yang terselamat bergegas meminta bantuan daripada putera-putera Russia.

Kerajaan-kerajaan Russia kemudiannya menghimpunkan bala t3ntera. Bersama dengan sekutu daripada Cuman, mereka cuba mengepung pasukan t3ntera Monggol di tebing Sungai Dnieper. Namun, pasukan t3ntera Monggol berpura-pura berundur ke timur lalu membuatkan t3ntera Russia mengejar mereka selama 9 hari. Pada akhirnya, pasukan t3ntera Monggol tiba di tebing Sungai Kalka. Di sana, mereka berpaling dan menyer4ng t3ntera Russia.

Pertempvran Sungai Kalka

Dalam Pertempvran Sungai Kalka yang berlangsung pada tahun 1223 Masehi, pasukan t3ntera Russia ditewaskan oleh pasukan t3ntera Monggol. Peristiwa ini merupakan pertembungan pertama di antara Monggol dan Russia. Kemenangan yang diraih oleh Monggol berperanan merintis laluan mereka bagi menyer4ng Eropah Timur pada 15 tahun kemudian. Jebe meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang daripada ekspedisi ket3nteraan ini.

TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (9 Oktober 2018). Jebe: Genghis Khan’s Would-be-Assass!n Becomes His Sharpshooting General. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/jebe-0010816

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.