Usai Pertempuran Ajnadayn, pasukan Islam kemudiannya telah mara ke arah Baitul Maqdis. Beberapa persyaratan yang diberikan oleh petinggi Rom dan salah satunya menggesa agar panglima Islam membawa Khalifah Umar ke Baitul Maqdis bagi menerima kunci pembukaan kota Baitul Maqdis. Persyaratan ini diterima baik dan Khalifah Umar kemudiannya berdatangan sendirian bersama pembantunya tanpa ditemani dengan pengawal mahupun askar yang mengiringinya dari Ibu Kota Madinah. Perihal kepahlawanan dan ketangguhan Khalifah Umar ini sebenarnya telah dikenali seluruh jajahan Khulafa Rasyidin sehingga kepahlawanannya digeruni oleh lawan ataupun kawannya.
Setibanya di Jabiyyah, Khalifah Umar kemudiannya memetrai sebuah perjanjian damai bagi menjamin keamanan dan keselamatan bagi penduduk Rom di Baitul Maqdis. Antara kandungan bagi perjanjian itu ialah:
Khalifah Umar menjamin rumah ibadat mereka, salib mereka dan ibadat mereka sama sekali tidak akan diganggu oleh umat Islam. Selain itu, agama mereka juga tidak akan diganggu gugat oleh Umat Islam.
Pemerintah Islam harus memberi perlindungan buat marga Kristian, Yahudi dan Islam tanpa mengira latar mereka.
Bagi mereka Ahl Dhimmah, mereka diharuskan membayar Jizyah kepada penguasa Islam dan penguasa sewajarnya memberi keamanan buat mereka. Inilah perjanjian antara Umat Islam dan pemuka Kristian di Baitul Maqdis dan ia terus berjalan sehingga beralihnya kerajaan dan akhirnya penguasaan Islam berakhir pada Perang Salib Pertama.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.