Seo Young-hae merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan di Korea Selatan. Ketika beliau di Perancis dulu, terdapat sebuah kisah yang melibatkan beliau hampir dibuang sekolah sewaktu tahun keempat pengajian beliau di Perancis. Semasa sesi pengajaran di dalam kelas, seorang guru sejarah telah menghina rakyat Korea dengan berkata:

“Orang-orang Korea dengan penduduk hanya seramai 6 juta orang begitu malas. Bahkan, mereka bukan sesiapa sekarang. Warisan budaya tidak diturunkan oleh nenek moyang mereka.”

Berasa marah, Seo Young-hae melemparkan buku dan membalas,

“Korea mempunyai 20 juta rakyat dan memiliki lebih daripada 4,000 tahun sejarah, dan pendidikan yang bertujuan mengajar perkara yang tidak benar kepada pelajar adalah tidak bertamadun.”

Guru sejarah itu berasa sangat marah pada Seo Young-hae, lalu menghalau Seo Young-hae keluar dari kelas. Pengetua yang mengetahui akan perkara tersebut bertindak membuang beliau dari sekolah kerana tindakan Seo Young-hae yang melemparkan buku ke arah guru beliau.

Namun guru persendirian (tutor) kepada Seo Young-hae hadir ke sekolah dan merayu kepada pihak sekolah agar tidak menghentikan pengajian Seo Young-hae, lebih-lebih lagi kerana Seo Young-hae merupakan pelajar yang baik dan sangat jarang tidak hadir ke sekolah. Pengetua kemudiannya berkata, “Kalau begitu saya mahu kamu sampaikan kuliah tentang Joseon.”

Apa terjadi selepas itu? Seo Young-hae bersungguh-sungguh ambil masa 4 bulan menyiapkan bahan untuk menyampaikan kuliah. Bahan itu kemudian dihantar. Pengetua sampai sudah terlupa tentang perkara tersebut, lantas pengetua terus mengarahkan semua guru dan pelajar untuk berkumpul di sebuah kelas.

Seo Young-hae memberi perhatian dan bersemangat sewaktu menyampaikan kuliah beliau tentang sejarah Korea selama hampir satu jam. Ini merupakan kuliah pertama yang beliau sampaikan dalam bahasa Perancis. Usai selesai kuliah tersebut, pengetua berasa sangat berpuas hati dan memanggil Seo Young-hae datang ke bahagian belakang kelas.

Pengetua menepuk bahu Seo Young-hae sambil berkata, “Pemuda Perancis yang berada di luar negara patut memiliki sikap yang sama terhadap tanah air seperti kamu. Buku teks yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Pertama sudah tidak relevan dan sangat bertentangan dengan fakta sebenar. Di dalamnya juga mengatakan bahawa rakyat Korea adalah pemalas. Kini, perkara tersebut terbukti salah kerana kamu, Seo Young-hae.”

Bila baru-baru ini aku melayari Twitter dan terbaca golongan kat Twitter tu menghina sejarah Melayu. Tak cukup dengan itu, bekas perdana PM kita pula baru sahaja semalam mengulangi mantera penjajah bahawa bangsa Melayu dengan sekian-sekian tohmahan, mengingatkan aku pada kisah ini.

Ingat, Seo Young-Hae ni pejuang kemerdekaan Korea. Dan beliau sentiasa mempertahankan sejarah bangsa dan tamadunnya dan berbangga dengan sejarahnya. Kalau bukan kita, siapa lagi akan berbuat demikian?

Anda sebenarnya sedang membaca salah sebuah keratan buku yang akan kami terbitkan selepas Raya nanti, InsyaALLAH. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ketua Pegawai Operasi dan Penerbitan The Patriots. Alma meter: BSc. Pure Physics (Hons), Universiti Sains Malaysia. Bekas Auditor Dalaman Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) Pengasas dan bekas Ketua Penerbitan Terfaktab Media. Berpengalaman di dalam industri buku negara dan penerbitan digital lebih 8 tahun.

Comments are closed.