NASA bukan satu satunya agensi angkasa yang wujud atas planet Bumi ni.

Ada banyak lagi agensi angkasa yang ada kemampuan melancarkan roket dan menghantar satelit atau prob atau stesen cerapan di orbit rendah dan orbit tinggi untuk tujuan kajian saintifik.

JAXA sebagai contoh adalah agensi angkasa Jepun yang mengendali misi saintifik orbital. Tumpuan utama mereka adalah cerapan cuaca lautan Pasifik sebagai usaha membentuk sistem amaran awal taufan bagi sektor perkapalan dan penerbangan. Satelit mereka mencerap perubahan atmosferik lautan Pasifik sebilang masa dan memberikan laporan kajicuaca kepada segmen perkapalan dengan tepat. Satelit kaji cuaca mereka seperti Himawari-8 dan Himawari-9. Tau tak siapa yang bina satelit ni? Mitsubishi Electric bhai. Syarikat yang buat peti sejuk dan penyaman udara dekat pejabat kome tu.Satelit cerapan cuaca ini dikendalikan oleh JMA. Ya betul Jepun bina satelit sendiri sementara orang Malaysia bergaduh pasal dobi dan bulan.

Selain cerapan cuaca mereka juga menyelidik perubahan arus lautan dan perubahan suhu lautan bagi melihat impak perubahan suhu kepada jumlah pembiakan ikan yang menjadi sumber makanan utama penduduk Jepun. Data yang mereka dapat, banyak membantu nelayan laut dalam Jepun dalam menentukan lokasi perikanan yang tinggi hasilnya.

Oh Jepun juga punyai beberapa satelit cerapan solar yang memantau aktiviti suria, stesen cerapan sinar xray dan radio astronomi yang terletak di orbit. Satelit cerapan infra merah,solar,xray dan radio ini merangkumi program seperti HINODE, AKARI, HISAKI, SUZAKU,HAKUCHO,TENMA dan GINGA sekadar menyebut beberapa nama program kendalian mereka.

Mereka pun telah menghantar beberapa prob ke Bulan untuk tujuan pemetaan permukaan dan mencari lokasi yang mempunyai kebarangkalian terdapat sumber air mentah yang telah beku dan mencerap medan magnetik Bulan melalui misi HITEN,KAGUYA dan SELENE.

Selain Bulan, JAXA juga mengendali misi planetari yang mana mereka dah hanyar prob jelajah ke Marikh, dan juga beberapa objek samawi seperti asteroid dan komet.

Oh dan kebanyakan prob dan satelit dan teleskop angkasa Jepun ini dilancarkan oleh roket H-IIA mereka sendiri yang dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries.

Yep. Roket2 Jepun adalah buatan Mitsubishi dan sejak ia mulai digunakan untuk menghantar satelit ke orbit pada tahun 2001,roket H-IIA ni gagal sekali saja. Pelancaran ke 35 baru je dibuat bulan Ogos lepas dekat tapak pelancaran Tanegashima.

Itu baru cerita pasal Jepun.

Kita tak sentuh India,Peranchis,Russia..hell sedangkan Iran yang syiah tu pun nak bikin roket hantar satelit sendiri. Sebenarnya

Kat Malaysia…?

Nasib ada abang Izmirov Yaminovich dan ramai lagi jurutera dan saintis angkasa yang mahu jadikan Malaysia – a space faring nation.

Bukan jadi negara bodoh yang cakap pasal bumi datar ada sheol yahudi dan bulan tu bebola gas dajjal dan matahari tu 30km je…….. Bukan sembang dasar ke timur pakai air liur.

So buka sikit mata dan minda. Dekat atas Bumi ni bukan semua program angkasa adalah kendalian NASA je. Sedangkan kat ISS tu pun ada modul habitat dan makmal yang dikendali JAXA.

Kau ingat Amareka je power.

sekain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply