Semasa tamadun Rom mencapai fasa republik dan empayar, mereka ada cara untuk hubungkan dari barat ke timur empayar yang maha luas, supaya senang orang Rom berhubung ke kota-kota yang jauh tanpa masalah. Cara tersebut ialah membina jalan raya!
Jalan raya Rom atau Viae Romanae dibina seawal 300 SM bagi memudahkan tentera, orang awam, pegawai berjalan kaki dan mengangkut barang dagangan. Banyak jalan-jalan menghubungi terus ke ibu kota Rom tidak kira dari perkampungan dan kubu tentera, sehingga mereka membina jalan raya sejauh 400,000 km!
Sekarang, Jalan Raya Rom merangkumi jalan Via Flaminia dan Fosse Way Britain masih lagi bertahan dan boleh digunakan. Ini membuatkan kita terfikir, macam mana jalan raya ini boleh bertahan begitu lama, sedangkan jalan raya sekarang baru beberapa tahun sudah rosak teruk?
Ada sebab kenapa jalan raya ini mampu bertahan selama beribu-ribu tahun. Jalan raya Rom unik sikit sebab dibuat dengan agak besar. Bayangkan lah takat lebar jalan raya dah cecah sampai 6 meter. Setakat nak tunggang kuda jalan-jalan memang tak ada masalah.
Manakala tebal jalan raya Rom pula amat tebal dan berlapis-lapis sampai lima lapisan! Caranya mereka akan ratakan tanah, kemudian letak bongkah batu yang besar sedalam 25 hingga 60 cm untuk memudahkan alir mengalir ke tanah. Selepas itu barulah mereka tabur batu-batu kecil di atas lapisan bongkah batu.
Kemudian, campur dengan batu kerikil dan pasir untuk simen jalan tu. Yang terakhir, barulah tambah lapisan terakhir iaitu batu besar setebal 15 cm. Dengan lima lapisan jalan raya ini, sukar jalan raya Rom berlubang!
Cuba kerajaan sekarang guna cara orang Rom bina jalan raya, mesti tiada kes jalan berlubang punya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih