Tidak lama selepas kebangkitan Islam, umat Islam telah mematahkan sayap Empayar Rom Timur dengan menaklvk Syria dan Mesir pada 641. Menundukkan Empayar Parsi Sassanid dan tiba di Sungai Amu Darya pada tahun berikutnya, Islam ditemukan dengan bangsa Turk buat julung kalinya. Turk merupakan bangsa induk untuk suku-suku Asia yang berbahasa Turkic.

Walau bagaimanapun, bangsa Turk dan Islam tidak lebih dari hanya sekadar jiran sehingga abad kelapan kerana Islam ketika itu sedang menghadapi kemelut dalaman setelah pembunvhan Khalifah Omar dan penggantinya Uthman.

Beberapa orang Turk yang terawal telah melafazkan syahadah telah dipilih untuk dipindahkan ke Iraq pada tahun 675 oleh komander Umayyad, Ubaydallah ibn Ziyad.

Bertemu Hidayah Melalui Peper4ngan

Semasa pemerintahan Bani Umayyad, Hajjaj ibn Yusuf telah ditugaskan sebagai gabenor Iraq, yang melibatkan semua wilayah timur empayar. Bagi tugasan beliau yang seterusnya, beliau mengarahkan Qutaiba ibn Muslim, yang merupakan salah seorang komandan paling terkemuka pada masa itu untuk ke Khorasan pada tahun 705, dan mereka menawan Mawara al-Nahr dengan mudah.

Bangsa Turk konsisten dalam menahan ser4ngan dari tenter4 Arab pada tahun 720, tetapi pergelutan di antara orang Arab dan orang Turk secara tidak langsung telah membawa mereka untuk mengenali Islam dari dekat. Benarlah hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara.

Semasa pertempvran antara tenter4 Islam Bani Abbasiyyah dan tenter4 Dinasti Tang China pada tahun 751 yang berlaku di Sungai Talas (Kyrgyzstan hari ini), pasukan tenter4 dari suku-suku Turk memilih untuk memihak kepada orang Islam dan berjuang bersama mereka.

Ia merupakan peristiwa penting dalam sejarah Turk. Sejak itu, Islam menyebar di kalangan besar masyarakat Turk, dan pada masa yang hampir seluruh penduduk wilayah Turk menerima Islam.

Mengapa Bangsa Turk Menerima Islam

Terdapat beberapa sebab-sebab mengapa orang Turki tertarik kepada agama Islam.

  • Keagamaan : Rata-rata masyarakat Turk adalah penganut kepercayaan yang sama dengan bangsa Mongol iaitu Gök Tengri (Tengrism), sistem kepercayaan dan gaya hidup mereka agak mirip dengan orang yang beragama Islam. Mereka berpegang kepada kepercayaan Tuhan itu satu (Tauhid), percaya kewujudan syaitan, percaya kehidupan akhirat, keabadian jiwa dan adanya syurga-neraka.

Tindakan yang salah seperti perzinaan, pencurian, penyeksaan, pembunvhan dan pembohongan juga dilarang. Manakala mengorbankan haiwan untuk makanan, amalan bersujud dalam ibadat dan sistem poligami juga agak biasa di kalangan masyarakat Turk. Dan akhirnya, konsep jihad dalam Islam diserap sesuai dengan ciri-ciri kepahlawanan dalam budaya Turki.

  • Ekonomi : Selepas penaklvkan Turkestan, hubungan ekonomi dan perdagangab bermula di antara penduduk tempatan dengan orang Islam. Hubungan intim di antara mereka mencipta peluang bagi orang Turk untuk mengenali agama Islam.

Justeru, Islam mulanya menyebar di kalangan pedagang di kota-kota yang sibuk. Orang-orang Turk yang tinggal di utara dan timur mula mengangkat agama Islam dari tunjuk ajar orang Islam yang berbicara bahasa yang sama dengsn mereka dan yang sama-sama menjalankan perdagangan.

  • Sosial: Kejujuran orang Islam dalam perdagangan dan kepentingan yang mereka martabatkan dalam nilai-nilai keadilan dan etika yang bersih, memberi kesan positif kepada umat Islam yang bertemu melalui hubungan komersial dan kejiranan mereka.

Penduduk tempatan yang berdekatan memahami bahawa etika sosial para pedagang Muslim yang datang untuk melakukan perniagaan dengan mereka adalah hasil dari didikan agama mereka. Contohnya, gaya mereka mengukur kain, ukuran longgar atau diukur lebih ketika menjual, tetapi mereka membayar harga lebih untuk ukuran yang kecil ketika membeli.

Kemurahan hati umat Islam itu memukau jiwa penduduk setempat. Mereka mula mempersoalkan sama ada umat Islam adalah manusia ataupun malaikat yang dihantar oleh Tuhan.

  • Politik Dan Ketenter4an : Khalifah Umayyah dan Abbasiyyah berdasarkan sistem ketenter4an mereka dalam gaya Turkik, dan merekrut lelaki Turk dan membentuk kota garrison seperti Samarra untuk diduduki tenter4-tenter4 Turk.

Dengan keupayaan mereka untuk bertarung, askar-askar Turk kerap dinaikkan pangkat tinggi dalam tenter4.  Mereka juga ditugaskan ke jawatan yang berkaitan dengan tadbir urus negara. Oleh itu, tenter4 dan perkhidmatan pentadbiran diuruskan kebanyakannya oleh orang Turk, yang mengakibatkan masyarakat Turki lebih dekat dengan Islam.

Ahli sejarah British, Sir Thomas Arnold, dalam bukunya ‘The Preaching of Islam: A History of Propagation of Faith Muslim’, ada memberikan penjelasan terperinci mengenai mengapa masyarakat dari pelbagai budaya dan etnik yang secara sukarela menerima Islam.

Penerimaan Terbuka

Rata-rata masyarakat Turk yang memeluk agama Islam tanpa secara paksaan, tetapi dengan persetujuan mereka sendiri. Allah melarang memaksa orang lain untuk memeluk Islam menggunakan mata pedang.

Pada permulaan abad ke-8, tanah-tanah bangsa Turk ditaklvk oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang Turk, penghijrahan kepada ajaran Islam hanya berlaku secara drastik sekitar dua abad kemudian pada abad ke-10.

Sepanjang waktu itu (abad ke-8), memang ada terdapat beberapa orang Turk yang sudah memeluk agama Islam, tetapi tidak meluas dan sedikit demi sedikit. ia menjadi bukti dan penanda aras yang menunjukkan bahawa majoriti besar dari mereka memeluk agama Islam secara aman dan berhikmah.

Pertempvran Talas

Menurut undang-undang syariah, penduduk bukan Islam harus membayar cukai yang lebih tinggi daripada penduduk beragama Islam, ia disebut sebagai Jizyah.

Maka dari segi duniawi, ia sepatutnya memberi manfaat bagi pemerintah Islam apabila penduduk bukan Islam memilih untuk kekal sebagai orang bukan Islam. Agak tidak masuk akal untuk pemimpin-pemimpin Islam untuk memaksa orang-orang Turki untuk menukar agama Islam sekiranya pemimpin itu hendak dilabel sebagai zalim.

Pemerintah Turk Muslim Terawal

Pemerintah-pemerintah Turk yang terawal memeluk agama Islam adalah putera-putera kerajaan-kerajaan kota di Sogdiana. Putera Tarkhan Nizak, yang memeluk agama Islam pada tahun 704, mengekalkan takhta dan menyertai kempen Qutaiba. Suku Bulgar yang tinggal di pinggir Sungai Volga memeluk Islam pada zaman yang sama.

Mewarisi takhta pada tahun 920, pemerintah Bulgar, Yiltawar Almish Khan menerima Islam dan menukar namanya kepada Jafar. Jafar juga adalah nama khalifah Abbasiyah ketika itu. Orang-orang Bulgar ini dipercayai merupakan nenek moyang suku Kazan dan Tatar Volga hari ini.

Sultan Satuq Bughra Khan, penguasa Karakhanid, adalah penguasa Turk Muslim pertama yang mencipta namanya hingga terkenal. Walaupun dia bukan pemerintah Turki yang pertama beragama Islam, dia adalah Raja Turk Muslim yang pertama dengan gelaran Khan.

Islam ditemukan dengan beliau adalah ketika sebelum usia 25 tahun, waktu itu Satuq Bughra masih lagi seorang gabenor Atush melalui hubungannya dengan para pedagang Muslim.

Makam Sultan Abdulkarim Satuq Bughra Khan di Artush, Xinjiang, China

Etika sosial pedagang Muslim memberi kesan kepadanya. Telah diceritakan bahawa dia bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi, Nabi berkata: ‘Bukankah saatnya telah tiba menjadi seorang Muslim?’.

Setelah bangkit dari mimpi, dia segera memeluk Islam dan menukar namanya kepada Abd al-Karim. Beliau menduduki takhta Khan pada tahun 924, penerimaannya terhadap Islam mengakibatkan beribu-ribu masyarakat nomad turut sama memeluk Islam sebagai agama baharu mereka.

Permulaan Kegemilangan Empayar Islam Turki

Sekitar tahun 950, seorang bekas tenter4 elit yang berkhidmat untuk tenter4 Khazar bernama Seldjuq Bey telah bermigrasi bersama suku-suku nya ke Khwarezm, beliau memeluk Islam di situ. Kemudian bersekutu dengan Shah dari Empayar Parsi Samanid dalam menentang kerajaan Kara-Khanid di Transoxania pada 992-999.

Walau bagaimanapun selepas kebangkitan Kesultanan pertama di dunia, Kesultanan Ghaznavid. Seldjuq Bey terjebak dalam pergelutan kuasa di wilayah ini sebelum mengasaskan pangkalan bebas mereka sendiri.

Setelah Seldjuq Bey mangkat pada tahun 1021, cucu-cucu lelaki beliau menyambung perjuangannya. Tughril Bey dan Chaghri Bey merupakan dua beradik yang bersama-sama menundukkan Empayar Ghaznavid dan Empayar Kara-Khanid, di mana semasa kepimpinan Tughril Bey, beliau berjaya menubuhkan sebuah empayar dengan sistem negara pada tahun 1037.

Sultan Mahmud Ghazni

Empayar tersebut menjadi titik permulaan empayar Turki Islam yang besar dan bertahan untuk beratus-ratus abad lamanya. Ia dinamakan sebagai Empayar Seljuk sempena nama datuk Tughril Bey. Legasi Seljuk dari keturunan Oghuz Turk diteruskan oleh Kesultanan Rum, dan Empayar Khilafah Uthmaniyyah.

RUJUKAN:

Dailysabah – Turks Road To Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.